Oleh : AdukaTaruna
1.
uma janji nak datang rumah gua. Gua siap sedia. Tak g memana hari tu. Menjelang pukul 2 petang lebey, takda sms ko kol ko. Ni jadi ko tak jadi nih. sms tanya. Skali uma dengan selamba badak bagitau dia malas kacau gua. Cissss.....
2.
Memandangkan gua dah terambil cuti tak mengais cari makan, dan uma tak datang, gua terus start kete. Blah menuju ke barat. Gua ambil arah kiblat. Buruj pari2. Ngam2 sampai Batu 4 Port Dickson. Dengan riak dan berniat nak heboh2, gua sms Pendi, Dayat dan Deris.
Sebab Deris bz dengan blog dia yang dah popular macam majalah Playboy, mengalahkan blog gua yang macam majalah Dewan Siswa, gua malas kacau.
"Takper la bang. Gua cari Dayat jap."
"Dayat kat mana?"
"Kat Bradwall."
"Jauh tu duka... dah patah balik..."
"Takperla... boleh round2 skali."
Sekali memang jauh la bai... nak patah balik, pun jauh. So, gua terus jer la. Siap benti topup kedai Cina Rantau. Tanya cane nak g Siliau. Ni la akibat bermastautin terlalu lama di London. Negeri sendiri pun sesat.
"Weih Dayat. Lu kat mana?"
"Bradwall Plantation. Masuk dalam estet. Jaga macha....."
Pendek citer, gua jumpa. Tu pun gua nampak muka pakcik PAS familiar kat Ampangan. Sampai2, gua terus bebuat rajin. Tolong pakcik2 bersihkan bendera. Bila line clear, gua rembat sehelai bendera PAS yang paling suci dan bersih. Jumpa lak dengan Dayat. Terus kena sound.
"Bendera tu PAS Selangor punya tu."
"Apa plak? Gua dah banyak kali bayar derma kat ceramah."
Pendek lagi citer gua terus ke Markaz Induk.
3.
Sampai markaz, tu dia.... punya penuh dengan manusia. Turun dari langit ke ni? Terlupa plak yang gua baru keluar dari tempurung.
"Eh.... ni Topeng Perak nih."
Gua sound Dayat bila nampak Topeng Perak.
"Hahaha. Gua ingat nak kenakan dia la. Gua salam dia, pastu blah. Nanti kat blog baru bagitau gua yang salam dia."
"Ramai blogger kat sini." Dayat sampuk. Cantet. Nampaknya Dayat tak bantah niat jahat gua. So, dosa kita share 2.
Lepas cari parking, gua terus melilau cari Topeng Perak. Mana plak mamat nih. Dah ghaib la plak. Last2 jumpa dengan individu2 yang dipercayai blogger gak. Gua tarik dia ke belakang, peluk bahu dia, dan sound.
"Bro.. lu Topeng Perak kan."
Dia sengeh jer.
"Sajer jer gua nak salam. Meh salam." Gua terus chow.
4.
Masa dok tanpa arah kat tepi jalan raya, tetiba rasa nak kencing.
"Weih Yat, tandas ado ko tak ni kat Markaz Induk ni?" Gua dah start nak kutuk parti Dayat.
"Ada la... tu kat atap zink tuh."
Gua terus menuju ke tandas. Kecik jer stiker laki n pompan kat tandas tu. Ni kalau rabun cam Kak Memot, sah2 salah masuk. Hahaha. Kan Ammar kan.
Gua terus tolak pintu tandas laki. Baru suku terbuka, tetiba kena tutup dari dalam. Sah ada orang. Apa punya bengong kencing tak kunci pintu. Beberapa minit, pintu dibuka dari dalam. Ala... punyalah perlahan. Sopan gile.
Sekali bila keluar jer, rupa2nya Dr. Zul. Tengah hambek wuduk rupanya. Hahaha. Senyum jer dia. Sopan santun gitu. Tak jadi gua nak kutuk. Kalau keluar2 muka Azeez tadi, mau gua kunci dia dalam jamban tuh.
5.
Habis kencing, nak kena tunggu Dayat Asar plak. Baru menapak ke depan jumpa Abu Bakar Chik. Tak dan nak tanya kat mana dia tempah spay tulisan kat kete dia. Banyak sangat peminat. Mahfuz pun ada. Keluar2 kete jer, terus bagi salam dan gua orang pertama dia salam.
Best gile gua jadi camni. Kenal orang tapi orang tak kenal gua. Kalau dia pernah baca blog gua, mahu dia bunuh gua tuh. Syiah ma.... kah kah kah. Syiah pun gua tak tau apa ke benda. Solat guna batu tau la gua. Kejadah apa.
