Skip to main content

Penubuhan Tabung Kritikal.

Posted on Wednesday, December 09 @ 05:51:21 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Bicara Webmaster Oleh Songkok Putih

Isu pembedahan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah mencetuskan beberapa pandangan dan idea bagi memantapkan lagi konsep Negara Berkebajikan. Tulisan Ali Bukhari yang tersiar di laman Detikdaily boleh dijadikan asas untuk kita bersama-sama memikirkannya. (link artikel)

Sakit, deman, ajal semua adalah ketentuan Ilahi. Walau bagaimanapun persediaan jika berlaku perlu ada di mana kita perlu bersedia ibarat kata pepatah, "sediakan payung sebelum hujan".

Penyakit kritikal yang memerlukan perbelanjaan yang besar, wang "urgent" perlu dikeluarkan di mana kadang kala bantuan melalui prosedur biasa memakan masa dan perkara seperti kita tidak boleh berkompromi kerana melibatkan nyawa.

Sebelum idea Tabung ini dihuraikan, suka saya memberikan sedikit maklumat supaya tidak ada yang menyalah sesiapa atas apa yang berlaku pada Ahmad Lutfi Othman.

Harakah mempunyai tabung bantuan perubatan kakitangan yang bernilai RM1500.00 untuk setiap pekerjaannya dalam masa setahun. Ahmad Lutfi Othman yang kita sudah maklum selalu sakit dan difahamkan telah mendapat perubatan yang agak "special" melebihi daripada bantuan yang sepatutnya dapat untuk kakitangan Harakah.

Bila beliau kena serangan jantung, di mana saluran jantungnya tersumbat. Dia perlukan rawatan di HUKL. Kita sudah maklum bahawa dia akan menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan ini. Ini soal nyawa kita tidak boleh lama membuat keputusan atau lambat mendapatkan rawatan.

Kebetulan seorang rakan karib, yang juga adalah pimpinan utama PAS telah memberikan cadangan untuk beliau mendapatkan rawatan segera di HSC Medical Centre di Jalan Ampang. Rawatan ini memerlukan belanja yang amat besar. Ya soal nyawa dan wang menjadi pertaruhan. Rakannya ini telah sanggup menanggung kos perubatan ini.

Pembedahan pertama iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka satu saluran jantungnya yang tersumbat telah berjaya dilakukan. Kos pembedahan ini ialah RM18,000.00

Dua saluran lagi masih belum dibuka dan akan dilakukan pada Jumaat ini 11 Disember 2009 di tempat yang sama di HSC Medical Centre Jalan Ampang. Kos pembedahan kali kedua ini mungkin sekitar RM20,000.00.
Satu jumlah yang besar.

Ahmad Lutfi Othman tidak mahu membebankan sahabatnya sendiri dengan wang sekitar RM40 ribu. Idea untuk menyelamat orang lain yang mengalami nasib yang sama perlu diketengahkan. Inilah timbul perbincangan antara beliau dengan Ali Bukhari.

Bantuan daripada Harakah, Inisiatif daripada beberapa laman dan Blog, PAS-PAS Kawasan seperti PAS Kubang Pasu dan mungkin banyak lagi banyak lagi yang akan timbul atas usaha dan simpati serta semangat perjuangan ini boleh dimanafaatkan untuk satu Tabung Khas untuk ini. Mungkin kita namakan Tabung Kritikal.

Saya dimaklumkan wang yang akan di kumpul ini akan dimasukkan ke dalam Tabung Kritikal sebagaimana perbincangan antara Ahmad Lutfi Othman dengan Ali Bukhari Penulis Tamu Detikdaily. Wang bantuan rakan karibnya dll akan dikumpulkan di sini. Selebihnya akan digunakan untuk bantuan kepada orang lain pula.


Ali Bukhari

Saya mengharap atas semangat ukhwah Islamiyyah, semua laman dan blog bersatu hati atas usaha murni ini dan sama-sama kita berkempen untuk memberikan bantuan kepada Ahmad Lutfi Othman bagi tujuan yang dimaksudkan.

Sumbangan boleh dilakukan terus melalui akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman iaitu Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi bernombor 162179670906. (http://www.maybank2u.com.my/)

Pertolongan yang sedikit untuk sahabat yang tidak dikenali sebagai doa kita sesama mukmin akan menjadikan hati-hati kita ini lembut dan 'sujud' atas keredhaan Illahi....

Comments

  1. busuk2 AT pun ada gak hati perut nak tolong kawan kita ni

    ada tulang besi buat promosi camni? kurang2nya AT hati dia yg busuk tu lbh mulia dari hati tulang besi yang kononnya ngaku wara' tinggi ilmu haraki n kononnya ditarbiyag lengkap tu

    piirah lu tulang

    ReplyDelete
  2. busuk2 AT pun ada gak hati perut nak tolong kawan kita ni

    ada tulang besi buat promosi camni? kurang2nya AT hati dia yg busuk tu lbh mulia dari hati tulang besi yang kononnya ngaku wara' tinggi ilmu haraki n kononnya ditarbiyag lengkap tu

    piirah lu tulang

    ReplyDelete
  3. Terima kasih
    kebaikan datang daripada daripada ilmu yang diilham dalam hati hamba-hambaNya yang terpilih

    ReplyDelete
  4. tak payah cite bhai...aku tunggu para mangkuk berikut iklankan kutipan tabung ni dlm blog masng masing :

    1. searchforheaven
    2. ali zaidan
    3. kapt SHITqaqi
    4. maLin
    5. zaragosa
    6. shannaro
    7. FZY
    8. al madd

    hati AT baik cuma sesetengah cara dia kasar dan berlawanan dgn nilai adat ketimuran..that's all. jgn lupa dia antara yg kuat melawan ISA dgn penubuhan blog khas dan petisyen online..cuma petisyen tu gua rasa macam terbarai je..kah kah kah.....

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  5. wa rasa PAS kene usahakan
    ahli2 mereka ada insuran sendiri yg dibwh PAS.

    tp wa rasa mcm xada je..
    belum capai parti kebajikan
    tp mau jadikan negara kebajikan...hehe

    ReplyDelete
  6. anon 11:31...

    busuk hati jgn busuk sampai ke TULANG!!!

    kahkahkah!!!

    -boyot-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.