Skip to main content

Bila Mahfuz mendesak.

Oleh : AdukaTaruna

Jika ditanya sama ada apa yang dilakukan Mahfuz itu benar atau salah, gua memberikan jawapan benar. Tiada apa yang salah dilakukan oleh Mahfuz. Malah hujahnya tepat. Tapi jika ditanya sama ada apa yang dilakukan Mahfuz itu tepat sebagai ahli politik dalam parti sendiri, gua menjawab tak kena gaya.

Tawar-menawar.

Nak suruh orang ikut kehendak kita, walau secara prinsipnya kehendak kita adalah terbaik dan tepat, memang payah beb. Tak ramai orang yang pro terhadap kebenaran. Tak semua macam Nik Aziz, malah Nik Aziz sendiri tak semestinya sentiasa menjadi Nik Aziz yang biasa kita kenali di masa-masa akan datang. Manusia ma.

So, kalau kita mahu prinsip A ditegakkan, dan dapat walaupun secara pelan beransur-ansur; di mana prinsip A itu dianjakkan sedikit masa ke hadapan bagi mengelakkan beberapa kesulitan, sama ada emo, ego, perebutan, etc, sepatutnya kita boleh kompromi. Takan nak paksa orang ikut kehendak kita secara total? Bertolak ansur la sket. Sesama sendiri ma. Kalau UMNO tu lain lah.

Mari kita bercakap secara direct. Kalau Arifahmi meletak jawatan serta-merta, secara kelebihan politik, ianya memberikan persepsi Kickdefella adalah benar. Benar segala-galanya termasuk dakwaaan yang semakin menyimpang. Selain itu, akan wujud beberapa tindakan melobi secara keras akibat kekosongan jawatan CEO yang secara tiba-tiba. Dan juga emosi sanak keluarga, penyokong yang perlu diambil kira.

berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.
 Jika hanya ini yang mahu disampaikan Mahfuz, sebagai ahli politik jemaah sendiri, Mahfuz hanya perlu keluarkan telefon dari dalam koceknya, dan membuat panggilan untuk bercakap dengan Arifahmi. Atau pun start kereta pada satu masa tertentu, dan mengadap untuk berjumpa TGNA. Sebagai pemimpin atau leader, lu kena uruskan benda ini dengan bijaksana.

"Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini," tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.
Kepala hotak lu. Skang ni siapa yang memanjangkan perkara ini? Bendanya sudah hampir selesai. Gua sendiri boleh terima pelan pengunduran Arifahmi. Berikan masa kepada SPRM untuk siasat semahunya sebelum Arifahmi meletak jawatan. Bukankah bijaksana? Apa terjadi kalau jawatan itu dikosongkan secara tiba-tiba?

Kalau setakt mahukan Arifahmi berhenti membuat satu-satu tindakan / projek yang boleh mengikat pengantinya, tak perlu macam bagos guna media. Kena tahu bila masa guna media, bila masa guna telefon, bila masa guna berdepan mata ke mata.

Lu leader jemaah sendiri yang pertama. Leader rakyat Malaysia yang kedua. Ikut priority la. Lu bukan blogger bebas macam gua yang main belasah jer ikut suka.

Begitu juga dengan Dr Siti Mariah. Lu as leader, lu kena control. Kalau isteri Arifahmi minta siarkan luahan emosinya, lu kena tampil dengan khidmat nasihat. Sebab apa tak boleh buat begini, sepatutnya kita bangga dengan suami, bla, bla, bla... Sebab lu leader.

Bukannya siarkan surat stupid tu dan bagi alasan kalau bukan dia siar, pasti orang lain siar. Ini alasan tahap Hasan dan Nash. Benda-benda ni lu kena belajar dari kesilapan. Janji lu terbuka untuk akur bahawa itu adalah satu kesilapan dan berjanji akan memperbaikinya di masa hadapan. Smol meter. Cuma kalau awal2 dah ego nak mengaku silap, payah la. Tu yang gua cakap tahap Hasan Ali dan Nash tuh.

Comments

  1. Mahfuz dan Mariah Mahmud adalah puak pro Erdogan pro Anwar Brahem.
    padan muka kena sedas oleh AT!
    i love u AT!