Dayat selesai solat, gua menyusur tepi jalan untuk ke gerai sup utara. Mai dari Kedah. Ni mesti puak2 Ostad Azizan nih. Tetiba ada satu Ex5 ntah ada road tax ke tidak nak langgar gua. Naseb baik dalam masa 0.04 saat gua kenal muka. Deris Baganutama. Kalau lambat kenal, melebihi 0.05 second, sah gua terpakai baju gaban kat situ gak.
6.
Masa makan, kitaorang citer pasal menang kalah. Gua cakap, kalau persen keluar mengundi tinggi, bermakna UMNO menang. Terbalik dari maklumat Pendi. Tapi taklah jangka kalah melampau camnih.
Bila sah jer kalah, kita terus ke pusat media Markaz Induk. Gua nampak Wak Albanjari. Tapi maleh kacau sebab dia tengah bz. Dayat diam jer dari tadi. Kecewa ma... penat dia kerja tu bhai..
Gua dok tengok Topeng Perak kemain kusyuk dengan laptop dia. sya reformis plak dah siap N3. Tinggal nak tekan publish jer. Nak jer gua tolong tekankan. Ngeee.... Teringat plak wak ada. Kang sesia dapat tempeleng free. Dugong Darat pun bz gak. Niat gua nak skodeng paswot blog dia. Tapi takda peluang la.
7.
Azan magrib pun on the air....
"Yat. Lu nak Magrib sini ke kat luar?"
"Sesak sini Ngah. Kita Magrib kat highway la."
"Cantet."
Kitorang pun berambus. Nampak plak wak. Gile bz. So, gua kol. Tgk reaksi dia dari belakang. Kalau bz sampai tak sempat angkat tepon, gua maleh kacau. Tunggu beberapa deringan, wak terus angkat.
"Salam wak."
"Salam."
"Bz tak? Kalau tak bz nak jumpa tak? Gua dah nak balik dah ni."
"Boleh2. aduka kat mana?"
"Kat belakang wak."
Kitorang pun jumpa dan cakap seminit dua.
"Kim salam kat Topeng wak. Cakap dengan dia, yang salam dia tadi tu gua la. Dia tak kenal gua. Tapi gua kenal dia. Haha..."
Pendek cerita gua blah lepas jumpa wak. Gile putih orang banjar beb. Mesti awek banjar cun2 nih. Otak gua mula menganalisis wak. Sampai rumah, time gua kat open house member, ada kol dari nombor tak dikenali.
"Salam Aduka. Gua kecik hati dengan lu nih."
"Siapa ni?"
"Topeng Perak la......"
lu x sebut nama wapun dalam nie walaupun wa la sebenarnya manusia yang dah cover lu punya baik kat bagan pinang... blogger2 tu siap ugut2 wa suh dedahkan sapa lu.. but wa masih mempunyai kerahsiaan tahap tentera...
ReplyDeleteX pe bro... kalau dalam masa 24 jam lu x mohon maap... wa akan dedahkan sapa lu... untuk pengetahuan lu... si topeng tupun wa yang bg no lu kat dia!
malaysiakini wrote: "Umno has legitimised corruption"
ReplyDeletei said : "Rakyat negeri 9 (khususnya Bagan Pinang)has legitimised corruption"
majoriti 5435 tu! memang dah lama sangat hidu udara babi pasal tu tak dapat nak beza baik buruk.
hahaha.... nampaknya jauh lagi la angan² Pakatan rakyat nak perintah N9..... kepada PAS negeri lain ambik iktibar la apa yang terjadi kat Bagan Pinang..... jangan rasa selesa sangat.... bebila masa undi ni boley swing..... satu lagi PRK ni mungkin akan berlaku..... kat kedah nun.... haaaaa.... PAS kedah... ustat azizan.... jangan ek sangat noooo.... hang tu baru setahun jadi MB..... kalau hang tak nak jadikan negeri lain sebagai model pun hang cakap la leklok.... jangan la cakap nampak ek sangat..... sekali pengundi nyampah ngan hang.... bebila masa undi hang swing pegi kat BN.... hang tau la hang tu terer ke tak.... dulu hang kata hang terer....
ReplyDelete-abanghensem
Bhai...
ReplyDeleteLu dah kalah "bet" dah... pi la lari bogel dari Seremban sampai Teluk Kemang dengan Nora Danish.... gua nak tengok...
lu kan dah janji hari tue... hahahaha
biar betul AT, nora danish tu...
ReplyDeletesib baik bukan lisa suriati...