Skip to main content

AdukaTaruna hadir demo GMI (2)

Oleh : AdukaTaruna

"Ni beg sapa?"

Gua angkat bahu.

"Beg saye.." xenan jawab sambil angkat tangan. Sebijik macam budak sekolah. Wakakaka.

Polis tu pun check beg. Selongkar apa yang patut. Macam gua ramal, kompom polis akan cari baju atau logo GMI punya untuk ditahan. Naseb baik xenan tak bawak kit pertanian dia. Kalau tak, kompom dengan gua sekali kena tangkap.

Dituduh cuba membuat bahan letupan. Polis Malaysia kan bongok macam ulama Malaysia gak. Sama jer kadar intelek mereka. Sekor macam anjing, sekor macam lembu. Lurus bendul.

Masjid Negara.

Dah agak2 boring melepak kat stesen keteapi KL, kitorang try masuk Masjid Negara. Berbekalkan kelebihan kulit gua yang ala2 pelancong Eropah, dan xenan yang ala2 pelancong Nigeria, kitorang masuk masjid tanpa masalah.

Bukak kasut, terus ambek port baik punya. Gua terus membuto. xenan dengan aktiviti tangkap gambar.

Zuhur.

Azan Zuhur jer, kitorang terus naik ke dewan solat utama. Panas la plak gua cakap lu dalam masjid. Nampak sgt dosa gua banyak. Haha. So, tanpa berlengah, gua ambil saf paling depan. Bukan sebab alim, tapi sebab depan kipas berdiri. Pergh... best gila gua cakap lu. Sejuk. Time tu rasa pahala gua banyak plak.

Lepas siap solat, gua bergegas keluar, pakai kasut. Gua risau kena kunci jer masjid tu. Mampos la kena kurung. Seb baik tak berlaku cam tu. Takbir mula bergema. Meremang bulu roma gua. Ni pasal semangat ke, pasal jin nak kacau gua lagi ni?

Dr Hatta.

Nampak kelibat Dr Hatta. Berucap bagi semangat. xenan sibuk ambil gambar. Majority lensa ke arah awek. Ntah apa2 ntah.

Then, Dr Hatta berarak keluar. Tetiba speaker polis mencelah.

"Semua diminta bersurai! Semua diminta bersurai!"

Ekeleee... ni gua nak bersurai la ni. Nak g Istana.

sambung lagi......

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...