Skip to main content

Cadangan Sistem Pendidikan

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Di bawah ini hamba akan rangkakan satu sistem pendidikan untuk anak-anak muslim kita bermula dari peringkat kandungan sehingga ke sekolah menengah.

Bagaimanapun sekali lagi hamba tidak mengatakan kerangkaan / cadangan ini adalah betul. Dan sekali lagi hamba mengalu-alukan ianya dibahaskan bagi tujuan pengimbangan / penapisan / percikan ilmu yang terhasil daripadanya.

1. Peringkat asas dalam mencari kaedah terbaik.

Seperti yang selalu hamba war-warkan, peringkat asas yang paling penting dalam menganalisis sesuatu masalah / mencari kaedah adalah dengan menyedari dan meletakkan diri / bangsa adalah bangang.

Rendahkan diri kita kepada ALLAH. Jadi dengan asas yang betul, barulah kita merujuk kepada apa yang telah ALLAH jelaskan. Apa yang dicadangkan / diperintahkan Islam.

Barulah kita tidak memandai-mandai mencari kaedah sendiri seperti memetik / menggunakan nas pepapatah Melayu Terjahil Dunia, Hang Tuah : Takan Melayu Hilang Di dunia, atau melihat kroni / peribadi sebagai bahan rujukan ummah : Sebab anak-anak aku pandai / tiada masalah selama ini, atau menjadikan ramai / kuantiti itu sebagai dalil, atau sebagainya, di mana sehingga keluarnya soalan yang tidak sepatutnya seperti : Bagaimana Islam boleh menjaga bangsa?

Kesimpulannya, dengan meletakkan diri / bangsa adalah bangang, kita perlu merujuk kepada Al-Quran, Hadis, Sunnah dan jumhur ulama. Inilah yang diajar / diwasiatkan oleh Muhammad SAW kepada kita semua. Barulah kita tidak merepek-repek, berjela-jela mempertahankan fahaman ciptaan manusia.

Ampunkan kami Ya, ALLAH.

2. Peringkat dalam kandungan.

Rasanya ramai yang sudah tahu amah lebih arif, apa bentuk pendidikan / penyediaan mengikut Islam semasa peringkat ini.

Antaranya ialah membaca surah-surah tertentu ataupun khatam Al-Quran termasuk memahami terjemahannya bersama-sama suami tercinta.

Banyakkan berdoa, bersabar, mengambil makanan yang berkhasiat dan menjaga sumbernya dari halal semata-mata.

2.1 Peranan suami.

Ini adalah antara yang dicadangkan. Bagaimanapun dipersilakan jemaah menambah / menepis / mengimbangi cadangan-cadangan ini.

a. Memastikan sebanyak 2 kali ganda dari sebelum ini, bahawa segala sumber untuk menganggung keperluan hidup adalah dari sumber yang halal. Jangan berfikiran makan sahaja. Tetapi hal-hal lain yang kononnya tiada kaitan seperti bayar bil air / letrik atau ansuran kereta tidak mengapa.

b. Sentiasa menjaga perasaan isteri. Elakkan satu prkara yang boleh menyebabkan isteri berleter / beremosi / marah atau segala emosi yang kurang elok kerana bimbang mempengaruhi pembentukan emosi kandungan. (Tiada bukti saintifik. Sekadar andaian)

c. Galakkan isteri bersenam ringan (bukan melakukan kerja rutin yang berat) menggunakan kedua-dua tangannya dan kakinya. Hamba pernah terbaca anggota sebelah kanan dikawal oleh otak kiri, dan anggota sebelah kiri dikawal oleh otak kanan. Oleh kerana kita hanya mampu meneroka sebahagian kecil saiz otak, jadi dengan menggunakan kedua-dua belah otak, peratusan penerokaan otak menjadi sedikit tinggi.

d. Kerapkan sentuh / peluk isteri. Ini dapat menenangkan isteri, menjalin kasih sayang dengan lebih berkualiti, menyebabkan sel-sel ransangan otak isteri menjadi aktif, di mana (secara andaiannya) anak di dalam kandungan turut dapat merasakan satu situasi kekeluargaan yang erat.

