Skip to main content

Posts

Kepimpinan Ulama Atau Kepimpinan Islam?

Oleh : AdukaTaruna Dengan Nama ALLAH Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang. Yang mana lebih universal, yang mana lebih sepatutnya? Islam dahulu atau ulama dahulu? Dalam ilmu elektrik, semakin dekat jarak antara penghantar dengan penerima, maka, semakin sedikitlah kelemahan tenaga yang dihantar itu. Atau kata lainnya, semakin panjang jarak, semakin hilang tenaga yang dihantar. Dunia perlu pantas. Komputer dari sebesar bilik kini menjadi sebesar telapak tangan. Semuanya pintas. Memang ulama menjaga Islam, tetapi lebih pintas dan efektif sekiranya Islam menjaga Islam. Kepimpinan Ulama vs Kepimpinan Islam. Sekiranya Kepimpinan Ulama yang dibawa oleh Mustapha Ali ini masih diguna pakai, hamba percaya PAS akan tertinggal dalam kehendak pasaran yang memerlukan kepantasan. Ulama yang jujur dan baik, tetapi lembab dan mudah dimanipulasi akan tetap dipertahankan. Sedangkan sekiranya Kepimpinan Islam, ianya perlu ditukar kepada yang lebih relevan, efektif, tidak kira sama ada ulama, atau profesional....

“AdukaTaruna Seorang SB.”

Wa mendapat sms : Oit SB. Wakaka. Tu ada mamat dedahkan lu SB. Wakakaka. Kat blog lu. Wa nak apply SB gak la. Caner eh? Hantar borang kat lu ke? Hahahaha. salam.. sebenarnya saya sangat suka meneliti gaya penulisan seseorang. kerana gaya pemulisan ini sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang. Dari apa yang saya perhatikan AT nie memang telah di 'train' untuk menjadikan bidang penulisan sebagai agenda pemecahan kesatuan, tak kiralah ISLAM atau pun PR. Saya tidak nafikan idea kritis beliau. Tetapi cuba kalian lihat gaya penulisan beliau secara teliti. Pernah saudara lihat beliau menghentam Pak Lah sehebat beliau menentang TGHH? Pernah beliau mengulas tentang UMNO/BN seteliti beliau mengulas tentang PAS/PR? Dari apa yang saya kenali dan faham tentang gerak kerja SB, mereka pertama sekali akan berusaha memenangi hati sasaran (kalau dalam situasi parti politik, mereka akan menekan bahawa mereka adalah ahli PAS atau mempunyai hubungan rapat dengan Pimpinan PAS). Cuba l...

SB Terpaksa Jadi Pengapit Pengantin.

“Hello..” “Hello... Assalamualaikum, tok.” “Ha.. ngek. Apo kes?” “Ekau kono tolong den tok. Urgent nih.” “Apo hal plak? Ekau kantoi dongan awek lain ko?” “Banyak la kau.” “Dah tu?” “Membo den nia ha..” “Apo plak?” “Dio buek kelakar plak tak dapek datang.” “Apo kono-mongono ngan den lak?” “Ekau jadi pongapit den la.” “Ekau gilo ko! Den mano ghoti.” “Ala tok, please la ha.” “Den mano ado song..” “Songkok den bawak, ekau pakai baju Melayu yo.” “Den takdo keris.” “Ekau jangan memain tok. Maso dah suntuk dah ni ha. Den bosanding lopeh Zuhur ni.” “Takdo oghang lain ko? 7 kotughunan den tak ponah laie jadi pengapit ni.” “Jangan memain tok... nolong la ha.... ekau yo paling layak, paling ensem.” “Ceh... blah la. Den mano ghoti nak kipeh-kipeh, nak pogang payung tangan mano.” “Kang den ajar la.” “Den blom pakai inai laie, kang kono silat plak kang, pantun pun tak pandai, keris pon takdo ni.” “Ekau jangan la tok. Den moghayu boto kek kau ni. Tak ponah laie den mintak tolong kek kau camni bona do...

Terdudukah Anwar Di Permatang Pauh?

