Skip to main content

Hamas – Israel : Apo nak dikato…

Oleh : AdukaTaruna

Kelemahan Hamas (dan hampir semua negara Islam lain) ialah udara. Bab udara ni payah skit. Mahal dan sukar nak dapatkan teknologi berkaitan itu.

So, mana-mana negara yang nak serang terhadap negara lain akan meneliti kekuatan udara pihak lawan terlebih dahulu. Sebab, serangan udara tidak melibatkan risiko nyawa tentera yang tinggi. Just hantar peluru berpandu, pesawat, etc.

Mesti lemahkan kekuatan darat musuh dahulu. Pilihan yang ada ialah melalui udara. Berbalik kepada Hamas – Israel, Hamas pada wa tidak ada banyak pilihan. Bagi wa, Hamas hanya ada 2 pilihan.

1. Malukan Israel seperti mana yang telah dilakukan Hizbullah.

2. Atau elakkan peperangan lebih lanjut (darat).

No 1.

Kalau Hamas yakin dari segala aspek untuk memalukan Israel secara darat, Hamas perlu kendurkan roket2nya. Buat macam Hizbullah. Seolah-olah darat Hamas sudah dilemahkan oleh udara Israel.

Bila dianalisis Israel bahawa darat Hamas sudah lemah, maka Israel akan masuk melalui darat. Ketika inilah Hamas berpeluang memalukan Israel secara darat.

Sebab, peperangan bagi Israel (atau mana-mana tentera bukan Islamis), adalah satu kerjaya. Dengan hanya satu misi mereka gagal, sudah cukup menyebabkan mereka berasakan keseluruhan peperangan itu gagal. Dan tidak yakin untuk meneruskannya.

Begini. Katakan dalam peperangan darat itu, ada satu sub-operasi dari sekian unit, ditewaskan Hamas. Sekian helicopter musnah, sekian kereta kebal hancur, 15 orang tentera Israel terkorban.

Ini sudah cukup memberi tekanan terhadap kerjaya panglima perang, kerjaya Menteri Pertahanan, media dan sebagainya. Jadi, besar kemungkinan perang akan berhenti seperti mana yang dilakukan jemaah genius, Hezbullah.

No 2.

Jika Hamas mendapati, kekuatan daratnya lebih mengundang kemusnahan kepada rakyat apabila memilih pertempuran darat, Hamas hanya perlu meningkatkan roket2nya. Ini memberi isyarat kepada Israel, bahawa darat Hamas masih kuat. Dan tiada tanda-tanda akan lemah.

Israel akan teragak-agak untuk memilih darat secara serius. Belanja semakin meningkat. Tekanan mental semakin membeban.

Hamas juga boleh membuat kenyataan ‘angkuh’ seperti mana yang dilakukan oleh Hasan pada awal perang Hezbolah – Israel dulu. Beliau mengishtiharkan tidak teragak-agak melancarkan peluru berpandu yang lebih jauh (nama apa ntah peluru tu. Teknologi Iran).

Ketenteraan darat.

Masalah bagi Hamas ialah helicopter yang membantu tentera darat Israel. Kalau kereta kebal atau logistic atas tanah, Hamas mempunyai pelbagai perangkap. Sebab Israel masuk rumah Hamas ketika Hamas tahu rumahnya akan dicerobohi.

So, dah tentu tuan rumah dah buat macam2 perangkap. Tapi masalahnya, perangkap hanya boleh dalam rumah. Helikopter atas bumbung. Susah. Roket biasa, mempunyai ketepatan terhad. Tanpa bantuan radar. Kalau Hamas ada peluru berpandu darat ke udara, cantet jugak.

So, apa kaedahnya? Bagaimana nak capai helicopter penggempur Israel? Yang ada hanya Iran (takan nak harap negara Kaabah tu pulak).

Iran.

Iran nak bantu secara hitam putih, tak boleh beb. Mudarat besar perlu dielakkan dari mudarat kecil. Mudarat besarnya, perang sekecil Gaza akan merebak kepada perang sebesar Asia Barat. Nak bagi senjata Iran seketul begitu juga adalah menyamai hitam putih bantuan Iran kepada Hamas.

So, caranya ialah, alirkan teknologi, material itu kepada Hamas. Iran pun dapat dari Russia. Jadi, Hamas kena buat sendiri la. Taklah seketul senjata Iran tu digunakan Hamas. Siap no siri lagi.

