Skip to main content

Pas kuda tunggangan DAP, PKR


KLANG 14 Jun - Pas sukar untuk menjadi peneraju dalam pakatan pembangkang menyebabkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkembangan sekarang menyaksikan Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun parti itu mempunyai pengaruh lebih besar berbanding kedua-dua rakan dalam pakatan itu.

Tambahnya, Pas sedar jika keadaan tersebut dibiarkan pemimpin dari parti itu tidak akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan tersebut memenangi pilihan raya umum akan datang.

''Kedudukan Pas hanya boleh jadi nombor dua atau tiga dalam pakatan," katanya.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan menyatakan demikian kepada pemberita selepas menutup program Merakyatkan Seni Budaya dan Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Meru di sini hari ini.

Namun katanya, UMNO dan Pas perlu meneruskan rundingan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan kerana persamaan wujud antara kedua-dua parti.


Blog lain, paling tinggi hanya kritik Nasha n Stopa jer. Pada hal pembolehubahnya ialah Hadi. Kalau Hadi jenis bukan bangang, mustahil benda2 bodoh dan stupid macam ni berlaku dengan kerap. Nak cabut masalah, kena cabut pembolehubah ma.

PAS diluhat balaci dan paling bangang dalam rakan BR bukan sebab apa. Sebab ahli sendiri yang bodoh lantik pemimpin bodoh. Sendiri tanggungla.

Gua peduli apa sensitiviti keluarga Ostad Fadhil, tapi gua tetap nak sebut. Masa Ostad Fadhil dulu, PAS dilihat kepala beb. Handle isu Anwar macamana, handle isu DAP macamana. Yang mana perlu settle dulu, yang mana perlu disorok dulu.

Kes Al-Maunah, pengundi tak tunggu kenyataan dan pendedahan Anwar atau Karpal atau Lim Kit Siang. Pengundi tunggu Ostad Fadhil beb. Dah jadi kerja gua tunggu statement Ostad Fadhil macam gua tunggu komik Pendekar Laut dulu. Siyes ni tak tipu nih.

Ini bawah ulama bebal yang ahli PAS tawarkan untuk wa sekeluarga, memang gua pedap ma. Paling lembab, paling kacau-bilau, paling banyak timbulkan perpecahan. Sohai punya ulama.

Gua dah pedap ma..

Comments

  1. wa pun dah lama dah tak baca komik pendekar laut..... dulu pergh!!!! meeeemang layan....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. pendekar laut tue... heheheh... berapa HP?

    ReplyDelete
  3. en. xenan, hang kan tera bi, pedap tu perkataan inggeris yg disebut ikut lidah melayu.

    ReplyDelete
  4. humm..wa baca guna e pepet.patut pelik jek.hehehe.

    ReplyDelete
  5. gua rasa betul rr lu baca guna e pepet... e pepet tu kalau zaman dulu orang panggil "e tak de tanda" kan??

    ReplyDelete
  6. emm..terbalik kot e pepet yg ade tanda.Cth guna "telur".

    "Pedap" dlm bm pakai e taling. Cth guna "berak"

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...