    ReplyDelete
  2. kalu puak erdogan..angin..kalu puak suka cium mulut dgn umno..tak marah bleh sengehh!!alahai

    ReplyDelete
  3. bro,

    2 sebab arifahmi dinasihat meletak jawatan

    1. persepsi menantu
    2. Tuduhan dlm penyelewengan

    Atas tajuk persepsi tdr masalah sgt.Tapi atas tajuk penyelewengan masalah besar kalau di tak letak jawatan/dicutikan/dibekukan jawatan serta merta.

    SOP kalau ade yg tertuduh dlm penyelewengan adalah dibekukan jawatan utk mengelak campurtangan dlm siasatan.

    Faktor 1. Kalau die still CEO..saper leh jamin die tak wat tindakan menguntungkan diri ie:cover maklumat,jual saham, pulun projek dsbgnyer sblm blah atau sabotaj cam kickdafella?

    Lu leh jamin ke?

    Faktor 2. Sbg CEO, die still ader full aksess pada maklumat sulit company.Kuasa sign die still valid sampai hari ni.

    Kalau lu leh jamin tader damage lg dr arifahmi..ok la.lah

    Wa cdgkan arifahmi di gantung tugas n jawatan CEO dipangku oleh 2nd bos PMBK.N tader la pulak org nampak arifahmi bersalah pon.Standart procedure maaa

    Tayah nak rebut2 jawatan semua.Pangku jek sampai mei tawun depan

    ReplyDelete
  4. salam at..
    anda ni tidak ada pertuturan akhlak islamiah..kalau nak tegur tu..tegurlah dengan ilmiah jangan tegur macam orang takde akhlak mak bapak anda tidak pernah ajar anda pertuturan yang sopan ke...nak bagi tau para pembaca yang anda ni islamic state tetapi akhlak islam zero..

    ReplyDelete
  5. warghh silap email pulak.putricupcakes tuh gua la.wahahaha

    ReplyDelete
  6. Xenan, tu taktik lama nak melariskan produk.
    mengaku saja la nak promote.

    ReplyDelete
  7. xenon

    lu baca MSO dlm prosedur letak jawatan

    ReplyDelete
  8. wa pun setuju si ariffahmi segera letak jawatan.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  9. Ariffahmi dah beli Adukataruna dan Xenon oi....

    -Penembak Babi (ori)-

    ReplyDelete
  10. Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw:

    “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.

    wallahu'alam

    ReplyDelete
  11. Drpd laman web:
    http://yusofembong.blogspot.com/2009/12/bloggersjagalah-lidah-dan-tulisan.html


    Salam teman-teman,

    Saya menjenguk banyak blog bila ada kesempatan di rumah. Kalau out station payahlah sikit. Antara blog itu ialah Mohd Sayuti Omar, Kickdefella dan lain-lain. Begitu juga blog pimpinan parti Islam samada pemuda atau peTua; itu sudah semestinya.

    Melalui blog kita boleh menyampaikan dakwah, boleh memberi pandangan dan kritikan yang membina, menyatakan rasa ketidakpuasan hati.

    Tetapi melalui blog juga kita dapati ramai bloggers yang tak fikir soal dosa pahala, memaki hamun orang lain, menabur fitnah dan meracuni pemikiran dan cara bertindak orang ramai. Terkadang semacam sengaja berbuat demikian untuk mengadu domba dan menajamkan pertelingkahan; yang akhirnya menghancurkan jamaah dan memusnahkan persahabatan.

    Lisan/lidah merupakan anugerah sekaligus amanah Allah subhanahu wata'aala. Oleh itu wajiblah kita jaga sebaik mungkin.

    Amanah dan anugerah yang akan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah subhanahu wata'aala; kelak di hari Kiamat. Anugerah yang bukan hanya dapat menyelamatkan pemiliknya, tetapi dapat pula menjerumuskannya ke dalam jurang kehancuran dan penyesalan yang mendalam, jika tidak berhati-hati dalam menjaganya.

    Tidak seorang pun dapat selamat dari kejahatan lisan, kecuali orang yang menjaga lisannya dengan ketentuan syari'at Allah subhanahu wata'aala dan tidak menggunakan lisannya kecuali untuk sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

    Banyak manusia yang kurang perhatian dan cenderung meremehkan dalam hal menjaga lisan@tulisan. Bahkan ironinya, sebagian mereka justru telah terbiasa menggunakan lisannya untuk mencela dan mencaci maki manusia. Juga menggunakannya untuk hal yang haram, seperti: Bernyanyi yang lagha dan yang diiringi dengan musikyang tidak halal, berdusta, ghibah (menggumpat), atau mengadu domba, berdebat tanpa hikmah, bersaksi palsu.