Teknologi dah diberi, manual dah dapat, just bina jer la (wa percaya Hamas sudah memiliki senjata ini dan sudah lama berlaku aliran teknologi dari Iran ke Hamas.)

Apo nak dikato?

Comments

  1. apo nak dikato?..... goreng pun sodap jang oiii....

    - abanghensem

    ReplyDelete
  2. idea lu best, dgr idea wa plak.

    Jawapan : Perang Darat

    Pd wa, technically, Israel hnya bole ditewaskan dgn perang darat. Kekuatan HAMAS di darat x dpt dinafikan. Kalau nak elak perang darat dgn meningkatkan serangan roket, Israel jg x kedekut nak hujankan cluster-rocket lebih lebat lg. Sebatang roket bole bersihkan 1000 m radius, x de sape bole lari beb. Blom chemical-rocket lg tu. Lg byk org awam yg t’korban & cacat.

    Kos perang

    Pd wa Israel x de mslh duit. US ada ma.. Produk diorang global, b'billion2 umat Islam beli. Sedangkan Iraq & Afghanistan diganyang, lagikan Gaza sekangkang kera, ape masalahnya bg Israel (sebut US hehe).

    Anti-craft weapon

    Serangan Apache/heli tempur? Pd wa HAMAS kena ada Manpads (wa x penah tgok HAMAS pikul senjata ni). Heli Russia byk digugurkan oleh Stinger mujahid Chechnya. P'gunaan RPG utk udara terhad, utk tank mmg excellent. Mmg la, mujahid Somalia jatuhkan 2 Blackhawk pki RPG, sbb ms tu heli dipandu rendah nak turunkan askar US. Apache lak, jgn hrp lu nak tembak pki RPG, melainkan ms pilot tu turun kencing hehe. Israel lancarkan roket dr Apache dipandu tinggi, hnya bole dicapai dgn Manpads.

    Serang hendap

    Biarkan Israel masuk melalui darat, automatically serangan udara to certain spot akan stop. Perang di hutan konkrit Gaza menuntut askar Israel b’gerak dlm group kecik. Konvoi masuk lubuk dlm, ambush secukup rasa. IED & sniper kena b’selerak. 1 letupan IED yg meremukkan tank & terbarainya otak seorang askar Israel dek penangan sniper bole mengundurkan group yg lain.

    Teknik tebusan

    Melalui kemenangan ambush konvoi, HAMAS bole tangkap bbrpa askar Israel sbgi tebusan. Babak 'sistem barter' Hizbullah-Israel bole dijadikan panduan. Proses timbal balik b'laku. Tebusan bebas sebaik saje Israel undur tanpa meninggalkan sebarang bentuk time-bomb (etc. bom2 berangkai) spt di Lebanon.

    Operasi syahid

    At the same time, teruskan operasi syahid di bandar2 Tel Aviv. Dgn 1 insiden saje bole m’goyahkan moral Israel. Kelam kabut road-block sana sini. Ketenteraman masyarakat mrka diragut sebentar.

    Maknanya serangan dr pelbagai arah dlm pelbagai bentuk, begitu jg pertahanan.

    HAMAS = Harakah Muqowwamah Islamiyyah, gerakan hebat & cerdik. Diorang penah gali lubang tikus bbrpa kilometer m’bawa ke pusat senjata Israel. 2 mujahid meletupkan bangunan tu dr bwh tanah. Utk perang kali ni, diorang dah standby laluan2 tikus yg mampu m’bawa kemusnahan kpd konvoi Israel.

    -lelaki_ini-

    ReplyDelete
  3. ...idea dis man is more relevant ^_^

    ReplyDelete
  4. kita sepatutnya dah kena standby & prepare dgn ilmu & 'kuda2 perang'. Singapore sentiasa ngintai. dpt je signal, mrka akan cari pasal. finally mrka akan jd Israel, M'sia jd Palestin, UMNO jd Fatah, PAS jd HAMAS.

    majoriti tanah Nusajaya dah jd milik mrka, skit demi skit mrka jajah Johor. wa dok JB, ape2 hal wa akan kena ngadap diorang dulu.

    jet mrka stiap hari ceroboh ruang angkasa Gelang Patah. komando laut mrka slalu b'keliaran kat pantai bakau Pengerang. apa lg struktur geografi kita yg mrka x tau, smua dlm poket ma.. bab senjata x yah cite la, kita jauh ketinggalan dr mrka.

    standby2 la kita ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...