Skip to main content

Speaker DUN Kedah akan ambil tindakan lanjut: MB



ALOR SETAR: Kerajaan Kedah bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi DUN itu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada Penasihat Undang-undang dan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk mengkaji peruntukan undang-undang dan mengambil tindakan lanjut.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan, berkata SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan pada kerusi Kota Siputeh dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengikut saluran undang-undang termasuk jika terpaksa membawa pengisytiharan kekosongan kerusi DUN itu ke mahkamah.

"Kita mahu kepastian sama ada SPR (buat keputusan) betul atau tidak dan biarlah Speaker yang buat kerja kerana yang menghantar surat kepada SPR juga adalah Speaker," katanya.

Baru-baru ini, Speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail, mengisytiharkan DUN Kota Siputeh sebagai kosong berikutan ketidakhadiran Abu Hassan pada dua persidangan secara berturut-turut tanpa sebab.

Katanya, arahan untuk mengosongkan DUN itu adalah berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan beliau menghantar notis mengenai kekosongan itu kepada SPR minggu lalu.

Abu Hassan, bagaimanapun, mendakwa beliau tidak dapat hadir persidangan DUN Kedah kerana masalah kesihatan dan lewat menyerahkan sijil cuti sakit kepada Speaker DUN atas masalah teknikal. - Bernama

Comments

  1. bro, aku rasa lu kena citer pasal kes terengganu ni. Aku dah nampak konspirasi Najib nak pecah belahkan PR. die tau geng mat said kowtim dgn Pas, so die cucuk geng deris lompat ke PKR. Geng PKR mesti seronok bangang sebab dapat kerusi katak tu. Tapi nanti berebut kuasa dgn PAS Ganu. Kena plak kat sana lubuk geng stopa, harun taib. Kasi jahanam lagi PR.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.