Skip to main content

Terdudukah Anwar Di Permatang Pauh?

Oleh : AdukaTaruna

Kita tinggalkan dulu tajuk itu dahulu. Kita jalan-jalan cari fikir gerakan Anwar. Sukar untuk mengetahui yang mana disandarkan kepada yang mana. Adakah :

1. Kes siasatan liwat Anwar disandarkan kepada pengumuman bertandingnya Anwar.

Atau

2. Bertandingnya Anwar itu disandarkan kepada kes siasatan liwat yang sudah siap.

Jika situasi sebenar ialah nombor 1, bermakna UMNO sangat takut kepada Anwar seperti yang diketahui umum. Tetapi, sekiranya, pengumuman bertandingnya Anwar itu kerana tahu kes siasatan liwatnya siap (nombor 2), supaya level awam melihat takutnya UMNO kepadanya (Anwar) maka, ianya mengundang kepada satu persoalan yang sangat rumit.

Anwar adalah acuan UMNO. Taktikalnya hebat. Manipulasinya cemerlang. Tidak seperti PAS yang lurus bendul. Kulim hanyalah bayangan seperti yang dijangka. Malah boleh pula melihat sejauh mana kesetiaan penyandang Kulim terhadap kesetiaan PKR. Ini semua kita boleh jangka, tetapi sekiranya persoalan di atas itu, nombor 2 adalah jawapannya, maka mungkinkah ramalan ini akan berlaku?

Terdudukkah Anwar?

Sekarang baru kita masuk tajuk utama. Apabila Permatang Pauh menjadi tumpuan dunia, dari USA hingga ke Zimbabwe, dari blok Barat hingga ke blok Timur Tengah, akibat PRK yang berlaku, di mana masa depan Anwar berada di pintunya, maka, mungkinkah Anwar terduduk diaibkan di seluruh dunia? Bagaimana?

Sekiranya Ezam bertanding melawan Anwar. Ezam dan Saiful tampil bersumpah secara Islam di khalayak ramai, live di saluran TV seluruh dunia, bahawa mengetahui Anwar seorang peliwat (bagi Ezam), dan mendakwa Anwar meliwat dirinya (bagi Saiful). Kemudian mencabar Anwar melakukan hal yang sama.

Terjadikah? Jika terjadi, bagaimana? Bersediakah Anwar bersumpah juga? PPOAAA?

Wallahualam.

Comments

  1. satu soalan yang agak tektikal. ok kita tunggu dan lihat nanti apakah jawapannya.

    cukup menarik pilihanraya kecil ini nanti.

    ReplyDelete
  2. dulu tahun 98 aku penah ngk anjing betina bersumpah kat tv..anak pak ali..tp aku tak percaya gak..dia cbr gak anuar sumpah..last2 anwar masuk lokap..anjing betina tue skang slalu ade dlm majlis mantan pm..

    aduka bile nk kuar buku ala2 shit..kluaran 98..shanon ahmad..
    bhs yg mendalam tue..penat aku nk phm dulu..

    ReplyDelete
  3. salam..

    sebenarnya saya sangat suka meneliti gaya penulisan seseorang. kerana gaya pemulisan ini sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

    Dari apa yang saya perhatikan AT nie memang telah di 'train' untuk menjadikan bidang penulisan sebagai agenda pemecahan kesatuan, tak kiralah ISLAM atau pun PR.

    Saya tidak nafikan idea kritis beliau. Tetapi cuba kalian lihat gaya penulisan beliau secara teliti. Pernah saudara lihat beliau menghentam Pak Lah sehebat beliau menentang TGHH? Pernah beliau mengulas tentang UMNO/BN seteliti beliau mengulas tentang PAS/PR?

    Dari apa yang saya kenali dan faham tentang gerak kerja SB, mereka pertama sekali akan berusaha memenangi hati sasaran (kalau dalam situasi parti politik, mereka akan menekan bahawa mereka adalah ahli PAS atau mempunyai hubungan rapat dengan Pimpinan PAS). Cuba lihat posting AT dahulu, pasti saudara akan jumpa apa yang saya katakan tersebut. Step kedua, setelah kepercayaan diperolehi, mereka akan berusaha mengucar-kacirkan Parti dengan kaedah yang licik dan halus, seolah-oleh mereka lah pejuang tulen keadilan dan kebenaran. Cuba lihat bagaimana hebat serangan pribadi beliau terhadap TGHH dan Kepimpinan PAS.

    Nasihat saya.. hati2 lah saudara. Azab Allah itu amat pedih.

    -almansur-

    ReplyDelete
  4. Nasihat sy, sblm saudara 'al-mansur' menuduh, sila kenali dulu tertuduh secara bersemuka, bukan menilai dr penulisan. Kerana penulisan itu bisa saja diterka dan diduga-duga dgn bermacam-macam tafsiran, samada dangkal atau dalam. Maka dgn itu, adalah tidak adil, menuduh seseorang itu SB hanya dgn melihat kepada artikel dan penulisan.

    Wallahu'alam.

    Hamba Allah.

    ReplyDelete
  5. tuduhan?? besar manakah tuduhan saya berbanding TUDUHAN beliau terhadap TGHH?

    saya bukan pembela individu.. sebenci saya pada Pak Lah, rasanya tak sanggup untuk saya melikis karikatur sejijik demikian.

    Ini semua kerja orang yang tak bermaruah.. dan hanya SB sahaja yang sanggup melakukan perkara sedemikian. Tolong fikir menggunakan mata hati..!

    -almansur-

    ReplyDelete
  6. ya, saya pun bersetuju dengan sdr almansur.

    Kalaulah bloger ini banyak menganalisis kununnya dalam perspektif mata rakyat yang terdedah dengan sumber berita yang telah diedit dan diubahsuai mengikut pemegang saham terbesar mereka iaitu umno, maka adalah adil bagi almansur nmenuduh benda yang sama kepada bloger ini!

    Bloger ini banyak mengeji pimpinan PAS melalui sumber yang tidak sah tanpa mengenali pemimpin yang dicercanya, begitu juga pada almansur terhadapnya.

    Oleh itu, kalaulah blogger ini menuduh orang dengan gelaran macam-macam, maka dia pun kena bersedia untuk dituduh...

    Sekian.

    ReplyDelete
  7. kesian juga aku kat AT kerana ramai sangat yang hentam. tapi bagi aku, apa saja wajah yang dilakarnya hanyalah bayangan dari apa yang terkandung di dalam fikiran pelakarnya. itu adalah hak dan pandangan individu. adakah TGHH merupakan seorang Nabi? tidak boleh ditegur kecuali Allah? lakaran wajahnya pun tidak boleh dibuat. menghina? menghina dan menegur adalah dua perkara berbeza tetapi bergantung kepada persepsi masing-masing.

    kalau orang UMNO yang taksub kat abdullah atau mahathir kenapa tak boleh? tetapi dibolehkan pula orang-orang PAS taksub kat TGHNA dan TGHH. kenapa? bukankah suka, benci, sedih, duka itu ada pada naluri manusia?

    kalau pun AT adalah betul-betul SB, apa salahnya dia menyelami fikiran dan pendapat kita? itu hak dia. kita juga ada hak melakarkan pandangan dan pendapat kita.

    bagi aku siapa pun AT, dia adalah sebahagian daripada penyedia maklumat untuk kita menerusi pandangan dan buah fikiran dia.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.