Skip to main content

Setiap masalah ada manfaat ma...

Oleh : AdukaTaruna

Isu DAP buat babi kat Kedah sebenarnya adalah manfaat kalau PAS lengkap dan kreatif. Kalau DAP buat babi camtu, dan Kedah buat pungutan suara setempat di tempat itu, dan keputusannya Kedah menang besar, atau kata lainnya, terbukti majority penduduk tanpa batasan bangsa dan agama bersetuju tindakan kerajaan Kedah, maka, DAP damage teruk ma. Bukan DAP Kedah jer damage, tapi seluruh Malaysia.

Bila DAP damage, PKR dan Kelab Penyokong PAS untung. Tapi sebab PAS ni Melayu dan lembab nak mampos iktiraf Kelab Penyokong PAS, maka, kadar keuntungan sikit la.

Cuma, kalau risikan mengatakan pungutan suara menyebelahi DAP, jangan buat lah. Gua difahamkan, kerja itu mengikut prosedur. Diberi tempoh sebulan, dan alternatif tapak lain. So, masalah prosedur takda hal. Yang ada hal ialah masalah persepsi.

Bila sebut bab masalah persepsi, pengurusan penting beb. Cerdik menguruskan persepsi manusia adalah penting dalam wadah undi total nih. Jangan jadi bodoh macam Hadi la. Rela kalah asal Islam tak kalah.

Berani buat, berani tanggung. Berani buat, bermakna sudah ada pertimbangan dan pelan2 akan perkara yang tercetus. So, penerangan Kedah perlu kuat. Macam Perak punya kes, blogger diorang bergabung bagi penjelasan. Blogger Kedah gua tak tahu la.

Bab penerangan plak, penerangan bab babi, advantage pada Melayu / muslim. So, penerangan dalam BM tak berapa penting. Yang kena urus persepsi ialah persepsi bukan Melayu. Bukan Melayu setempat mungkin faham dan tiada masalah. Tetapi bukan Melayu luar. Itu yang penting.

So :
  • Kedah perlu giat memberi penjelasan dalam BI.
  • Up kan sokongan masyarakat setempat dalam tindakan itu ke massa perdana.
  • Peranan Kelab Penyokong PAS / blogger Kedah perlu aktif. (tapi tak diiktiraf oleh PAS. Haha. Bodoh punya ulama Melayu)
  • Gambar2 kerosakan setempat perlu berleluasa dalam pelbagai media.
Sebenarnya.

Sebenarnya, babi tu dibabi hitamkan DAP sahaja ma. DAP KEdah tak puas hati banyak sebab tu. Ntah apa ntah, gua pun tak tau la. 50% kuota antaranya kot. Tapi dengan memilih babi sebagai platform blah dari pakatan, adalah manfaat PAS. Satu silap besar bagi DAP tu. Kalau PAS pakar perang la. Kalau PAS pakar peperiksaan atas kertas, jgn harap la.

Kesimpulannya, lu buat, lu uruskanlah. Lu start, lu finish. Jangan jadi Hadi maa....

Comments

  1. Lu suruh je 10Budak itam adakan press statement kat parlimen sokong BABI DAP ke tak sokong, kan ke dlm 10ekor budak itam byk doktor ? nak iR pun ada , ulama' pon ade gak, kombinasi lengkap tu. hahaha

    ReplyDelete
  2. kes 50% kuota tu hanya untuk tanah rizab melayu je. tanah bukan rizab masih kuota cam biasa 20% cam negeri lain gak. sebab nak jaga tanah2 rizab melayu. tanah lain org bukan melayu boleh je nak beli.

    ReplyDelete
  3. bagi wa .... sekarang bukan time nak cari sapa salah sapa benar..... cuma kerajaan Kedah kena berhati² dalam setiap kes² yang sensetif.... jangan jadikan kes² camtu peluru untuk UMNO tembak balik PR..... ambik iktibar Kerajaan PAS terengganu dulu.... perkara remeh cam Tadika Kemas, sikap pimimpin tu boleh menggugat kuasa PR di negeri PR.... tapi bab kandang babi ni wa setuju ngan aduka..... damage kat DAP akan kena.... bangsa lain akan melihat DAP ni lebih pentingkan diri sendiri..... tapi wa harap PAS jangan senang duduk sangat ngan situasi ni..... kena bijak mencatur....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. bg wa,
    azizan kene bijak mgawal ketua2 geng
    yg sewaktu dgn nya.

    klu bdk2 macai je yg ckp,
    tiada sapa pon nak heran..
    so pegang pala ketua nya...hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...