Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2013

Bajet 2014 : Desakan Aktivis Kelantan (AK03)

Rabu 23/10/13. Kota Bharu. Aktivis Kelantan (AK03) hari ini mencatat satu resolusi desakan terhadap Bajet 2014 yang dijangka dibentangkan Perdana Menteri Jumaat ini. Resolusi 5 perkara itu dicatatkan di Bulatan Jam Besar Kota Bharu. Ketua Mahasiswa Islam AK03, saudara Nik Aziz Kias, 20, berkata, terdapat 4 pecahan yang dicatatkan di bawah perkara pendidikan tinggi. "Kami mendesak Bajet 2014 memastikan tiada caj tambahan kepada peminjam PTPTN, kawalan kerajaan terhadap yuran, mengkaji kriteria kemasukan IPTA dan mengkaji sistem pemilihan jawatan awam." Penyelaras Mahasiswa AK03, saudara Wan Muhiddin Asyarafi, 22, berkata desakan ini mengutamakan projek untuk Kelantan yang tidak dilaksanakan dalam beberapa Rancangan Malaysia sebelum ini. "Kami mendesak Bajet 2014 melaksanakan janji dalam Rancangan Malaysia sebelum ini, bayar royalti petroliam mengikut perjanjian, melaksanakan penguatkuasaan terhadap jenayah berdasarkan laporan audit negara dan mengiktiraf kehendak suk

Jenayah kopiah putih : Balak, ulama dan idealogi menurut Republik Pekerja Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna (1) Sebelum membaca artikel ini, anda perlu memahami konsep Republik Pekerja Malaysia. Rujuk di sini : http://adukataruna.blogspot.com/2013/08/merdeka-cadangan-format-negara-malaysia.html Artikel ini menjelaskan konsep dan format. Bagaimanapun, mekanisme terhadap konsep dan format masih belum kemas. Setiap pengurusan harus berdasarkan ideologi. Apatah lagi pemerintahan. Ideologi memudahkan manusia mengikut landasan yang ditetapkan fahaman yang dipersetujui. Kita stop dulu dan masuk ke dalam otak seorang ulama. Ideologi adalah ciptaan manusia. Setiap ciptaan manusia adalah sesat. Hanya Islam yang benar kerana wahyu. Ini adalah otak ulama. Mereka dilahirkan bukan sebagai pemikir. Tetapi sebagai penghafal. Memang benar, ideologi adalah ciptaan manusia. Tetapi sebenarnya, Islam lebih tinggi dari ideologi. Islam memberikan kebebasan kepada satu-satu kumpulan manusia, untuk mengikut konsep dan format pengurusan yang bersesuaian dengan sesuatu zaman dan budaya. Asalka

Bacaan semua anak Kelantan : Isu PMBK Sawit Kelantan

Oleh : AdukaTaruna [1] Ini bukan tulisan ulama ustaz2. Ini adalah tulisan gua. Guna identiti gua. Tak guna identiti palsu. Gua bertanggungjawab terhadap tulisan gua. Gua bukan penakut macam ulama ustaz2 yang tulis guna identiti palsu. Insyaallah. Gua adalah antara orang yang bertuah dapat berdialog dengan kedua pihak. Kerana di Kelantan, politik mereka percaya dengan hujah. Manakala aktivis pula mempunyai kekuatan menyebarkan hujah dan melawan apa sahaja sebab tiada terikat dengan kepentingan politik. Maka, kumpulan aktivis ini menjadi rebutan bagi pihak yang mahu hujah mereka ditegakkan. YB Che Lah@DCL dan Haji Fauzi (Pengurus Besar PMBK Sawit). Ramai yang minta gua tulis perbandingan di antaranya. Tapi gua sibuk menyelesaikan kerja-kerja kemasyarakatan di bawah Aktivis kelantan (AK03) dan R. Itu prioriti gua skang.Dan kini, ada sedikit masa untuk menulis dan mencatatkannya. [2] Sedikit latar belakang PMBK Sawit. PMBK Sawit adalah salah satu GLC yang bertaraf 'lu