Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Oct 11, 2009

Berjumpa dengan ahli sufi.. (4)


Oleh : AdukaTaruna

Tanpa memandang gua, dengan riak muka sedang imagine, Pak Din lafazkan satu ayat paling memeningkan kepala gua. Orang tua ni memang sungguh la...

"Lagi 4 bulan 10 hari... Anak yang baru lahir.... lagi 4 bulan 10 hari." Pak Din cakap sambil senyum.

Pundek la... kepala gua dah mula berpusing. Sampai skang ni tak settle2 lagi nih.

"Carilah buku terbitan Indonesia. Tajuknya Mengenal Allah (kalau tak silap gua lah). Buku itu terjemahan dari Bahasa Arab. Penulisnya (yang gua ingat ada nama Mahmud). Baca dan hayatilah. Rumah Pak Din sentiasa terbuka di sini.."

"Waah... Bangah dipelawa tu...."

Tunang Iwan menyampuk. Gua tak peduli. Gua tengah pecah kod Pak Din tentang 4 bulan 10 hari. Memang nak kono stonkol orang tua nih. Nasib baik dia terer.

1. Adakah Pak Din sengaja kasi kepala gua pusing supaya dia boleh lakukan upacara dia dengan selesa tanpa analisis mata dan otak gua?

2. Adakah ajal gua lagi 4 bulan 10 hari. Gile lu. Gua belum rasa pakai Evo seploh lagi nih.

3. Adakah lagi 4 bulan 10 hari gua kawin dan bini gua mengandung?

4. Adakah lagi 4 bulan 10 hari gua main no ekor dan kena 1st prize?

5. Adakah Pak Din nak turunkan ilmu dia pada gua? Baik tak payah. Kang gua jadi jahat. Kerja gua skodeng orang jer.

Kalau lu jumpa tukang tilik, dan membenarkan tilikannya, maka..... ntah apa ntah hadis tu. Kalau tak silap gua memang ada. Skang ni Pak Din depan gua nih, masuk kategori tukang tilik ke apo ni?

Sepanjang gua duduk kat situ, gua rasa ada 5 kali Pak Din tu suruh gua baca buku tuh. Nak jer gua mintak potostet. Stendet la... gua Melayu ma. Maleh gua nak cari.

So, apa maksud 4 bulan 10 hari? Lu tolonglah terjemahkan. Ada sesiapa ahli sufi kek sini? Ha... ni isi penting dari lidah orang tua tuh.

4 bulan 10 hari - anak yang baru lahir - cari buku Mengenal Allah - selalu2lah ziarah Pak Din.

"Satu lagi Pak Din, saya nak minta tolong. Saya nak tahu sama ada betul atau tidak ilmu ayah saya.." Iwan masuk kes lagi. Sudah...... ni ada yang bergaduh 2 org tua ni kang.

"Siapa nama?"

"Nama ayah XXXXXXXXXX, nama nenek..."

"Tak perlu nama nenek."

Macam biasa. Pak Din tarik nafas, dongak langit dan tunjuk. Then tunduk balik, berkerut muka dan tangan mula gayakan seolah2 membuka celahan tirai. Kali ni memang lama beb. Kalau gua sekali tunjuk jer, kena bapak Iwan, memang payah beb.

Dalam 10 minit gak la. Tapi gua tak berapa nak rakam la sebab terganggu dek 4 bulan 10 hari. Tetiba Pak Din meringkuk.

"Ish...... panas ni Wan. Minta maaf lah. Pak Din tak dapat masuk lagi. Aliran tauhid dipancari sejuk. Jika tidak kena aliran, dia cepat sangat rasa panas."

"Caner yer Pak Din."

"Ni silap2 ayah hang tahu nih."

Gua dah cakap dah.... gua pernah jumpa ayah Iwan maa.... gua pernah tengok peristiwa lalang. Maleh gua cerita, kang rosak cerita gua dek korang tak caya. Jangan ada yang beradu ilmu dah. Gua tak campur. Gua nak settlekan masalah gua nih. 4 bulan 10 hari. Ke Pak Din perli perot gua yang dah mula ala2 Hadi?

"Takperlah.. nanti saya bagitau ayah."

"Pak Din teringat guru Pak Din. Arwah dah. Dia guru pondok Siliau. Sebelum terima masalah, bersihkan dulu tapak." Lebih kurang camtu la ayat dia. Tafsiran gua 3rd party punya, sebelum mengubat orang, kena kekuda ke pagar apa yang patutlah kot.

