Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Aug 18, 2009

Gilo lak lu Usen. Mesti mahal sperma lu skang.

Usain pecut sepantas kilat



USAIN jauh meninggal Gay (tengah) dan Powell dalam saingan final 100m ketika mencatat rekod baru dunia di Berlin, kelmarin.

'Saya tidak berlari untuk rekod dunia'

BERLIN: Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memusnahkan rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia dengan kepantasan menakjubkan - 9.58 saat dalam final acara berkenaan, kelmarin.

Lelaki Terpantas Dunia itu mencantas 0.11 saat daripada catatan 9.69s dilakukannya ketika memenangi emas Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu untuk membawa acara pecut itu ke zon masa yang tidak pernah termimpi sebelum kehadirannya.

“Saya sudah kata apa sahaja boleh berlaku dan ia terhasil di sini,” kata Bolt. “Ia satu sasaran besar tetapi saya melakukan 9.58s. Saya amat gembira dengan diri saya. Saya kini merancang untuk mencipta keputusan lebih baik selepas ini.”

Pelari Amerika Syarikat, Tyson Gay, juara dunia 2007, memberikan larian terbaiknya untuk meraih perak dengan catatan 9.71s, masa ketiga terpantas sepanjang zaman manakala pelari Jamaica, Asafa Powell meraih gangsa dengan 9.84s.

Rekod dunia 100m selalunya direndahkan melalui perpuluhan satu atau pun dua saat pada satu-satu masa, justeru catatan besar yang dilakukan Bolt, kelmarin menjadikan ia cukup luar biasa dan menakjubkan.

“Saya tidak berlari untuk rekod dunia,” kata Bolt, 22, kepada wartawan. “Sasarannya ialah untuk turun ke balapan dan memberikan yang terbaik kerana ia perlumbaan sengit. Saya mendapat permulaan bagus, saya sudah mendahului pada 20 meter dan tahu ia (perlumbaan) milik saya.


Bolt kini akan menerima AS$100,000 (RM350,000) daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) untuk catatan rekod dunia tetapi ia hanya jumlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang bakal diberikan penaja kepadanya sekarang ini.

Dia melintas garisan penamat dengan memandang jam catatan sebelum menumbuk dadanya dan meniup ciuman kepada penonton. Dia kemudian memeluk rakannya, Powell dan melengkapkan pusingan penghormatan sambil diberi tepukan gemuruh 70,000 penonton. - Reuters

1 comment:

Anonymous said...

sperma? anak dia pun bole lari laju gak ke? kalau takde usaha tak kemana