Skip to main content

Surat untuk Najib : Malaysia berpendapatan tinggi beri bonus RM500 sahaja.

Oleh : AdukaTaruna
Rujukan : Terima Kasih Kerajaan BN


Bro Najib, PM gua yang dikasihi.

Lu perlu tahu bahawa pengundi lu (BN-UMNO) majoritinya adalah golongan IQ rendah. Pekerja2 kampung, pekerja2 car wash, Pak Guard, wanita, artis, peminat industri hiburan dan sebagainya. Kita fokuskan kepada Pengawal Keselamatan.

Cerita Pak Guard naik gaji lama dah. Najib umum lama dah. Dalam dunia kerja gua, ada 6 Guard yang bekerja. Seorang ketua menjadikannya 7. Gua sorang jer yang menentang lu secara tajuk. Lainnya, adalah pengundi setia BN-UMNO.

Ayat lainnya dalam 7 kumpulan itu, hanya gua sahaja yang faham bahawa gua duduk di bawah pemerintahan UMNO-BN yang sudah terlalu lama memerintah. Gua sudah lali dan faham. Tapi lu perlu fikirkan pengundi setia lu.

Gua telah nyatakan bahawa N3 ini tidak berjuang demi gua. Kalau demi gua, lama sudah gua memekak dalam blog cabuk gua. Gua siap bagitahu kat mana gua kerja. Kalau lu nak gunakan tekanan politik untuk terajang gua pun, gua takda hal. Cuma kalau boleh jangan la. Belum time gua blah lagi.

Bro Najib, PM gua yang dikasihi.

Mungkin kebetulan, selepas gua publish N3 terima kasih tu, dan berjanji akan buat N3 terima kasih khusus kalau lu tunaikan janji lu, demi kawan2 gua yang tidak faham siapakah UMNO sebenarnya zaman sekarang ni, syarikat gua memaklumkan gaji naik hujung bulan ni (gaji bulan 7 yang diterima pada 7hb 8) kerana kerajaan memberikan tambahan 20 sen dalam tender.

Maka, bersukalah rakan2 UMNO gua ni. Bersungguh2 mereka menempelak gua. Gua just senyum sahajalah. Gua faham kadar intelek mereka. Namun, apabila gaji tiba, tiada kenaikan. Syarikat janji bulan depan pula (kemasukan gaji pada 7hb 9).

Tanpa pengetahuan 6 orang, kecuali pejabat dan ketua yang incharge gua tu, gua kemukakan rasional jumlah kenaikan. Sekali lagi bukan demi gua. Gua tak kaya dengan sekadar kenaikan 20 sen dalam tender. Tapi SANGAT2 sedih dengan rakan2 gua yang tak sedar mereka teraniaya.

Walaupun ketua pejabat dan kerani pejabat memandang rendah pada gua yang Pak Guard apabila mengemukakan matematik tender 20 sen, tapi gua harap lu dapat settlekan prob ini, demi pengundi2 lu. Ceritanya begini.

"Maaf. Saya nak bertanya, berapa kenaikan gaji kami yang dijanjikan syarikat?"

"RM20. Tak banyak sebab tender naik 20 sen jer."

"Kenaikan tu berada dalam elaun atau gaji pokok?"

"Intensif. Elaun lah."

(Gua dah agak dah. Sebab kalau gaji pokok, syarikat kena bayar EPF lebih. Overtime lebih sebab darap kadar 1.5)

"Ok gini. Kita buat matematik mudah. Pinjam pen.

i. 20 sen sejam darap 8 jam = RM 1.60

ii. RM 1.60 darap 30 =  RM 48.00 (boleh dikatakan tiada cuti kerana hari off sehari akan diganti 8 jam OT apabila giliran rakan lain off. Malah lebih pula sebab darap 1.5)

Jadi syarikat ambil RM 28, pekerja dapat RM 20." (RM20 tu memang cukup menggembirakan rakan2 UMNO gua. Gua takda hal langsung. Gua dah biasa susah pasal gua yang memang pilih jalan ni. Tapi gua rasa sedih sangat sebab diorang kena tipu. IQ diorang hanya dijadikan untuk mengikut pihak yang menang.)

"Eh.. bukan macam tu kiranya. Awak tak faham sebab awak bukan buat akaun."

"Takan syarikat nak potong lagi atas nama pengurusan. Tender sebelum naik 20 sen itu sudah hampir setahun dipotong untuk pengurusan. Takan bila tender naik 20sen, tiba2 kos pengurusan syarikat naik. 20 sen pun nak tax juga ke?"

"Eh.. awak tahu ke nak kira. Mana boleh kira macam tu."

"Takpalah begini. Saya tunggu bos datang. Saya yakin dia faham matematik saya."

Bro Najib, PM gua yang dikasihi.

Lu kena tunaikan janji lu. Lu kena pastikan kenaikan 20 sen itu terus dapat tanpa potongan kepada pengundi2 setia lu. Bukan poyo bro, kalau lu nak kenaikan 20 sen sepenuhnya tanpa potongan kepada pengundi2 lu, dan berhentikan gua kerja pun, gua takda hal. Gua akan cari sumber rezeki lain. Gua pun ada perniagaan sendiri walau kecil. Gua tetap akan buat N3 terima kasih pada lu.

Gua harap surat ni dapat dibaca oleh lu, sama ada sesat atau disampaikan. Gua just kesian sangat2 pada mereka. Mereka tak tahu apa. Jangan aniaya orang2 macam ni bro..

Sekian dulu.



Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...