Skip to main content

Fasa Cerita Santai : Hantu Pocong!



Oleh :
AdukaTaruna

Skang fasa wa tulis cerita santai kot. Cerita berat wa ingat nak lepaskan demo 5 Julai. Fokus dulu kepada acara penting bersejarah ni. Nak cerita bola, wa kecewa France kena belasah. He. Kekuatan France pada wa adalah tengah. Tiada pcik zidane, masih ada pacik viera. Tiada kedua-dua, maka hancur serangan dan pertahanan. Wa pilih final German n Belanda. Boleh ke? Ke diorang jumpa sebelum final? Entah, wa malas nak semak. He.

Novel wa bergerak perlahan. Sebab gen pemalas Melayu wa nih. Hihi. Tapi dah nak abes dah. Nak masuk klimak cerita. Maklumlah, part time menulis novel. He. Mata wa dah rabun dah wa rasa. Dah la rabun warna, tambah rabun jauh. Adeh. Tapi yang bestnya, kalau wa try kira daun pokok kelapa jiran seberang sungai rumah wa (jauh dalam 100m kot), kira dalam 15 minit, mata wa ok balik. Seperti normal. Entah la..



Dulu ada member tanya wa. Rabun warna tiada ubat ke? Wa kata ada, tapi susah ya amat. So, biarkan jer lah wa begini. Dia bantah wa. Dia cakap, tak boleh mengalah. Mahal ke ubat tu? Wa cakap, tak mahal, boleh buat sendiri, tapi susah. Dia tak puas hati dengan sikap wa. Dia desak wa tanya ubat.

Wa cakap la. Susah la, mir (Amir) kena kumpul 7 bola naga. Baru dapat wish.

Pakcik Sarip.

Tadi Ahmad Garang ungkit cerita wa nak kena tembak dengan Pcik Sarip. Ceh. Ingat lagi dia. Siyes boy, kalau Pcik Sarip betul2 tembak wa dulu, wa leh elak ala-ala citer matrix tau. Walau citer tu belom wujud lagi time tu. He..

Dulu wa masa kekecik, wa adalah budak yang sopan, dan berbudi bahasa. Ramai mcik2 yang tawar jadi mak mertua time tu. Jangan tanya Ahmad Garang, sebab beliau pasti akan menafikan. Tanyalah wa sendiri.

Entah macamana, wa teringin jadi nakal pada malam tu. Wa nak rasa macamana jadi org nakal eh? (Darjah 6 kot mase tu) Malam tu kampung wa black out dalam loghat negeri sembilan. Wa pun jadi la hantu pocong. Siap ikat kaki tu. Tapi tak ketat la. Leh jalan sikit2. Wa pun berdiri kat lorong gelap tepi kebun getah dan rumah kosong. Rumah pcik sarip dalam 20m dari situ.

Pendekkan cerita, member wa, si Ey n si Faiz pun lalu. Nak g Balai Raya. Ada majlis Tadika kemas kalau tak silap. Diorang guna generator. Sekali si Edy nampak wa dulu. Dia pun cakap lebih kurang camni la.

"Faiz. Kau nampak tak?"

"Weih.. jangan tegur la."

"Kau tunggu sini, aku panggil Cik Sarip."

"Ape plak, kita panggil la sama-sama."

Hahaha. Siot jer Edy. Ade ke suruh Faiz tunggu situ. Pastu wa dengar suara Pcik Sarip halau wa.

"Syuh! Syuh!"

Ceh. Dia ingat wa ayam ke? Bila wa paling pelan2 ala2 hantu yang menyeramkan, wa tengok...

Jeng jeng jeng.....

Sebelum wa kena tembak, wa lari la. Dengan kaki yang leh langkah kecik2nya, dengan ketatnya, wa lari dari tu. Sayup2 telinga wa dengar..

"Kurang ajar punya budak!!"

Tu la sekali wa try jadi budak nakal. Adventure ma..

Comments

  1. Sib bek tak dipelangkong dgn kayu hehehe...

    Mcm2 AT.. Somi akak pon pernah berlakon jd hantu penggal ms kat asrama dia dulu... dia solek cecantet ala2 hantu kat muka dia.. pakai rambot pelesu.. pastu letak pale atas dinding balkoni simen tu... pastu dia gerak ke kiri, ke kanan... Lintang pukang katanya student yg balik prep yg nampak dia dari blok asrama seberang huhuhu... kalo lah ader yg sakit jantong ms tu, mau somi akak tidoq kat penjara Seromban sampai ari ni hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...