Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

Hudud : PAS diletakkan Allah di landasan yang tepat.

Oleh : AdukaTaruna Ultra + Ektrim. Kali ni wa tidak mahu bercakap soal taktikal manusia. Wa bercakap soal taktikal Allah. Tidak semestinya tepat, tetapi sekadar hamba yang meneka percaturan Tuhan terhadap usaha menunaikan janji Tuhan sendiri. Orang berkata, dulu, PAS ultra atau ektrim dalam memperjuangkan Negara Islam. Tidak berhemah, tidak sesuai dengan corak berbilang agama dalam wadah perebutan undi majoriti. Di bawah tajuk taktikal manusia, memang wa setuju. Tetapi di bawah tajuk taktikal Allah, tidak semestinya benar. Allah yang mengawal hati dan memberi kecenderungan kepada pejuang agamaNya. Jikalau tidak ada gaya ultra dan ektrim seperti kematian di Memali, Batu Buruk, di ISA, ditetak dengan kapak, diculik pada satu ketika dahulu, jangan harap generasi kemudian seperti wa dapat melihat kesungguhan dan pengorbanan pejuang PAS memperjuangkan Islam. Hudud. Begitu juga hudud. Di bawah tajuk taktikal manusia, adalah tidak bijak mendapatkan hudud dahulu sebelum jal

Hina gen Melayu, hina ciptaan Allah?

Oleh : AdukaTaruna. Seseorang bertanya wa. Adakah wa dengan menghina genetik Melayu tidak bererti menghina ciptaan Allah? Wa agak kepenatan nak menaip panjang, wa terus guna kaedah ganti. 1. Fakta gen kuda padi lebih lemah dari gen kuda perang / kuda lumba. Adakah jatuh hukum menghina Allah apabila wa menaip fakta ini? 2. Fakta gen anjing Chihuahua (anjing kecil comel) lebih lemah dari anjing jenis perang. Adakah jatuh hukum menghina Allah apabila wa sentiasa dan sentiasa menegaskan fakta ini? 3. Fakta gen padi Malaysia lebih lemah (secara purata) dari padi Thailand. Adakah jatuh hukum menghina Allah apabila wa sentiasa mengimplan fakta ini kepada pembaca? 4. Firman Allah yang memperuntukkan bodoh (bangang dan bebal adalah perkataan seerti) kepada sekian-sekian kaum yang bertindak sekian. Adakah Allah menghina ciptaanNya sendiri? Penyelesaiannya? Jadi, apakah penyelesaiannya? Terdapat 2 jalan penyelesaian. 1, jangka pendek. 2, jangka panjang. Jangka Pendek. B

Cayalah Presiden PAS.

Oleh : AdukaTaruna Rujukan : Di sini . Thanks Allah, thanks Mr. Presiden. Wa harap mesej Presiden sampai di media non muslim. Bagi wa secara peribadi, sepatutnya Husam mengucapkan yang ini (hudud hanya untuk muslim) sebagai penjelasan lanjut setelah berdebat dengan Khairy. Ataupun menggunakan penjelasan demokrasi seperti mana yang dikeluarkan melalui lidah Salahudin dan Khalid Samad ( juga di sini ). Memang secara prinsipnya, wa lebih bersetuju terdapat non muslim yang akan dibicarakan melalui mahkamah syariah (hudud). Tetapi secara taktikalnya, secara beransur-ansurnya, laksanakanlah terhadap muslim dahulu (non muslim dikecualikan). Malah jadikan satu negeri (Kelantan contohnya) sebagai percubaan. Step by step. Sesuai dengan wadah perebutan undi majority. Kita tidak berjuang setulen nabi. Pembolehubah PAS tidak sama dengan pembolehubah nabi.