Hapus sistem kuota tepat pada masanya: Abdullah
KEPALA BATAS: Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menghapuskan sistem kuota serta memberi peluang kepada lebih ramai perwakilan memilih pada perhimpunan agung parti sebagai tepat pada masanya.
Bekas Presiden Umno itu berkata, keputusan berkenaan juga mampu menolong membanteras politik wang setiap kali menjelang perhimpunan agung parti.
"Saya menyokong sepenuhnya kerana ia diputuskan peringkat tertinggi parti dan percaya semua pihak sudah lama menantikannya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal, di sini, hari ini.
Ibarat tukang cuci tandas yang dah bersara. Time bekerja takut nak cuci lubang taik. Bila dah bersara suruh orang cuci lubang taik. Ceh...
BN mungkin akan ditolak seperti LDP - Dr MYola.... maybe ekau dah ditakdirkan melihat kejatuhan kerajaan ekau sendiri. Hasil tangan2 ekau sendiri. Sendiri mau ingat maa..
KUALA LUMPUR, 12 Sept: Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mohd. Isa calon tunggal
SEREMBAN 11 Sept. - Semua 33 Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Teluk Kemang sebulat suara menamakan ketuanya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Poning la kepala lu, Muhyiddin. Menjelang PRK Bagan Pinang UMNO terpaksa :
- Dakwa 12 pelampau kepala lembunya (pengundi India)
- Luluskan bantuan 8.9 juta Manik Urai (modal kempen Bagan Pinang)
- Hulur salam perpaduan untuk PAS. Ada sekor ulama gila glamer sambut (kasi pengundi Melayu BR keliru)
- Tubuh Badan Khas Ntah apa2 untuk Port Kelang (pengundi Cina)
- Kritik Samy Vellu (pengundi India)
Damagekan Isa lebih awal sehingga mendamagekan jentera UMNO antara pusat dan tempatan.





4 komentar:
Pendek kata... yang bertarung di dalam politik kita adalah para pengkhianat parti masing-masing. Pengkhianat menentang pengkhianat sedangkan kita di bawah marhaen ini hanya menjadi tukang sorak yang menyorakkan sandiwara yang sedang berlaku. Sampai bila pun kita semua tak akan maju.
Read More
Salam sdr. aduka.
Kesian, bila dah suara tidak lagi lunak dan laku baru nak bercakap dan memberi nasihat. Rupanya orang yang mempunyai kuasa memang pengecut!
Mahathir. Onar dan taik dia yang buat bila dah jadi barang antik kat muzium barulah nak mengkritik. Dasar keturunan sama dengan sammy valoo.
hmm... kita perlu pemimpin yg benar pada percakapan selari perbuatannya..tak kira pihak BN ker PAS ker PR ker, kita mahu yg berkuasa manfaatkan kesempatan tolong orang-2 susah, yg memerlukan bantuan, tak kira dlm apa-2 jua hal, khasnya orang kita orang Islam...& sebenarnya tanpa mengira kaum & agama.
sesungguhnya dgn segala kuasa tanpa ilmu yg setara, tanpa ikhlas yg padu, dgn iman yg tak seberapa, jauh lagi takwanya, pemimpin akan sentiasa sesat lagi menyesatkan kita semua. Pandai-2 ler kita menilai pemimpin yg mampu memberi manfaat sebaiknya kpd kita semua tanpa memilih bulu (agama,fahaman politik,kaum, dll)
hahaha....kalau wa lagi wa bat cara ganas..... masa wa berkuasa wa tangkap semua pemimpin pembangkang atas alasan keselamatan negara.... wa akan pastikan wa berkuasa samapi wa nak pencen.. keesokan hari wa nak pencen..... wa bebaskan semua tahanan² tu then wa mansuhkan semua akta n hukuman ynag zalim yang wa amalkan sebelum ni..... masa tu wa dah kaut sampai kering dah harta negara.... lepas wa pencen trus jer wa pegi epot wa cabut pegi ke negara lain... ganas tak wa..... hahaha
-abanghensem
Post a Comment