Oleh : AdukaTaruna Kita tinggalkan dulu tajuk itu dahulu. Kita jalan-jalan cari fikir gerakan Anwar. Sukar untuk mengetahui yang mana disandarkan kepada yang mana. Adakah : 1. Kes siasatan liwat Anwar disandarkan kepada pengumuman bertandingnya Anwar. Atau 2. Bertandingnya Anwar itu disandarkan kepada kes siasatan liwat yang sudah siap. Jika situasi sebenar ialah nombor 1, bermakna UMNO sangat takut kepada Anwar seperti yang diketahui umum. Tetapi, sekiranya, pengumuman bertandingnya Anwar itu kerana tahu kes siasatan liwatnya siap (nombor 2), supaya level awam melihat takutnya UMNO kepadanya (Anwar) maka, ianya mengundang kepada satu persoalan yang sangat rumit. Anwar adalah acuan UMNO. Taktikalnya hebat. Manipulasinya cemerlang. Tidak seperti PAS yang lurus bendul. Kulim hanyalah bayangan seperti yang dijangka. Malah boleh pula melihat sejauh mana kesetiaan penyandang Kulim terhadap kesetiaan PKR. Ini semua kita boleh jangka, tetapi sekiranya persoalan di atas itu, nombor 2 adalah j...

Lain kali jangan cabar intelek pengundi.

Ditanya mengenai tindakan yang akan diambil oleh parti tersebut terhadap mana-mana pimpinan yang mengadakan pertemuan sulit dengan BN, katanya, "tiada yang sulit lagi, kita mengatakan boleh mengadakan pertemuan dengan syarat ia dimaklumkan kepada parti." Sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016106&Itemid=85 Anda berjuang dalam demokrasi secara total, bukan seperti nabi secara tulen. Jadi, sebarang penipuan tidak akan mudah dihadam sebegitu sahaja oleh kami yang puluhan juta ini, seperti 800 000 ahli anda. Jelas?

HarakahDaily Keberatan Tiada Penggabungan Dengan UMNO.

Oleh : AdukaTaruna Dalam banyak parti politik di Malaysia. PAS paling lurus, skema, lembab, jujur, baik hati. Satu perwatakan budak-budak baik. Ianya adalah kelebihan dalam tajuk prinsip. Jujur dan lurus dalam pentadbiran, kewangan, dan sebagainya. Tetapi kekurangan dalam taktikal. Contoh terbaru ialah HarakahDaily. Ketika rakyat malaysia, muslin dan non muslim, BR dan BN, berpusat fokus mereka kepada keputusan dari Jalan Raja Laut, HarakahDaily selamba mengambil pendekatan biasa. Pada saat keputusan diumumkan oleh akhbar kawan dan lawan, pada ketika artikel ini ditulis, 4.00 petang, HarakahDaily kepunyaan PAS dalam mode biasa. Bersungguh tidak, lewa pun tidak. Jujur, lurus dan lembab perwatakannya. Apakah semua ini berlaku kerana : 1. Gen Melayu? 2. Tiada unsur keswastaan / keuntungan / pernigaan (unsur tipikal kakitangan kerajaan)? 3. Saranan gaji minimum yang dilaungkan Presiden PAS tidak diguna-pakai dalam kumpulan HarakahDaily? 4. Keberatannya kepala kepada Harakah dalam keputusa...

PAS fikir intelek pengundi sekarang taraf ahli mereka agaknya..

Oleh : AdukaTaruna Skang baghu tohegeh-hegeh nak toghang an. Sobolom ni, kalau buleh soghok bawah karpet, bawah katil ekau soghok. Apo ekau ingat zaman ni zaman 800 000 oghang ahli ekau tu ko? (Pemikir Ganu mesti ketinggalan zaman) Dio oghang ni duduk bawah tompughong gamak eh, tak soda yang puluhan juta pongundi dio bukan ahli dio. Ahli PAS buleh la koghang nak koncing ko, nak main nyoghok-nyoghok ko, polis n penjahat ko. Somuo eh wala’ beb. Angguk-angguk, ikut saluran. Zaman skang tak dapek do bai. Silap la. Poie jalan la samo tompughong nyio Ganu ekau tu. Ekau nak jumpo ko, nak main snuko ko, nak botopok-botampa ko, dongan UMNO, bagi tahu pengundi yang bukan ahli ekau ni. Nak botopok-botampa dongan Saripah Aini pon buleh kok ekau minat. Tapi mongaku la siket. Yang ahli takpo do. Ekau suo apo pon doghang tolan. Bagi tau kek kito oghang ni ha. Tak payah la sampai nak buek sidang akhbar bagi tahu plak. Cukup ngaku yo dan toghang an bilo ditanyo. Bukan bobolit-bolit macam soghoban...