e. Bawa isteri ‘mencuci mata’. Contohnya, mengambil angin di kawasan tinggi sambil memandang satu pemandangan ciptaan ALLAH yang indah dan hebat. Dengan hati yang sentiasa memuji-muji ciptaan ALLAH, dengan kesedaran diri kita adalah bangang, panjatkan satu permintaan supaya keturunan kita sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH.

f. Sebelum bersama isteri, pastikan beberapa minggu sebelum itu suami tidak pergi ke sauna / menggunakan computer riba berlamaan. Ini bertujuan mengelakkan sperma suami yang sedikit rosak akibat suhu panas membentuk kandungan. Jika boleh, dedahkan suhu sperma kepada suhu bilik dan suhu sejuk dahulu. (melawat tempat dingin / 4 musim dan sebagainya) Ini bertujuan menjadikan sperma berevolusi tahan lasak / berkualiti.

2.2 Peranan isteri.

a. Walaupun sedikit keletihan, sentiasa mengutamakan suami seperti biasa atau lebih baik dari biasa. Ini bertujuan mendapat keredhaan ALLAH. Suami pula harus bijak menolak ‘kebaikan / layanan’ isteri kerana isteri berada dalam keletihan.

b. Kawal emosi. Banyakkan menarik nafas dengan dalam dan teratur. Tenang, senyum, tawakkal. Jangan biarkan kandungan kita turut merasai emosi negative yang kita zahirkan. Jangan berleter, jangan mengeluh, jangan bertutus asa. Banyakkan berdoa.

c. Mengambil makanan berkhasiat. Jika ingin mengambil makanan kesihatan tambahan, sila dapatkan nasihat doctor. Jika mengambil susu untuk ibu mengamdung, banyakkan berdoa kepada ALLAH supaya sentiasa dijauhi dari anasir-anasir jahat yang berkemungkinan sengaja diletakkan. (Hamba berfikiran negative akan susu-susu formula yang dicipta oleh ‘lain’ untuk pasaran Negara majority umat Islam. Bagaimanapun jangan tiru sifat hamba ini)

Dengan menyedari kita adalah bangang, kita rujuk sejarah yang dirakam Islam. Contohnya, kerap mengambil kurma yang berkualiti, kismis atau sebagainya.

d. Jangan latih diri anda menjadi pelatah. Ini bangsa Melayu yang sahaja ada. Jangan rasa diri anda penarik perhatian jika melatah. Jangan rasa itu adalah satu kelebihan.

e. Jika boleh jangan bebankan suami dengan permintaan melampau. Mengidam. Hamba tidak pasti sama ada bangsa lain turut ada istilah pengidam ini. Jangan minta kijang putih seperti hikayat Melayu kuno atau NAZA RIA seperti hikayat Melayu kini.

f. Selalu bincangkan sesuatu yang menyeronokkan seperti nama anak, mahu anak menjadi apa, target pencapaian anak, contohnya kita akan pastikan anak kita pandai berenang semasa berumur 2 tahun, dan sebagainya.

Tetapi jangan sampai bergaduh pula. Sentiasa awasi syaitan-syaitan berIQ rendah untuk umat Islam. Bila berbincang, kita seakan-akan (andaian) mengajak anak dalam kandungan turut sama dalam majlis ilmu. Otak lebih kreatif, digunakan dan sebagainya apabila berbincang / memerah idea / berfantasi.

3. 1 hari hingga 1 tahun.

Sekali lagi ini adalah cadangan dan pemerhatian hamba semata-mata. Dipersilakan untuk bangkangan / imbangan / perbincangan atau sebagainya.

a. Susukan bayi dengan susu badan sehingga umur 2 tahun.

b. Asingkan bayi sewaktu tidur. Setelah bayi tertidur, angkat bayi dan letakkannya di katil bayi berasingan dengan pasangan. Tetapi masih dalam bilik yang sama untuk memudahkan pemantauan.

Ini bertujuan tidak menjejaskan perhatian pasangan / kasih-sayang sesama pasangan apabila bayi turut tidur bersama.

c. Beri bayi alat genggaman (mainan) yang berbunyi, berwarna cerah, tumpul, tidak bertoksid. Alih-alihkan alat tersebut di tangan kiri dan kanan. Tukar-tukar suhunya. (rendam ke dalam air suam) Ini bertujuan memberi bayi input untuk dianalisis dengan cara bayi itu sendiri.

d. Jangan sesekali buaikan bayi. Cukup-cukuplah Melayu selama ini membangangkan anak-anak mereka dengan kaedah menghayalkan. Jika mahu tidur-khayal, jika mahu anak berhenti menangis-khayal. Lepas makan, khayal. Lepas main khayal.