"Buat satu payung, dan duduk di bawah payung."

"Tapi kasihan Wan.... ayah panas.. rohani dia aliran panas. Nak tolong bukan kerja sehari dua."

"Tapi ayah bagi saya Tok Kenali."

"Dia boleh menyerupa Wan..." Gua tetiba menyampuk. Pastu teringat Iwan kol Amer pasal Tok Kenali follow dia. Ni kang ada yang gua kena tempeleng kek Tok Kenali ni kang. Seb baik gua dalam rumah Pak Din. Kalau gua kat luar? Ah... mampos la. Test la tempeleng.. gua tempeleng Iwan balik as ganti rugi. Kalau gua cedera, bleh claim pemuda UMNO pukul gua kat markaz. uma mesti kagum akan komitmen gua terhadap parti dia punya.

"Dia macam ni. Detikkan hati pada Allah dengan soal hak atau batil serentak. Hak atau batil... hak atau batil... zahirkanlah ya Allah. Kalau dia berubah rupa... maka batil lah tu. Kunci dia, dan zappp pancung. Kunci dulu supaya dia tak gerak."

Ceh.. orang tua nih. Citer sonang. Cane nak kunci, caner nak jurus? Citer macam la gua seguru dengan dia.

(bersambung....)

16 comments:

MuhammadFirdausAR said...

gua tahu cket2 pasal ilmu sufi ni..dari pembacaan gua menerusi tulisan lu, pak din tu berubat 100% mengharapkan KUDRAT dan IRADAT ALLAH SWT..xde unsur2 syirik...itulah kelebihan orang2 yang ade ilmu tauhid yang tinggi..mereka YAKIN dengan ALLAH SWT...tiada daya dan upaya melainkan ALLAH SWT...]

wali2 atau guru2 sufi yang mempunyai karamah sepertin bole berjalan atas air atau terbang di udara, bukan kerana ilmu mereka tetapi kerana KEYAKINAN mereka pada ALLAH SWT...

Xenan said...

mak hai..gile high level cite lu nih.Dah cm tamar jalis jek.

Err..4 bulan 10 arik anak lu lahir ke?ekekeke.Lu jgn AT..setahu wa lu tak kawen lg.

4 bulan 10 arik lagi nak dpt projek jota2?

kalu dapat call wa.Nak join gak.Bawak hummer sorg2 tak best bai.Kene konvoi.hehehe.

MuhammadFirdausAR said...

mungkin roh lu akan muncul dengan nyata depan mata lu lagi 4 bulan 10 hari......

Pak Oncu said...

ekau nak tahu,,,,,,,,,, just give a call lah,,, atau datang ket ghombau umah sey,,,,,,,!!!!!!
sey ada bincang pasal pak din malam tadi semasa on da way 2 bagan pinang,,,,, kalau pakdin hebat ada lagi yg pak din tu sogan, org kolopelah,,,, nak tahu lobih lanjut datang cari sey di ghombau.......

Anonymous said...

weh..sambung la cepat..x sabar la pulak...

Anonymous said...

bile lu cite dia suh amalkan ayat sekian2 walaupun dari Quran,wa dah x percaya la kat ahli sufi tu.sebab apa?sebab mengarut.

wali bole berjln ats air?terbang di udara?karamah?kena kencing dgn jin je sume tu.lari dari sunnah Allah.tu yg sesat tu.nabi2 dulu pun dapat mukjizat bila Allah dicabar.ni takde sape cabar tiba2 belagak jln atas air.piidaah!

perunding said...

salam aduka.gua mula2 tak sabar tunggu sambungan cita kau.
bukan apa sebab cita kau best sebeb kau pandai menulis cita..

akan tetapi bab cam ni...
gua pun terer..
1.gua boleh bagi ayat 2,3 makna

2.gua boleh serkap jarang.
contoh ..ini mesti ada runsing pasal soal dirumah atau pejabat..
lah memang ada 2 kemungkinan saje..kalau kita tak kat rumah kita ada kat ofis...masalah kita antara 2 tu je la..
ni ada orang terdekat dengki dgn kamu ni...
lah memang lah orang terdekat dengki kat aku sebab obama tak kenal aku..isa samad pun tak kenal aku..
3.selepas disoal teka begitu..kita akan bagi maklumat kepada orang tu..
betullah pakcik saya ari tu...
perhatikan betul2 orang begini hanya mengungkap cerita berdasarkan maklumat yg kita sendiri bagi.
contoh kisah iwan tu,dia yg bagi info pasal ilmu bapak dia, si sufi tu jawab panas atau sejuk..tu pun tak confirm.(lihat disini ada cuma 2 kemungkinan saje,sejuk atau panas..itu pun dia boleh goreng berdasar next info yg iwan akan beri)
andai iwan kata rasanya ilmu tu salah,si sufi akan sambung berdasarkan itu.
4.pasal 4 bulan 10 hari.
aku boleh kata 3 bulan 3 hari.
sebab setiap hari mesti ada peristiwa berlaku..
bila kau fokus 4bulan10hari,pada hari itu pasti ada benda berlaku.
kalau kau fokus 3bulan3hari,pun akan ada benda berlaku pada hari tersebut.

