Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Melayu kan suka cuti.. ngeee...

Oleh : AdukaTaruna Peniaga Cina hanya cuti pada hari yang berkenaan dengan mereka. Peniaga Melayu cuti apa sahaja perayaan yang ada. Majoriti lah. Hua3... termasuk gua. So, target gua untuk siapkan beberapa tempahan sebelum gua cuti, nampaknya macam berjaya. Kalau Allah izinkanlah. So, yang lain-lain tu, gua sambung lepas raya Cina lah yer.. Tempahan yang telah disiapkan. Baju Gempur Emas. Dinar Dan Dirham. Depan baju. Belakang Baju plak. Pos sebundle by bas kurang RM20. Tapi lu kena pikap sendiri kat stesen bas la. Orang tua ni tahu sengeh jer bai. Bukan nak tolong. Masa gua mula2 nak bisnes, nak siapkan bengkel koboi ni, gua jadi penguatkuasa MPKB tengah pagi buta. Turunkan banner tamat lesen. Nak buat dinding ma.. Muahahaha. Ijtihad gua kalau salah takper. Dapat 1 pahala. Kalau betul, 2 pahala. Tak gitu SFH? Cetak beg cenderahati Annual Dinner kilang Rohm-Wako.  1500pcs. 2 Warna kena cetak. Harga boleh dirunding. Hah! Hambek lu! Cara orang miskin dan biadap niaga.

Lee Kuan Yew berjaya memadamkan kebangkitan di Johor.

Oleh : AdukaTaruna Sejak UMNO (parti ciptaan British) menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew, negara yang dahulunya kepunyaan nenek moyang kita itu, begitu selesa dengan kejakunan Melayu UMNO mentadbir Malaysia amnya, Johor khususnya. Dengan urus tadbir negara pesaing terdekat (Malaysia) yang rasuah, Singapura membolot segala peluang kekayaan negara. Sebuah pulau yang tiada sumber alam, boleh membolot pelaburan asing, kepercayaan urusan perlabuhanan dunia, pintu masuk udara ke Asia Tenggara. Semuanya dibolot Singapura tanpa pesaing negara jakun Melayu seperti Malaysia dan Indonesia. Pertukaran kerajaan di Johor adalah petanda bahaya kepada Singapura. Ketika tsunami 2008 melanda BN, Lee Kuan Yew bergegas ke Malaysia, berjumpa dengan kesemua kepala parti politik, termasuk BN sendiri. Transformasi kerajaan BN kepada sebuah kerajaan baru yang segar amat membahayakan Singapura yang selama ini membolot peluang ekonomi serantau. BN adalah kunci kepada semua ini. UMNO adalah wata

Komen ringan wal pemalas gua..

Oleh : AdukaTaruna [1] Raya Cina ni, gua balik Seremban. Adik beradik gua nak wat makan besar pakai chopstick. Hua3.. Balik berdua dengan bini gua. Naik bas mahal nak mampos. Lagi mahal dari naik kete. Nak naik kete gua, tak lepas plak. Kena naik keteapi. Skali tiket dah habis (gua beli 2 minggu lepas). Tapi gua beli tiket keteapi dari Seremban ke Wakaf Bharu. Pastu gua teringat kaedah member Kelantan gua masa gua takda tiket kes mahkamah gua lepas. Gua naik lompat, duduk atas lantai, bayar denda. Tambahan RM10 kepada tiket kelas biasa. Gilo sungguh gomen ni. Dari buat bangunan 100 tingkat, baik panjangkan gerabak. Subsidi petrol yang Paklah tarik atas alasan nak tingkatkan pengangkutan awam tu pun gua tak tau apa khabar. Pundek punya Melayu Felda. Ngeee... Naik bas ke, naik lompat, naik bas ke, naik lompat. Haha... payah dah kalau dah kawin nih. Kalau bujang senang. Tadik mak gua tepon. Gua ingat nak tanya pasal kepulangan anak dia yang sekor nih. Tapi motip utama dia ialah

Kempen UMNO yang Melayu Hutan tidak tahu.

Mampos 'BN' Mesir : Doakan kejayaan anak muda Mesir.

Oleh : AdukaTaruna Gua excited dengan keadaan Mesir. Mat Sabu pimpin demo sokongan kepada anak muda Mesir pada Isnin, 11 pagi di Kedutaan Mesir. Mampos Hosni! Translate xenan. Logo xenan. 10:41 - Flashback dengan tarikh: The Wall Street Journal, Charles Levinson cacat pengganti berpotensi untuk Presiden Hosni Mubarak: Ahmed Shafiq, menteri penerbangan awam dan bekas komander tentera udara Mesir. "Shafiq mempunyai reputasi baik. Dia keras, jujur, dan rendah-butang," kata seorang pegawai senior di parti berkuasa Mesir akhbar. "Namanya pasti di luar sana." 10:31 - Dengan Mesir bandar-bandar besar di berantakan dan tentera respons yang berlaku, perhatian dunia kini berubah menjadi Field Marsekal Mohamed Hussein Tantawi Soliman, menteri pertahanan dan panglima angkatan bersenjata Mesir. Dia tidak pernah mendengar dari dan, seperti Mubarak, kami belum pernah mendengar tentang keberadaannya. Leftenan Jeneral Sami Amihud, kepala kakitangan tentera, be