Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 5, 2010

Wan Nik SUP MB Kelantan yang baru.

Berita Oleh: microscan

"Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof, 49, dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUP) Menteri Besar yang baru berkuat kuasa hari ini menggantikan Anual Bakri Harun.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Kajian Strategi Kelantan (PKS). Selain itu beliau juga Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.


Wan Nik berkelulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1984. Beliau juga memiliki sarjana dalam bidang Sains Politik di UKM pada 2005. Sekarang sedang menyiapkan tesis PhD juga dalam bidang Sains Politik.
Anak kelahiran Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh itu merupakan bapa kepada lima anak dan kini menetap di Kampung Nipah, Bachok. Isterinya seorang pendidik. Ketika ditemui di pejabatnya Wan Nik berkata, jawatan yang disandang sekarang bukan suatu kedudukan yang perlu dibanggakan, sebaliknya penuh dengan cabaran.
“Saya perlu merujuk kepada Setiausaha Politik yang pertama, kedua atau ketiga yang lebih berpengalaman bagi memudahkan saya melaksanakan tugas,” ujarnya. Wan Nik menggantikan Anual Bakri Haron yang telah menjadi Setiausaha Politik Nik Aziz sejak 1999. - TKO

2 comments:

Anonymous said...

wa kureng kenal sangat Wan Nik ni...... wa tak nak komen apa² lagi la.... tapi sebelum ni memang ramai dah jangka dia akan ganti jadi SUP TGNA yang baru.... wa kena risik² dulu.....

-abanghensem

uma said...

lu nie dah mcm SB yeaa..hehe