Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 11, 2009

Gua tak marah DAP beb.

Dalam kes yang dihangitkan UBN skang ni, gua menegaskan gua tak marah langsung pada DAP, walau gua tak suka DAP. Tak suka bermakna DAP bukan pilihan gua la.

Lu nak kata Islam ganas ke, Islam tak adil ke, silakan. Itu cabaran mangkuk2 yang dakwa pewaris nabi untuk tegakkan hujah. Claim pewaris nabi, tapi pemalas nak mampos. Intelek pun tahap bangsat. Apa barang? Sikit2 nak melenting.

Tapi gua dengan berterus terang, gua berbulu habis sama Roonie Liu. Setiap bangsat2 politik, terutama dari BR yang perlu distanby mode kan bagi memerintah negara perlu dipijak2 dikuburkan sekarang. Tak masa nak bagi muka kepada celaka2 nih.

Exco kerajaan Selangor Ronnie Liu menafikan berulangkali tuduhan bahawa beliau campurtangan dalam keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk merampas minuman keras dalam satu serbuan yang dilakukan.

Sebaliknya, Liu berkata pembabitannya dalam kontroversi tersebut hanyalah terhad kepada 'menasihatkan' MBSA bahawa serbuan ke atas kedai 7-11 di Seksyen 8, Shah Alam adalah tidak sah dan tidak selari dengan dasar kerajaan negeri.

Yang atas ialah penjelasan Roonie Liu. Lu klik kat situ, baca sampai habis kat mkini. Skang kita terarah kepada penjelasan Hasan Ali dan PAS pula. Bab hujah dan penjelasan kita memang perlu sebab mencambah dan meningkatkan pemikiran rakyat.

Usaha melindungi kepentingan muslim gua sokong PAS, sokong Hasan Ali habes2an. Tapi dalam tajuk bersebelahan, adakah tindakan itu mengikut peruntukan undang2 atau melompat undang2, kita tunggu penjelasan Hasan Ali akan jawapan Roonie Liu.

2 comments:

Anonymous said...

bagi wa nampak sangat sikap gelojoh pemimpin PR buat kenyataan akhbar... sepatutnya Hasan Ali jumpa dulu ngan Ronnie Liu.... tanya dia leklok apasal jadi camtu..... jangan cepat melatah n buat press statement.... keadaan sekrang kerajaan PR ni kena berhati².... nak² plak statement kat media.... tak payah nak tunjuk hero la.... kalau dah hero cam wa ni.... wa tak tunjuk orang tau dah wa ni hero..... biasanya yang jenis nak tunjuk hero ni lah akan kena tembak/tikam dulu.... hero ala² penjejak awan cam wa ni biasanya akan trus bertahan samapai beratus²episod..... hehehe

-abanghesnem

Anonymous said...

Jawapan gua; dua2 bangang. Apasal gua cakap itu macam. Pasal semua target politik. Pas sepatutnya laksanakan secara berhikmah. Penerangan patut didahulukan, biar masyarakat benar2 paham. Arak sebelum ini tak diharamkan UMNO Selangor maknanya perkara itu adalah baru bagi masyarakat dan perndangan Selangor. Biarpun semua tahu arak itu haram bagi orang Islam. Oleh kerana baru (Selangor) maka sebaik-baiknya penerangan didahulukan. Buatlah seminar 2 @ 3 kali dan dialog. Ini tiba-tiba riuh dengan penguatkuasaan. Lepas itu berbalah sama exco. Mana boleh beb merendahkan air muka orang.
DAP pun satu, kalu apa2 yang Pas nak laksanakan semua ditentang. Kalau Dap sendiri yang buat, senyap-senyap je, kalu orang bising dia pekakkan telinga pulak.
Masing-masing nak tunjuk hero.
Bagi gua, MB PKR yang bagus, nampak lembik, tapi otak bergeliga. Cool pulak tuh. Gua rasa apa yang tuhan anugerah selepas PRU12 dah memang kena. Cubalah bersyukur. Ni tak, gua dengar orang Pas tak puas hati itu dan ini padahal kerusi paling sikit. Agak-agaknya Pas dah biasa hidup dalam kalah...