Skip to main content

Teringat plak wa kemalangan ari tu…

Rujukan : Di sini.

2 bulan lepas, wa hantar mak wa kursus kat Batu Pahat. Masa tu musim hujan. Balik, wa naik highway kat… alamak.. lupa la plak. Lepas Muar la. Apa nama ntah tempat tu. Kena tanya kakmot n Berg la plak. Hehehe.


Sampai Melaka, area Simpang Ampat, wa nampak signboard tulis exit Senawang 120km. Lebih kurang la. Masa tu dah gelap gulita dah. Jam 3 petang camtu la.

Wa tengok meter wira wa. Wa congak, kalau wa tak turunkan kelajuan bawah 100km/j bermakna sejam lagi wa sampai la tol Senawang. Bosan gile dah drive ni. Sensorang.

Sekali hujan lebat. Sampai majoriti kenderaan pasang double signal. Wa plak boleh wat keputusan enggan turunkan kelajuan bawah 100km/j. Fikir wa, kejap lagi wa melepasi la area hujan ni. Kan kat highway kita leh jumpa kejap hujan, kejap kering.

Dalam lebat tu, wa ikut lorong paling kanan (laju). Nampak Toyoya Camry baru kat lorong tengah. Double signal gak. Wa jer yang tak bagi double signal. Sebab bagi signal memotong.

Wa rapat dan mula nak potong. Kelajuan dalam 100km/j la. Bile hadapan wira wa sampai jer selari dengan tayar belakang camry tu, barula wa nampak bagaimana tayar camry tu tolak air. Terus berpusing wira made in Malaysia ni. (tiada ABS, EDB etc) Huhu.

Habis la.. wa fikir. Jangan kena rempuh kete belakang sudah. 2 atau 3 kali pusing… dum! Belakang bonet wira wa rempuh pembahagi jalan tengah. Enjin kete mati. Alarm bunyi, double signal menyala. Kereta melintang. Depan kereta mengadap bahu jalan. Kereta berada di lorong laju. Ha pepandai la imagine. Hehe.

Dah la gelap. Lebat plak tu. Seb baik sensorang. Kalau dengan mak wa… adeh…
Wa cabut seat belt. Buka kunci pintu dan keluar cepat2. Terus lompat dalam pembahagi jalan tu. Kereta dah la kelabu gelap. Nasib baik double signal tu menyala sebab alarm. Kerana signal kelip2 tu membantu pandangan pemandu.

Wa tengok kete ok. Bonet jer rosak. Kang lelama alarm bunyi kang, abes plak beteri, terus takleh start. Sebijik Wish elak. Belakang wish kosong. Wa lompat masuk kete, pasang dauble signal, matikan alarm, lompat keluar balik.

Hujan masih lebat. Wa dah kuyup dah. Tengok clear lagi, wa lompat masuk kete, try start. Boleh. Terus luruskan kereta dan berhenti di bahu jalan. Pergh… lega woooo….

Tarik nafas. Fikir apa nak buat. Kol member wa.

“Geled. Den nak tanyo la. Den eksiden ni. Den ok.”

Off topik.

(Wa terus short cutkan perbualan. Kaedah ni beb. Kena tahu. Nak2 pompon. Kalau tak buat camtu, dia akan panjang camni :

"Geled"

"Apo hal?"

"Den eksiden la."

"Hah?! Kek mano? Terok ko? Ekau ok tak? Ekau kek mano ni?"

"Den ok."

"Ekau naik apo? Keto ko motor? Ekau ok tak ni?"

Bla.. bla... bla....

On topik balik.

“Kek mano?”

“Highway Melako.”

“Den nak tanyo ni. Den terbabas sendiri. Tak langgar orang. Nak kuar highway buek report kek Melako ko, nak balik dulu?”

“Ekau jalan pelan2. Kuar Senawang. Report 24 jam. Datang sini. Kito buek report eksiden kek Highway Seremban. Payah nak poie Melako nanti.”

“Ok.”

Ngam2 keluar Tol Senawang, mak wa kol.

“Angah dah sampai blom? Mak rasa tak sedap hati jer ni.”

Ekelee.. mak wa ni. Cam tetahu jer. Huhu.

“Angah baru kuar Tol Senawang ni. Jap g sampai la.”

Wa maleh nak bagitahu mak wa. Stendet la anak jantan. Sendiri wat masalah, sendiri selesai dulu. Dah settle kang, baru bagitahu mak wa. Kang tak menentu plak hati mak wa time kursus tu kang.

Bila mak wa balik, dia terus tanya.

“Mana Wira?”

“Bengkel.”

“Kenapa?”

“Eksiden.”

“Masa balik hantar mak tu kan. Mak dah agak dah. Bla bla bla…”

Dah 27 tahun pun kena marah lagi. Wakakakaka……

Comments

  1. hehe
    syok baca story lu

    moral of the story
    bila hujan lebat jln basah
    possibility tayar x touch jln
    esp jln yg x rata & air b'takung
    tayar terapung atas air
    that's why keta bole b'pusing
    dah bykkali kes canmni wa tgok

    lps Muar, Tangkak kot..

    ReplyDelete
  2. Bukan la bang ensem...moral of de story >>> kalo da tau kete tu wira,,wat la cam wira..jgn wat cam juara..

    Huhu..apo la ekau cari nahas dak nyamok...kalo wa jadi mak lu...bukan takat bebel/marah,,,sekeh skali ekau dapek...

    --->>Dah wat sujud syukur lom??? :\

    ReplyDelete
  3. x abih bebel lagi nih...nak menten ciri2 pompuan yg ekau cakap kat atas nun,,haha

    ...bila memandu tu,,jgn pasan jd mekel schumacher..tapi ingat la orang yg tersayanggg...n org2 yg ekau x brapa sayang tapi sayang kat ekau...ada paham??

    -->> ontah,,yg akak tau ada tompek dokek2 batu pahat tu namo ayer itom..banyak jual kepek,,bungo ngan pasu2... ;-D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...