    Banyak manusia meremehkan bahaya dan musibah yang disebabkan oleh lisan@tulisan, tidak waspada dari perangkap-perangkapnya!
    Banyak tuhan-tuhan yang disembah selain Allah dengan lisan@tulisan!
    Banyak ajaran-ajaran baru di dalam agama ini (bid'ah) dipromosikan oleh lisan@tulisan?! Banyak hubungan kekeluargaan dan kekerabatan putus dan hancur karena lisan@tulisan?! Banyak hati yang tercerai berai, pertumpahan darah, dan hilangnya nyawa manusia disebabkan oleh lisan@tulisan!

    Banyak orang-orang terzalim yang disebabkan oleh lisan@tulisan?
    Berapa banyak wanita-wanita baik-baik dicerai juga disebabkan oleh lisan?
    Berapa banyak harta benda dirampas karena ulah lisan?
    Dan banyak wanita-wanita shalihah dituduh berzina lewat lisan?

    Lisan@tulisan merupakan salah satu faktor yang dapat menyeret pemiliknya ke dalam neraka. Maka dapat kita pastikan bahwa menjaga lisan merupakan pilar kebaikan.
    Sebagaimana hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam kepada Muadz bin Jabal radhiallahu `anhu, setelah beliau menyebutkan Islam, Solat, dan Jihad kepadanya,

    "Mahukah ku khabari kepadamu tentang pilar semuanya itu? "
    Muadz radhiallahu `anhu menjawab, "Iya wahai Rasulullah!"
    Maka Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam memegang lisannya dan bersabda, "Jagalah olehmu ini."

    Lalu Muadz radhiallhu `anhu pun berkata, "Benarkah kita akan disiksa dengan apa yang kita bicarakan dengan lisan ini?
    Beliau shallallahu 'alahi wasallam bersabda, "Celakalah engkau wahai Muadz radhiallahu `anhu. "Tidaklah manusia dilemparkan ke dalam neraka melainkan akibat dari lisan-lisan mereka?" (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dan dishahihkan oleh al-Albani).

    ReplyDelete
  12. kalau benar la dia salah guna kuasa, takkan sampai la ni SPRM tak dakwa2 gak. lu orang bukan tak tau bila ngan puak PR ni SPRM jadi agensi paling efisyen di dunia, jepun pun kalah wo. so dia letak jawatan pasal presepsi dan fitnah, takpa la lambat sket pasal nak siap 2-3 kerja... eh xenan=puteri? promo anda menjadi la. lepas ni tak leh celupar la, nak jaga saham he he

    ReplyDelete
  13. -wa stuju arifahmi ltak jwatan sgera,dlm mase 3 bulan nie die stil lg CEO yg sah, so mcm2 hal or persepsi bole trjadi..

    -klu xenan sbg putricupcake, x mustahil gak kalu yg tulis surat kt dr mariah tue arifahmi..gune nickname amalina..hehehe..

    -zargus-

    ReplyDelete
  14. wakaka..

    oii..tuh cutomer gua maa...jgn lu org gi komen bukan2 lak dlm tuh.

    wahahahaha

    ReplyDelete
  15. bg wa,
    dah ala2 myeluk perasam,
    bior sampai kepangkal lengan...hehe
    dah abis MB kelantan dpt busuk..
    dah abis PAS tercalit kene busuk
    x payah undur diri pon tarak pe.
    bior SPRm siasat sampai lubang cacing laaa..

    kluar statement yg mantop,
    dari PAS dgn MB kelantan,
    minta kerajaan pusat melalui SPRM siasat sampai lubang cacing..
    minta adakan suruhanjaya bebas
    siasat sampai lubang cacing.

    dah gatai sgt cari pasai,
    dgn alasan2 yg tertentu
    utk bg menantu jadi CEO
    pastu leh kornar baring lak
    lawak pon ada.haha

    x kan lah x leh pikir siang2,
    bede ni memang leh wat cari makan.