Di sudut lain, bayi yang mahu dikhayalkan untuk tidur sukar di bawa berjalan kerana perlu membawa buaian. Tidak dinamik.

e. Jangan timang-timang atau gegarkan bayi dengan kuat dan berfrekuansi tinggi (kekerapan per saat yang tinggi). Ini boleh menyebabkan gegaran otak. Otak bayi masih peringkat pembinaan / lemah. Jangan mempertahankan adat Melayu ini atas alasan perbezaan antara bangsa anugerah ALLAH.

f. Istinjakkan bayi setiap kali kencing dan berak. Jangan hanya tukar lampin setiap kali bayi kencing. Biasakan bayi dengan kebersihan Islam sejak kecil.

g. Jangan baringkan bayi dalam tempoh yng amat lama. Ini akan membentuk struktur kepala yang agak ‘lucu’. Di tempurung kepala, ada suatu tempat / rongga terletaknya otak. Sebahagian rongga ini berada di belakang kepala.

Jadi dengan bentuk ‘lucu’ belakang kepala tersebut, rongga tersebut menjadi sedikit aneh dan kecil. Seterusnya pembesaran otak sedikit sempit dan tidak selesa. Ini mengundang padah di masa hadapan.

Normal kanak-kanak itu tidak sama levelnya dengan normal kanak-kanak yang berotak selesa dan luas.

h. Biasakan anak dengan satu suku kata untuk satu objek. Lihat kanak-kanak semula jadi menyebut makan : kan, atau pergi : gi, atau esok : cok, dan sebagainya. Inilah namanya input-input berfikir.

Dan di sinilah muncul kaedah Mokhdar. Dan di sinilah perlunya Mate dan Sains itu dalam BI.

4. 2 tahun hingga 5 tahun.

a. Latih anak menggunakan kedua-dua bahagian anggota. Kanan dan kiri. Kecuali yang sudah termaktub dalam Islam seperti istinjak atau makan. Contohnya menulis, melukis, bersukan, menggosok gigi dan sebagainya. Aktifkan / terokai otak sebanyak mungkin.

b. Ketika bersukan, latih anak anda melihat / meramal perkara yang bakal berlaku selepas itu. Contohnya snuker. Jangan latih anak anda sekadar memasukkan bola merah sahaja, sebaliknya memikirkan di mana bola putih itu akan berhenti.

Begitu juga dengan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Latih anak anda membuat keputusan yang terbaik dan waktu singkat. Biar salah dalam membuat keputusan dari salah dalam tidak berbuat apa-apa.

c. Jangan sebut perkataan negative kepada anak-anak. Seperti : “jangan main tepi longkang, karang jatuh!”. Ini membantutkan semangat inkuiri (ingin tahu) anak-anak. Sebaliknya awasi anak-anak. Atau beri tempoh pada anak-anak untuk melakukannya. Seperti : “Mama beri Along 5 minit main di sini. Selepas ini kalau mahu main di sini, minta pada mama. Tempat ini tertakluk pada tempat di bawah pengawasan orang dewasa.”

d. Bahagikan tempat / keadaan yang memerlukan pengawasan orang dewasa. Contohnya dapur / longkang tadi, pasir, kolam renang dan sebagainya. Supaya anak anda mengetahui kategori-kategori tersebut, sekaligus memaklumkan kepada anda dengan lebih awal jika semangat inkuirinya memerlukan dia berada di situ.

e. Latih anak anda membina keyakinan diri (akan diterangkan lagi). Contohnya, bawa anak anda ke kedai berhampiran. Minta dia beli benda yang mudah. Sabun mandi contohnya. Beri dua wang dan tunggu di hadapan kedai. Galakkan dia bertanya, memilih sendiri, membayar, menerima baki. Kemudian ucapkan tahniah (menghargai) dan terus membeli barang-barang lain bersama-samanya.

f. Jawab dengan fakta atau jujur tidak tahu apabila ditanya anak-anak. Dalam keadaan anak anda meneroka semua perkara, banyak soalan-soalan cepu emas yang ditanya.

