Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 4, 2010

Isu Nama Allah : Siapa tak sokong UMNO, dia kufur - Haron Din (hambek ngko)

Sumber : mstar.


BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak padangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.


13 comments:

Anonymous said...

hahhaa nampaknya umno berjaya mengkuncar kancirkan pemimpin PR dengan hanya mengunakan kalimah Allah ,

adakah pemimpin PR sedar tentang hal itu?

kepunden said...

PR tu pon dah menunjukkan kekucar kaciran..
Gua layan PAS jer..
For DAP(pig) & PKR(shit) u all can go to HELL...

mountdweller said...

Aduka

Pak Din na tengok Pak Dogol dan Wak Long bergocoh!

Sang Bota akan bersorak sakan....

Anonymous said...

Ada lagu puak puak PAS yang masih duduk bawah tempurung. Tepuk dada tanya selera. Islam Akhir zaman terlalu lemah. Kembalilah kepada "ALLAH YANG ESA".

Anonymous said...

hahaha terima kasih umno!

Anonymous said...

to kepunden >
ko mmg bajingan..haha!

Anonymous said...

wa salute perang saraf umno! memang power

pada PAS parti terbangang tahun ini dan merangkap tahun lepas, selamat tinggal!


kah kah kah . . . cakap penyokong lu tak nak dengar cakap umno juge yang disanjung.babai adios!

kepunden said...

Bajingan yang tak penah bersongkol dengan DAP(kafir) & PKR(lahanat) kire ok bro..
Setidak2nyer ade pendirian sendiri. Tak jadi pak turut mane2 pihak menggunakan kepale hotak bangang...

Islam will stand with Al-Quran & Hadis (Not with DAP(kafir) & PKR(lahanat)

Anonymous said...

Orang2 ISLAM THAILAND dah jatuh hukum bunuh kat AT ni...Dia tunggu masa jer dia org jumpa dia...so kita tak payah cakap atau buat apa2 kat dia..depa duk cari dia ka ni.

uma said...

xpayah susah2 mustapa nak mesyuarat..hihi

Anakkampong said...

Bukan nya dia pandai semua hal... dalam hal ini beliau lebih berpengetahuan tentang nama allah, kerana itu beliau pun utarakan pandangan nya. Tetapi dalam bab judi beliau tidak arif dan tentang judi ini eloklah bertanyakan Pengerusi Magnum, Pengerusi Sport Toto atau pun Tun Hanif yang lebih tahu tentang genting. Al maklumlah jgn tersalah orang.. ye tak?

abang botak said...

calon-calonnyer :

anwar berahim.
khalid samad
nik ajiz : errr dah tukor statement..

Anonymous said...

Sila rujuk laman web www.zaharuddin.net tentang isu ini kerana dia sertakan dengan nas-nas. Dr Haron Din cakap kufur tapi tak serta nas-nasnya..