Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Dec 7, 2009

KB Mall : Teringat kisah dulu.

Oleh : AdukaTaruna

Ketika kisah kemalangan KB Mall ni hangat, kat forum TKO, ramai yang salahkan pemandu wanita. Gua malas nak komen bab tu. Sebab gua setuju gak. Kuang3... tapi gua nak story satu kisah yang kontra habess dari kebiasaan yang dibincangkan.

Satu hari yang dulu2.. bertahun gak la... gua kat town untuk satu urusan. Masa gua nak chow... gua dapati ada satu Wira make up garang blok kete gua. Gua nak kuar parking cane. Sebelah seat pemandu, ada kawan dia. Brother gak la. Rambut dah macam landak kena cat dah. Memang ganas la...

Dia nampak gua, gua nampak dia. Untuk bagi signal yang keta gua nak kuar, gua buka pintu keta. Tapi mamat tu boleh suruh gua tunggu jap. Buat isyarat tangan ala2 pengembala kambing N3 lepas dari dalam keta la. Eh... brother ni. Gua pulak yang kena tunggu. Hari dah la panas. Lu la drive kete tu ke depan sket.

Gua tunjuk isyarat gak. Tunjuk jam gua. Dia balas dengan suruh gua tunggu. Ini tak boleh jadi. Gua nak cepat nih. Bendanya mudah jer. Lu kedepan atau ke belakang sket kete. Enjin kete bukannya mati pun. Lu duduk sedap jer dalam ekon. Gua pergi kat tingkap tu, dan suruh dia turunkan tingkap.

"Bro... gua nak cepat ni. Lu ke belakang la sket kete nih. Gua keluar. Pastu lu masuk."

"Alamak... bro. Sorry la. Kejap jer member gua nih. Dia bayar kete kat bank tu jap."

"Lu blok gua ni bro. Takan gua plak kena tunggu member lu. Lu ke belakang la kete nih. Gua nak kuar. Kang lu masuk la."

Last2.. dia keluar. Cakap sory dan terus masuk ke pintu belah pemandu. Gua pusing dan masuk dalam kete gua. Mata gua perhati kat cermin pandang belakang.

Brather tu macam kekok sket. remp2 kete dia. Uih.. marah ke melawan ni? Ah.. lantak la.. janji gua nak keluar.

Brother tu remp2 lagi. Masuk gear yang membuatkan kete tu ke depan sket. Aik? Apsal ke depan? Tak nak masuk kete agaknya. Gua sabar tunggu. Nak tayang kete ke apa nih. Siap ada bunyi blow off.

Remp-remp... teragak2... sekali lepas clutch, kete tu terus laju ke depan nak langgar stall surat khabar. Dia elak ke seberang jalan dan terus langgar penghadang besi jambatan kat Pasar Seremban. Mak aih...

Fizikal gua senyum, tapi dalam hati gelak dah tahap guling2.. muka gangster.. tapi bawak kete tak reti rupanya. Patutla mati2 dia nak tunggu kawan dier. Tak pasal2 gua spend masa gua tengok aksi stupid mamat gangster tuh. Wakakakaka....

Gua undur kete, lalu depan brader tadi yang tengah keluar ikut pintu lain (sebab pintu dia tersepit), senyum dan angkat tangan. Dia bebuat tak nampak gua plak... ciss sungguh la.

7 comments:

Anonymous said...

kalau citer pasal parking ni lu layan la bidio ni.....

http://www.youtube.com/watch?v=-uLECuGK07U

-abanghensem

armouris said...

elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)

uma said...

lu bdosa, bro..
memaksa org yg x tahu bwk kete..haha

acident tsebut
leh dikatakan lu punye angkara..haha

AdukaTaruna said...

masalahnya sound la yg dia tak pandai bawak kete. kalau tak kasi gua tolong bawakkan, gua boleh tolong tolak ma...

hahaha... nak tunjuk eksyen kat gua wat pe? gua jantan ma.. bukan awek.

Anonymous said...

AT, kau tolong tolak pun serupa gak..dia terpaksa kawal stereng dan standby pedal brek..buatnya dia silap terpijak pedal minyak, mau menjunam masuk bank....

~KOPI JANDA

uma said...

dia dah bg hint tu,
lu wat bodo je..
x kan lah dia nak mgaku?
jatuhlah kemanchoan rambut landak dia..haha

gamak2nye
apa lah respond kwn dia tu
mau kene duku pale mamat tu dgn kwn dia..haha

Anonymous said...

-pas accident tue lu smpat x ttgk rmbut lndak die?..msih trpacak lg ke?..ke dah jd fesyen remos?..hahaha..

-zargu-