Skip to main content

Sekor Pak Imam baru kena tiaw dgn gua..

Oleh : AdukaTaruna

Ntah camana tadi hari terbaik gua. Gua solat jemaah kat surau beb. Ni kalau Dayat tahu ni, mau terharu dia nih. Orang hambek wuduk, gua pun hambek wuduk. Dengan rasa cam bagos sekali gua pot kat pili paling akhir (tepi). Gua tengok ramai Melayu tengah hambek wuduk gak.

Air paip diorang bukak besar. Gua rasa membazir sungguh. Gua pun sekali lagi ulang tayang, dengan rasa paling bagos, bukak air minima jer. Just basuh muka dan tangan jer. Mazhab2 mengarut Shafie gua tolak tepi. Kepala dan kaki gua sapu jer.

Gua dengan best dan feeling tadah air dengan tapak tangan, paling minima berbanding dengan Melayu2 yang lain. Sekali, tgh baik punya layan tadah, air gua terus tak keluar. Pasal paip gua paling hujung. Pressure air dah lemah. Tionaseng.orang makin ramai hambek wuduk. Air gua Maka terpaksa bukak paip besar2 nak rebut pressure air punya pasal.

Pendek cerita, selesai wuduk, get ready for jemaah. Pergh... cakap omputeh ni bai. Selaku pemuda harapan negara, gua pot baik punya belakang imam.

"Rapatkan saf dan luruskan." Pak Imam cakap sambil lewa.

"Allahhuakhbar!"

"Stop Pak Imam!"

Gua sound dengan keras. Semua terkejut dan terhenti.

"Kenapa?" Pak Imam tanya gua.

"Lu punya baju kat belakang tak gosok ke?"

"Kenapa pula?"

"Sebab kedot2 baju tu membentuk tulisan purba. Gua tak boleh kusyuk!"

"Pulak. Jangan la pandang. Pandanglah tempat sujud jer kalau boleh."

"Ni rukun solat yang ke berapa kena pandang tempat sujud?" Gua sound balik.

"Anak muda ni asal mana?" Tanya jemaah sebelah gua.

"Rusila."

"Patuttt laaaaaaaaaaaa!!!!" Jemaah bersuara hampir serentak.

"Abang mesti fanatik Hadi kan?" Sekor budak kecik menyampuk.

Comments

  1. dah abih idea ke At, projek langgar dah tak jalan ke, banyak le alasan puaka skrg, dah dah jgn nak mengarut banyak sgt nanti mati kena petir, kalau tak jalan projek ni baik lu buka mazhab baru je sebab lu kan pakar mentafsir hadith dan alquran, hidup sezaman dengan nabi, kalau tak jadi projek langgar hadi baik kalu buat projek langgar unta tulang besi

    ReplyDelete
  2. -bdak kcik tue,lu bg pnampar jepun x?..pastu lu siap sound lg,"lu bdak kcik ape tau, wa blajar smpai kt rusila tau!!"..

    -tok imam trus je tepuk pale lu,"mung gi solat kt rusila nung!!"

    -zargus-

    ReplyDelete
  3. hahaha.... para jamaah tu cam tau jer..... hahaha


    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Nak berdakwah la tu konon,konon2nya tamau terikat mazhab nie,khak tuih!! nak amik berkat style dr MAZA la gamaknya,lu nie mmg kartun la AT, lu hidup dlm kepala hotak lu sendiri,masuk topik politik,idea strategi lu lah terbaik, masuk bab mazhab,pendekatan lu lah paling sunnah,etc.Nampak ajer boleh cari makan bab Mazhab lu pun bukak citer mazhab, amik pendekatan popular la tuh, gua nasihatkan, kalau lu betul nak bukak citer mazhab, perbaiki dulu akhlak tuh. Berapa ramai jaguh feqah/hadis ilmunya tinggi, tapi pendekatan/akhlak masyaallah, nak membidaahkan, malah tak pernah nak maki2 orang nie, sebab tujuan mereka betul2 nak menyedarkan, bukan nak tunjuk terer atau dptkan pengaruh. Belajar itu dululah, kemudian baru lu sibuk nak memperbetulkan mazhab2 nie semua.

    ReplyDelete
  5. Konon2 ulama politik AT dah bersalin kulit pulak dah jadi ulama tajdid mazhab :)) hahahahha sampai nak terberak gua gelak...

