Skip to main content

Calon PAS kurang glamer lah.

Oleh : AdukaTaruna

Kurang glamer bagi orang luar lah. Tapi glamer tak glamer, bukan orang luar yang undi. Yang penting pengundi KT. Apa pun, wa harap PAS berjaya meneruskan isyarat rakyat selepas Permatang Pauh. Kalau ada rezeki, kelapangan, sihat, wa turun KT kot.

Wa menanti intipati ucapan calon PAS ini. Dan menunggu sidang media dia. Fokus apa yang mahu di bawa terhadap masyarakat KT?

Rakan PAS wa mengatakan Hadi solat istikarah, melakukan ibadah2 tertentu dalam mencari calon. Cara dia cakap tu macam tak nak kasi wa bantai Hadi jer.

Dalam kes macam ini, sesuatu masalah yang diberikan peluang masa yang secukupnya, solat istikarah, ibadah tertentu, memang dapatlah. Tapi, kalau kes2 yang pantas, macamana?

Contoh macam berdebat. Atau sidang media, atau perkara-perkara yang memerlukan keputusan tepat dengan masa yang terlalu singkat. Perghhh.. payah beb. Lafaz bismillah, tawakkal jer? Mana buleh. Menyonsang sunatullah. Menyalahi ketetapan Allah. Sebab tu sifat wajib Nabi (pemimpin) mesti ada fatonah. Genius.

Tujuan wa story lu orang bukan mahu hentam Hadi, ma. Tapi, mahu nyatakan rasa yakin terhadap solat istikarah, syura, kajian dengan masa yang secukupnya (berbanding BN). So, lu orang dapat lu orang punya masa, dan lu orang dah gunakan masa itu dengan sebaiknya, maka, marilah kita bersama-sama bersatu dan focus pada PRK KT nih.

Kalau PAS menang, memang bagus untuk politik negara, bagus untuk pembinaan BN, bagus untuk kesedaran Melayu bodoh luar bandar. Kalau PAS kalah, secara matematiknya, BN hanya mengekalkan kawasannya, walau PAS Terengganu mungkin terpaksa berhadapan dengan tekanan tertentu.

Selamat berjuang BR, selamat berdakwah PAS, selamat menjalani amanah dan tugas kepada calon PAS.

Wa? Wa nak tunggu brader Anwar nih. Jangan besar kepala. Time dia kat Permatang Pauh, TGNA datang, bagi kenyataan sokongan. Time PAS?

Jangan ingat semua orang yang sokong Keadilan itu menyokong perjungan individu lu, bro. Ramai yang berjuang demi revolusi politik tanah air.

Comments

  1. kita tengok sejauh mana perubahan rakyat KT ni..... kalau tak berubah jugak...... memang lu dapat lesen besar la nak hantam TGHH pas ni aduka..... hehehe

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Lesen besar tu betulah.tapi adakah itu tugas kita bila duk dalam jemaah brother?jemaah ni ada ketua.Bila pimpinan tertinggi nak macam tu,kene akurlah.bersatulah brother.kalau xsuka pada ketua,ada saluran yang sesuai dan sah untuk jatuhkan ketua.tapi bila dia dilantik jadi ketua,kalau kita tidak berbaiah dan taati ketua kepada jemaah islam yang sah bermakna perjuangan kita sama dengan musuh kita.sama dengan musuh islam,tiada bezanya.ingatlah setiap geraklaku kita untuk memenangkan parti yang mendokong perjuangan rasulullah ada balasannya.betulkan niat kita,insyaallah Allah akan memberi fadhilat yang besar didunia dan juga diakhirat.setiap geraklaku untuk perjuangan islam yang disumbangkan ada ganjaran disisi Allah taala.

    dari Al-Amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...