    klu UMNO wat
    pandai lak puak totok PAS maki
    wat modal cari makan...haha

    hmm,
    mahfuz wa x salah sgt kot,
    coz semua org tahu,
    PAS pusat dah bg nasihat agar menantu undur diri..
    so mahfuz just followup je bila mana ditanya media...haha
    bg wa..
    wa leh terima lg tindakan mahfuz tu..
    melainkan klu mahfuz gatai g kat media kasi up bede ni..
    mungkin leh gak hentak pale mahfuz,haha

    ReplyDelete
  16. maaf tuan tanah, tumpang singgah,

    WAHAI PEMBACA SEKELIAN:

    INI SATU LAGI PEMBOHONGAN TULANG BESI YANG TELAH DIDEDAHKAN.

    so sape....yang cuba sembunyi fakta hai TULANG BESI...jawablah:

    Biodata si Tulang Besi yg aku pungut drpd laman TKO, sila rujuk disini

    1. orang kanan kepada Dato' Hassan Ali
    2. Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor.
    3. Dato' Hassan Ali tidak memberikan (jawatan CEO tersebut) kepada beliau
    4. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya
    5. Nama sebenar Tulang Besi pula ialah Abdul Rahman bin Talib
    6.Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.
    7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor.
    8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.
    9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.
    10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu.

    ReplyDelete
  17. komen MSO langsung tak valid.Kalau berhenti cara biasa..tdr masalah ma.Boleh la ikut prosuder 90 ari tuh.

    Ini dah masuk special case.Sepatutnya mesti kene ade mekanisma utk menjaga intergriti dan keselamatan pmbk.

    Penjawat dlm siasatan wajib digantung tugas maa.Serah kan kat pemangku iaitu 2nd boss.Apesal lak nak takut berebut pulak.Tak timbul hal ni kalau normal company.

    Yg wa nampak MSO semangat gila samakan batang tubuh arifahmi dgn batang tubuh nik aziz. Mungkin dia seronok org ramai kutuk nik aziz melalui arifahmi

    ReplyDelete
  18. ek eleh, tulang besi attack hassan ali, ade plak yg nk attack tulang besi ikut cr yg sm.. Udah2 la.. Klu tulang besi srg yg bersuara, maybe wa tk ambik port pn psl asan ali ni. Tp bila ramai yg bersuara, n wa bc n dgr sdri, br wa percy damage yg asan ali buat. Puak2 perpaduang cb nk cover line ye skrg. TKO?? hahaha, tgk plak sape di blkg tabir TKO.. Gua pn dh lm bersara dari TKO.. Sbb makin lm makin pelik.

    ReplyDelete
  19. Bg gua, mahfuz tergatal mulut nk ckp dgn press. lbey krg sm dgn nik amar jgk yg gatal mulut. Alih2 dh jd tajuk utama paper.. Mahfuz, w'pn lu hbt berhujah, tp dlm nk ulas isu ini, lu sudah jth dlm perangkap. Lu ptt lbey bijak jwb soklan press.. Jgn semberono aje coz lu tu naib presiden. Mulut naib presiden lbey laku drpd mulut org2 bwh ni..

    Kjp aje lu dh up kan 1 isu br.. Haprak btl. Dia dh ltk ckp nk ltk jwtn, so setel la isu. ape mslhnya? Dia nk buat damage ape lg coz mata SPRM sntiasa terbuka dgn PMBK skrg. Lu ptt ikut Salahuddin Ayub. Dia direct pi jupe tok guru, bknnya direct pegi jupe press.

    ReplyDelete
  20. -xenan , baju lggar hadi ape cite?..kate ari tu ari selasa nk launch..

    -zargus-

    ReplyDelete
  21. Aduka Turana - pemerhati bebas.

    Bebas kepala angguk nko. Katakan menantu Hadi ditempat ariffmi, satu alam nko maki hadi, bila kena tang TGNA nko slow sikit...........piiirah

    Aku setuju dengan Mahfuz, bukan senang nak berkata benar walaupun ia pahit....tapi Mahfuz terpaksa.

    ReplyDelete
  22. yes, btl mesti kata bnr w'pn pahit tp biar rasional la bhai.. Jgn up kn isu yg blh buatkn musuh tersengih. Ape slhnya komen scra berhemah. bnda2 tenikal cmni lu tk ptt up kn sewenang2nya coz press hy akn ambik sekerat aje ape yg lu ckp.. Rasional bhai, rasional. Lu Naib pres, msti bijak bermain dgn press..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.