    ReplyDelete
  6. hehe..
    Aduka perli Mudz la pulak.

    itu la Mudz. gua dah kata pemikiran lu era dinasour. kelemahan diri sendiri tak khusyuk solat tp menyalahkan pakaian org lain, kan ke pemikiran era dinasour tu?

    para 'abid lampau kalau solat, kaki kena tusuk anak panah pun tak sedar sbb terlampau khusyuk. dah beri salam baru tersedar dan rasa sakit..

    kesian lu mudz....
    nasihat gua, pertingkatkan kualiti solat lu..solat lah yg pertama ditanya Allah kelak.

    ReplyDelete
  7. Pemikiran AT memang tajam lain dari yang biasa ( aku bodek ni pemikiran Melayu boleh dipengaruhi bila kena bodek)


    Perancangan aku untuk menganggu gugat projek PAS reform telah dapat dihidu oleh AT yang bukan setakat mampu membaca. Pemikiran Melayu boleh dipengaruhi apabila alasan agama digunakan. Aku ikut iktizam syaitan, perancangan ini tidak akan berhenti selagi Projek PAS reform bernafas.

    PAS dah molek benar, tidak perlu reform. TGHA umpama Panglima Salahudin Alyubi menyatukan pemimpin-pemimpin Islam sehingga Baitul Maqadis dapat ditawan semula.

    ReplyDelete
  8. ntah laaa..
    klu utk dlm PAS
    mungkin wa leh terima hadi
    leh myatukan semua pale pimpinan yg ada..

    tp klu diluar kontek PAS
    wa merasakan anwar memainkan peranan yg beso
    dlm myatukan semua puak yg bbulu dgn BN/UMNO..
    maap
    hadi wa x brapa nampak laaa...

    klu leh
    jgn dilihat as jaguh kampung,
    klu mau main game ni.

    ReplyDelete
  9. TGHA disamakan dengan panglima agung SALADIN??

    nonsense...

    aku rasa Saladin tak buncit... tengok gambar nie..

    ReplyDelete
  10. apa la lu org ni..budak Mudz tu perli penjilat Hadi la... nasib baik dia tak samakan dgn Obama, muahahaha.....

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  11. ini cuma artikel sinis.

    tujuan cuma satu..

    Namun, cara tak menghalalkan tujuan..

    hukama ada berkata..

    "orang yang bijak orang yang mengingati mati"

    kenapa hukama berkata begini???

    Memang dunia ini medan untuk segalanya..
    Dunia ini serba serbi ada..
    Namun kita hanya kekal abadi di akhirat...

    jadi orang yang bijak tak hanya memikirkan hidup di DUnia tetapi juga memikirkan utk bahagia di akhirat..

    Kadang2. kita boleh memilih utk bahagia di Dunia dan Akhirat serentak..

    kadang2, hanya mampu memilih antara dua..

    Jadi yang bijak untk terus memilih kebahagian Di Akhirat..

    jadi terdapat dua pilihan

    1- Bahagia dunia dan akhirat
    2. Bahagia di akhirat sahaja.


    namun pilihan satu amat sukar untuk direalisasikan..
    Dlm suasana majmuk dan dunia demokrasi... sukar utk kedua-dua dunia dan akhirat bersama..
    namun ISLAM tetap membuka ruang tetapi hanya kepada perkara2 yang tidak merugikan orang2 ISLAM dan ISLAM itu sendiri..

    ISLAM tanpa orang umpama patung..
    orang tanpa ISLAM umpama layang2 tiada teraju.. cepatlah musnahnya..

    jadi bagaimana harus kita bertindak supaya kita bijak di akhirnya??

    ReplyDelete
  12. En Searchforheaven, pukul 1 lebih masih depan PC? khatib dah mula khutbah dah...

    mana yg anda pilih?
    DUNIA atau AKHIRAT?
    INTERNET atau SOLAT?

    anda tau apa hukum mendengar khutbah Jumaat?
    anda tau apa hukum jika sengaja melengahkan diri dari mendengar khutbah?

    jgn hanya petah bersyarah tp tidak mengamalkannya...
    seteruk teruk Adukataruna, dia tinggalkan internet sementara dan ke masjid..anda bagaimana?

    ReplyDelete
  13. terima kasih kerana menegur..
    berlapang dada hendaknya..

    antara Internet dan Solat.. pilihla solat..

    jika saya silap saya menerima..