perunding said...

saya juga pernah menemankan seseorang rakan.
1.kerana beliau ahli jemaah surau.
2.beliau menjamin aku bahawa orang itu jenis macam kau cerita ni.

akan tetapi apabila aku sampai aku dapati ....
kemudian aku nasihat rakanku jgn pergi lagi..
tapi tak makan nasihat dah.
aku minta tolong rakan lain untuk nasihat dia..tak makan nasihat jugak..

betul lah hadis tu kata...(cari sendiri lah ya)

apa yg aku dapati.
1.aku sampai selepas aku dah singgah solat isyak ditengah perjalanan,
tapi tok sufi aku tu tak solat lagi rupanya lalu excuse minta diri solat dalam bilik..
(nabi tak pernah tinggal solat jemaah di masjid)

2.balik anak lelakinya menghisap rokok atau berbau rokok (saya dah tak ingat)

3.kami dibawa oleh seorang seolah2 agen tok sufi itu.
dalam perjalanan 2 perkara utama dia sibuk
i)ada masalah anda
kawan aku cerita lah a to z...
so mamat agen ni boleh calling tok sufi..
bila kat depan tok sufi...tok sufi macam dah tau semua.
ii)asyik memanjang puji tok sufi hebat itu hebat ini.(promotion dan marketing)
4.akhirnya mesti ada unsur marketing...mesti datang lagi tau!!!

wallahullam.

perunding said...

harap maklum.
saya labelkan tok sufi hanya kerana mengambil panggilan oleh aduka.

saya tiada bermaksud mendatangkan pandangan serong ke atas ahli sufi yang sebenar dan yang benar.

Anonymous said...

Mungkin lu akan mati 4 bulan 10 hari dari sekarang. Habis tu, sapa nak update blog lu. Tgglkan waksiat ler!...

Anonymous said...

gua setuju la dengan perunding pasai makcik gua 2 orang buat keje macam ni..kita dah selalu beborak dengan die macam macam hal, pastu bila time berobat adelah yang dia ungkit tu. senang citer, bila datang berobat dengan orang2 camni, ayah gua nasihatkan jangan bagi apa apa information..biar die cari sendiri kalau die terer.

Anonymous said...

Selalunya yang boleh ramal2 ni berdamping dengan jin aja. Ahli sufi sebenar letak jauh benda2 ramal atau tilik nie sebab dia tau boleh timbulkan fitnah kepada agama atau salah faham tentang agama. Berdasarkan cerita AT yang cukup pandai diolah nie(suspen ajer), Pak Din nih tak lebih atau tak kurang cam bomoh gak la kalau betul dia berdamping/minta bantuan dengan jin. Jin dan sihir memang Allah izinkan kejadiannya dengan tujuan menguji keimanan manusia samada mereka betul2 beramal dengan ajaran Rasulallah dan yakin kepada kekuasaan Allah SWT atau tidak.

Anonymous said...

Kalau segala amalan2 Pak Din nie menjadi/mujarab belum tentu lagi si Pakdin nie BENAR ahli sufi atau apa saja gelarannya kerana bomoh siam pun mujarab jugak amalannya,menjadi jugak sihirnya, tetapi adakah dia benar? So kena selidik balik amalan dia betui ker ikut Sunnah.

Anonymous said...

Ahli Sufi ker ulama ker alim ker warak camana sekalipun mesti dia ikut stail Rasulallah, selain pada tuh bagi aku palsu lah.

Anonymous said...

wahaha... 4 bulan 10 hari tu adalah tempoh edah.tau edah?pi google la incik!

Anonymous said...

LU NI STENDED HJ HADI GAK RUPANYA.CAP AYAM.KUTUK ORG KAN MAIN,KENA KT DIRI SENDIRI,FAKTA BODOH GAMPANG GITU PON TK TAU,BAJET BEST!WAHAHA