Skip to main content

Cerita penanggal..

Oleh : AdukaTaruna

Sebulan lalu, gua dengan member gua, si Ayet pernah tgk 'tahi bintang' yang rendah. Sebesar TV26 inci la gua agak. Weih Yet, berapa besar benda alah ari tu hah?

Tahi bintang tu melintas atas kepala tak lama. Lebih kurang gitu2 dia pun hilang la. Berapi dan berekor. Kalau nak kata jin gua kena kejar tahi bintang pasal gua suruh dia intip perbualan malaikat di kaki langit, mustahil. Sebab tahi bintang mesti tinggi. Ini atas kepala. Kira2 5-10 meter jer.

Tadi masa gua minum2, gua story sama member gua pasal benda alah ni. Dia cakap itulah penanggal atau polong. Pulak.

"Kalau ko nak tgk, buleh. Jom kita buat."

"Cane?"

"Cari katak, telungkupkan katak tu dengan tempurung kelapa. Pastikan tempurung yang ada lubang tu."

"Pastu?"

"Kita sembunyi. Biar katak tu berbunyi dalam tempurung tu. Kalau ada rezeki, penanggal akan datang makan katak tu."

"Rezeki ko cakap. Kalau kita ni rezeki dia cane?"

"Dia akan sedut daging katak ikut lubang tempurung. Sebab dia takda tangan. Kepala dengan isi perut jer."

"Kalau camtu, kita lekat mata kail dengan tali dekat katak. Bila dea makan, pasti lekat. Tangkap bidio, jual kat stesen TV. Kaya beb."

Setelah berbincang, maka, keputusannya semua cakap jer lebeh. Termasuk gua. Hahahaha. Gua perot boroi beb. Sah2 gua mangsa pertama time lari beramai2 tu. Tunggu la gua aktif balik men bola, gua akan meeting balik plan nih.

Comments

  1. hahaha,,
    kalau ceta semua mcm berani je..
    but bila terjumpa sungguh2 lari macam tak cukup tanah,,
    kalau yang boroi lagilaa.. macam nak buat magik semunyi dalam tanah kejap,, haha

    nur

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...