Contohnya, Ultraman lawan Gaban siapa menang? Katakan itu watak yang dicipta manusia. Dan manusia itu yang menentukan siapa yang akan menang. Along mahu siapa menang? Kalau Along mahu Ultraman menang, maka, Along perlu mencipta jalan cerita / kisah bagaimana Ultraman menewaskan Gaban.

Contohnyalah.

g. Jangan marah / tengking bagi kesalahan pertama. Beritahu / berbincang bahawa perbuatan itu adalah salah. Kemudian sediakan alternatifnya.

Contoh anak anda menconteng dinding atau kereta. Beritahu / berbincang. Kemudian belikan papan putih dan marker pelbagai warna, atau kertas mahjong. Sentiasa latih mereka belajar dari kesilapan dan paling penting ialah berani terhadap kesilapan.

5. Sistem Pendidikan Sekolah Rendah.

Untuk mencipta / mencari satu system yang terbaik, kita kembali semula kepada perkara asas. Yakni menyedari / mengakui bahawa diri / bangsa kita adalah bangang.

Kemudian selanjutnya, merujuk kepada ALLAH. Mudah, tepat. Tidak perlu memetik pepetah Melayu itu, bercakaran mempertahankan bangsa, mengambil individu atau anak-anak sebagai sample dan sebagainya.

Sistem pendidikan ciptaan Melayu Nasionalis kita selama ini ibarat ayam daging. Mereka disuap segalanya. Sehinggakan si ayam ini masih samara-samar hala-tujunya. Besar nanti nak jadi apa? Apa laluannya? Jika doctor, hanyalah sekadar cita-cita, tetapi tidak nampak laluannya kecuali belajar sungguh-sungguh.

Dan ayam-ayam daging ini katakanlah terlepas di jalan raya. Maka terpinga-pingalah mereka. Melintas pun tidak, lari pun tidak, berbunyi pun tidak. Cuma terkebil-kebil.

Begitulah juga dengan graduan-graduan yang ada. Jika makan gaji barulah kerja. Jika tiada, menganggurlah. Jumpa itu tidak berani, jumpa ini tidak berani. Isu itu tidak berani, isu ini tidak berani. Ada temuduga jumpa bomoh penerang hati. Gugup, emosi dan tidak yakin.

5.1 Mari merujuk Islam.

Sistem yang terbaik sudah tentu dicipta oleh ALLAH. Dan ALLAH lebih mengetahui segalanya. Dan manusia itu telah diminta mencontohi manusia yang dipilih oleh ALLAH sebagai rasul. ALLAH menurunkan segala pengajaran melalui manusia terpilih ini.

Mari kita melihat beberapa Nabi sebagai contoh. (ahli agama diminta mengimbangi analisis hamba) Nabi Ibrahim AS ‘didera’ oleh ALLAH sejak kecil. Baginda terpaksa diletakkan ke dalam gua akibat tekanan kerajaan. Baginda keseorangan dan hanya dilawati oleh ibunya dalam tempoh tertentu.

Nabi Ismail juga ‘didera’ oleh ALLAH sejak kecil. Dengan kehausan di mana ibunya terpaksa berlari-lari anak bukit ke bukit mencari air. Menangis / kehausan / kepanasan / kemiskinan / kesunyian. Nabi Musa juga ‘didera’ oleh ALLAH. Terpaksa dihanyutkan ke sungai. Nabi Muhammad SAW juga ‘didera’ dengan begitu teruk. Yatim + piatu. Ada pula wabak di mana perlu diserahkan kepada orang lain (Halimatussaadiah), miskin, gembala kambing, dan sebagainya.

Apa kesimpulan yang boleh diambil?

Jadi, dengan menyedari diri adalah bangang, ketepikan segala isme / pendapat / hujah bangang peribadi. Bagaimana Islam menjaga Melayulah, takan Melayu hilang di dunialah, anak sendiri pandailah, IC tertulis Melayulah, perbezaan adat anugerah ALLAHlah dan sebagainya.

Sebaliknya mengapa ALLAH mendera Nabi-nabi ini (sekadar beberapa contoh) sejak kecil? Inilah dinamakan keyakinan diri. Tabah, sabar, tawakkal, berani, tenang, bijak dan sebagainya.

Tetapi janganlah pula mengatakan : “Jikalau begitu, hanyutkanlah anak kamu ke sungai.”

