Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 6, 2011

Pergh.. umo gua 30 siot.

Oleh : AdukaTaruna

Pagi2 lagi gua bukak email. Nak settlekan prob gua pasal handycam. Ada 2 setakat ni bermurah hati nak bagi pinjam. Alhamdulillah. Gua dah bagi no tepon. Jangan handycam tu kat Perlis dah. Mau gua tempeleng Seltan Melayu kang. Tarikh yang diberi 7hb bai. Esok ni.

Kontek Batu Api, dia baru balik dari luar negara. Persidangan main chess bersama ulama dunia untuk diclaim kepada pengikut tempatan sebagai pejuang mujahiddin.

"Ana akan hadir. Ana hadir. Tunggu kat tingkat 1. Ini semua Songkok Putih punya kelemahan. Tak pasal2 ana terpaksa guna kaedah Anatoly Karpov."

"Lu Rooney pun gua peduli apa? Lu hadir ke tak hadir ke apa beza? Lu alat. Pembolehubahnya ialah Hadi. Cabut Hadi, 80% masalah selesai. Insyaallah. 80% yang berjawatan melalui jubah Hadi, bukan melalui merit akan gugur. Allah suruh kita serahkan sesuatu itu mengikut keahlian. Mengikut merit. Bukan mengikut jubah ulama."

"Ana hadir. Ana hadir. Ana jenis agresif."

"Mana handycam?"

"Ana jenis jenis keras."

"Mana handycam ni, bro?"

"Ana jenis kasar."

"Yer la, yer la. Lu ganas, kasar dan agresif. Nanti gua sembah lu dalam masjid Rusila tu minta ampun, minta perlindungan. Mana handycam?"

"Ana bukan macam SP. SP lembut. Ana kasar."

"Lu guna Hadi suruh sekat Terengganukini dari bantuan handycam ke apa bro? Supaya gua gagal hadir?"

"Ana bukan macam SP. SP terlalu lembut. SP mudah dieksploitasi. Ana akan hadir. Ana akan hadir."

"Pergi mampos la sama gangster lu tu. Janji Hadi tidak keluar negara 7 Jan, yakni esok hari."

Gua baca blog EdyesDotCom tadi. Dia mengamuk pasal harga teh beng RM2. Hipokrit punya member. Dulu masa dia nak adjust Farah awek kampung gua, teh ais RM1 pun dia marah makcik tu depan Farah. Tak reti niaga katanya. Murah sangat. Seolah2 menghina Melayu.

Tapi yang menariknya, dia sebut angka umur. 30. 30 beb. Bagi yang dah lepas, memang biasa la. Tapi gua macam tak percaya jer. Baru jer semalam gua rasa gua ramai2 naik beskal pergi mandi lombong Taman Ampangan. Hahaha. 30 siot gua.

"Ana lagi tua, Aduka. Ana agresif dan kasar. Ana bukan Suhaimi Embong."

So, ikut teorinya, gua sepatutnya sudah berubah kepada stendet 30. Gua pun tak tau sama ada gua sudah berada dalam stendet 30. Kena tanya uma nih. Apakah stendet lelaki 30. Kena bela janggut ala Nik Abduh ke, kena pakai kopiah sentiasa ke. Haha.

Umur gua 30, beb. Huhu... tak Tomok jer gua dengar angka 30 nih. Ok lah. Sambung restudy Langgar Hadi sambil tunggu pemberi pinjam handycam tepon gua. Chow.

4 comments:

Contact Information said...

masuk 30
utk jadi MA lg 20thn..
lu kene mgaji kitab2 muktabar.^_^
solat kasi cantekan lg.
perkemaskan solat mlm
pose kene cantekan lg.

duit byk,
bg kat wa..
leh wa guna beli no plat 30.^_^

apa2pon bro.
selamat hari jadi ke 30thn bro.


wa doakan lu moga2
sentiasa dlm rahmat dan berkat dariNYA.

perkemaskan lg golongan2 yg punye cita2 dan niat tertegaknya daulah islamiyah untuk bersama.

AdukaTaruna said...

tq bro.

besday gua lambat lagi. so, gua baru 29. ngeee...

dressing pakaian kena ubah ke bro bila masuk 30 ni?

Bab jadi Mursyidul Am tu, sah2 kena terajang la. Hua3.. tak layak.

Tapi gua layak jadi Pengerusi SPR. Miahahaha. Siap la lu orang.

lelaki_ini said...

Lu campur la dgn org2 tua, baru la nampak & terasa muda. Hehe..

Hanz Newman said...

Ya lu AT kena biasakan diri bergaul, mendekati orang tua macam TGHH tu. Baru ada 'ummph'.