    Di mana saya ketika menulis??
    di masjid? di rumah??
    Dekat dgn masjid??
    bawah masjid??
    dlm bilik kecik masjid??

    di mana saya??

    hehehehe...

    ReplyDelete
  14. anda masih lagi tidak faham. ana ulang semula soalan..

    anda tau apa hukum mendengar khutbah Jumaat?
    anda tau apa hukum jika sengaja melengahkan diri dari mendengar khutbah?

    hatta jika anda di dalam bilik komputer dalam masjid pun, wajib tinggalkannya demi memenuhi saf jemaah dan mendengar khutbah.

    adakah dgn berada di dlm masjid, anda bebas melengahkan diri dari mendengar khutbah?

    hatta solat sunat qobliyah Jumaat pun dilarang didirikan jika khatib telah memulakan khutbah, inikan pula berinternet?

    DUNIA atau AKHIRAT?
    ana cuma mengembalikan semula persoalan yg anda telah utarakan....

    ReplyDelete
  15. aduhai...

    masalah persepsi ni.. hehehe...

    ada solat sunat Qobliyah jumaat ke??
    hehe.. byk khilaf tu..

    kalau solat tahiyatul masjid.. macam mana plak??
    tak bleh buat semasa imam baca khutbah ke?

    Azan Jumaat time bila ek?

    hehehehe..

    persepsi senjata penting.. huhuhu..
    lu nak kill character, exploit perception.
    perception lagi cepat tersebar dgn dunia tanpa sempadan.. internet.. hehehe

    DUNIA atau AKHIRAT..??
    wa pilih akhirat maaa..
    kalu dah wa salah..
    wa kena minta ampun..

    TQ kerna ingatkan...

    tapi lu kena bagi fakta tepat maa..
    jgn exploit persepsi je..
    hehe..

    persepsi wa.. lu jantan..
    hehe.. ye ke??

    persepsi je ni... wakakaka

    ReplyDelete
  16. bro. Sej.. hujah lawan hujah la.
    tak payah nak serang peribadi..
    mcm sabri chik la pulak.

    ReplyDelete
  17. -hadi awang mcm slahudin ayubi?..woii,slahudin ayubi ade six packs ar..

    -p/s:ade manusia yg sesat dlm mncari syorga..hehehe..

    -zargus-

    ReplyDelete
  18. Nora Danish lu tak puas hati apa, mamat tuh bukan ponteng solat Jumaat,
    bab ibadat byk yg khilaf. Janji yang mana ijmak ulama(bab yg mana semua ulama sepakat) kita tak langgar, yg bab khilaf tuh ikut masing2 la...pehal bab tuh pun nak kecoh, p perkemaih bab tuh dulu baru sibuk nak langgar mamat SFH tuh ...

    ReplyDelete
  19. to kontol..

    uiks..
    bila masa wa serang peribadi ni.
    wa nak ngorat nora danish je..
    nora danish nasihat kat wa,
    wa manja-manja laa...
    hehehe..

    hujah dah tentu lawannya hujah..

    sebab dlm menasihat kita pakai logik dan nas..
    dlm komen first wa tu, ada wa serang peribadi ka??

    salah susun ayat ada laa, kalu lu perasan.. wakaka..

    AT punya article sinis,
    so, bijak dlm cynical dia tu..

    tapi wa punya hak nak cerita macam mana bijak pada pandangan hukama..

    hahaha.. cynical gak tu...

    kalu lu nak amik teguran...amikla..
    kalu tak nak.. biarkan aje..
    wa tarak mati maaa...

    che det bijak, eintein bijak..
    saidina Ali karamalluwajhah lagi bijak..

    kita nak bijak yang macam mana??

    lu pikir laa sendiri...

    ReplyDelete
  20. anon 7.35 pm = SFH = sama

    kuang kuang kuang.......

    ReplyDelete
  21. hehehe..
    aku menyamar pakai anon ke??
    wakakaka...

    kalu wa ngaku .. persepsi lain..
    kalu wa nafi.. persepsi lain..

    hahaha.. the truth.. mana nak cari..??

    kena cari bukti..
    tapi sape yang perlu bukti??
    yang mendakwa ke??
    atau yang didakwa..??

    prima facie??

    wakakaka..

    boleh gak layan2 anon sambil buat2 kije lain ni.. huhuhu..

    jap2.. wa nak menyamar jadi anon jap.. wakakaka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.