Ujian itu bersesuaianlah dengan manusia. Lain manusia, lain tahap ujiannya. Dengan kebangangan kita untuk mengetahui tahap kesesuaian manusia itu, mamadailah kita mengambil secara keseluruhan.

Maknanya, kesemua manusia sasaran itu mampu membuatnya. Jika di Malaysia ini, kesemua muslim itu mampu membuatnya. Jadi?

5.2 Maksimumkan keyakinan diri muslim di peringkat sekolah rendah, minimumkan system peperiksaan.

Sistem pendidikan haruslah berasaskan Islam sepenuhnya, tanpa diringi / disekutukan Islam itu dengan yang lain-lain. Tiada motto Demi Bangsa, Agama dan Negara.

Tetapi hanyalah demi Islam. Tidak diringkan Islam itu dengan sesuatu yang lain sekaligus mengatakan ALLAH tidak lengkap.

Contoh. Katakan Negara Perak mahu menakluki daerah Rawang dari Negara Selangor. Negara Perak itu disokong oleh British. Jadi apabila tanpa Bangsa dan Negara di dalam motto tersebut, maka, para tentera wajar mogok walaupun dikenakan hukuman bunuh. Yang ada hanyalah Islam. Jadi, tiadalah istilah pecah-perintah dalam kamus sejarah negara kita.

Tidak dipatuk oleh seekor ular pun walaupun dimana-mana, di mana-mana tubuh. Buat agama lain, mereka diberi kebebasan mengamalkan system pendidikannya sendiri.

Berikut adalah antara cara-cara yang dicadangkan. Tidak semestinya betul. Perlu diimbangkan semula / ditapis oleh semua golongan. Agama, professional, intelektual, dan sebagainya.

5.2.1 Darjah 1.

a. Semasa pendaftaran, biar anak-anak mengambil sendiri boring dari kuanter A (ditemani oleh ibu bapa). Isi sendiri, dan hantarkan ke kuanter B. Daftar pula kelas mengikut kuanter lain-lain. (Sebaliknya hanyalah ritual, kerana pendaftaran sebenarnya telah dilakukan)

b. Hapuskan pelajaran muzik (cabang ini perlu diajar di IPT atau kata lainnya selepas akhil baligh supaya tidak mudah ditipu syaitan)

c. Banyakkan aktiviti bercakap di hadapan kelas / hadirin.

5.2.2 Darjah 2-3.

a. Semasa pendaftaran, biar anak-anak mengambil sendiri boring dari kuanter A (kali ini ibu bapa diluar dewan). Isi sendiri, dan hantarkan ke kuanter B. Daftar pula kelas mengikut kuanter lain-lain. Dibantu oleh senior / pengawas.

b. Libatkan / aktifkan segala persatuan diusia ini. Bagaimana prosedur meminta kebenaran membuat aktiviti persatuan. Dari A sampai Z. Masih di peringkat dalam sekolah.

c. Perlu bercakap mengenai isu negara / dunia mengikut tafsiran sendiri di hadapan kelas / hadirin. Apa yang dipandang/ ditafsirkan oleh kanak-kanak seusia ini. Dan apa cara penyelesaiannya.

5.2.3 Darjah 4-5

a. Membantu proses pendaftaran pelajar baru. Kawal tempat parking kereta, penyediaaan dewan, kuanter, urusan birokrasi, papan tanda dan sebagainya.

b. Libatkan / aktifkan segala persatuan diusia ini. Kali ini diperingkat luar sekolah. Seperti kutipan derma di komplek awam, dari pejabat ke pejabat, pejabat-pejabat awam. Contohi pelajar Cina di bawah persatuan Ambulan atau anak-anak Rufaqa yang dikutuk bangsa Melayu menjual CD / majalah agama di pasaran terbuka. Ianya dikawal oleh persatuan peringkat negeri / guru-guru berkerjasama dengan agensi kerajaan.

c. Buat satu aktiviti seperti memecahkan 1 kelas kepada beberapa kumpulan. Tetapkan tempat sasaran seperi kawasan perumahan. Kemudian minta tuan rumah menghukurkan derma berbalas dengan kerja-kerja pembersihan kawasan luar rumah oleh pelajar-pelajar. Ajar pelajar-pelajar menguruskan sendiri bagaimana mahu mendapatkan kerjasama dengan Majlis Daerah bahagian kerja pembersihan jika mahu.

d. Hari kantin. Pelajar-pelajar membentuk kumpulannya sendiri untuk berniaga apa sahaja yang dibenarkan syarak.

5.2.4 Darjah 6.

a. Tiada aktiviti bertujuan meningkatkan keyakinan diri. Tetapi kembali kepada system peperiksaan. Mereka ditumpukan sepenuhnya oleh semua guru-guru darjah 6.

6. Sistem Pendidikan Sekolah Menengah.

Pada peringkat ini, cabaran lebih besar. Keyakinan diri yang dibentuk pada peringkat awal boleh disalahgunakan kepada fahaman yang menyesatkan. Contohnya, kumpulan gangster, black matel, vandalisme, dan sebagainya.

6.1 Mengekalkan keyakinan diri muslim di peringkat sekolah menengah, mengelakkan mereka terjerumus ke anasir negative, minimumkan system peperiksaan

6.1.1 Tingkatan 1-2.

a. Pelajar perlu mengikuti satu kem membina diri sekurang-kurangnya dalam setahun. Kem-kem ini diasingkan mengikut jantina.

b. Pengisian rohani yang lebih padat. Cabaran semakin getir bagi menyelamatkan harta tidak ternilai ini dari anasir jahat dengan segala yang termampu oleh kita yang bangang, selebihnya meminta perlindungan ALLAH.

c. Menaiktaraf kajian geografi atau sejarah kepada yang lebih rumit. Mereka perlu berjumpa dengan tokoh-tokoh yang lebih tinggi. Perlu menyusun jadual kerja yang lebih rumit.

Dicadangkan mereka mencari satu masalah rakyat seperti prosedur kutipan sampah yang kelam-kabut, atau sistem pendidikan yang dirasakan tidak betul. Kemudian analisanya, kajinya, beri cadangan, temuramah sample, dapatkan pandangan pihak terbabit dan sebagainya.

d. Libatkan aktiviti persatuan di peringkat negeri. Membantu pelajar / adik-adik sekolah rendah mengutip derma / menerangkan tentang persatuan kepada orang awam.

e. Minta kumpulan pelajar memilih satu isu. Contohnya ragut. Minta pelajar keluar ke tempat awam menerangkan / meningkatkan kesedaran tentang isu ini. Apa yang perlu dibuat, cara pencegahan dan sebagainya. Ataupun rasuah. Apa pandangan masyarakat, sector mana yang berisiko, kesedaran masyarakat, langkah yang perlu dan cadangan penyelesaian.

f. Buat satu perniagaan peringkat sekolah seperti buku-buku, kaset agama, CD pembelajaran. Tubuhkan kumpulan-kumpulan pelajar. Rangka strategi dan promosi atau kaedah penjualan. Hasil kutipan dibahagi 2. Satu dimasukkan ke sekolah, satu dibahagikan kepada pelajar.

g. Kenalpasti satu keluarga susah bagi setiap kumpulan. Lawati, ziarah, bersihkan rumah, cipta cadangan penyelesaian dan sebagainya.

6.1.2 Tingkatan 3.

a. Pada ketika ini pelajar tidak terbabit dalam aktiviti membina keyakinan diri kerana inilah persimpangan hala tuju pelajar kepada aliran yang diminatinya berdasarkan apa yang telah ditempohi selama ini (Darjah 1-tingkatan 2). Contohnya persimpangan aliran teknikal, sains, perdagangan dan sebagainya.

6.1.3 Tingkatan 4-5.

a. Pada ketika ini, mereka sudah menumpukan perhatian kepada aliran yang dipilih. Hanya kerja-kerja sampingan melibatkan sekolah seperti biasa dikekalkan.

7. Kesimpulan.

Berikut adalah cadangan terhadap system pendidikan negara kita yang tercinta. Bukan reformasi atau revolusi, tetapi kembali kepada sunnah yang telah ditetapkan.

Hamba alu-alukan pada jemaah menangkis / menapis / mengimbangi / menambah segala cadangan yang ada. Semoga TKO terus menjadi satu wadah pertembungan intelektual yang memercikkan pelbagai cabang ilmu hasil pertembungan tersebut.

Wallahualam.

AdukaTaruna

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.