Skip to main content

Team Najib bijak, team PAS perlu lebih bijak.


Oleh : AdukaTaruna

Najib telah mempamerkan satu pasukan yang hampir menyamai kelicikan Mahathir. Ini sangat-sangat merumitkan kepada pemimpin politik lawan naïf dan lurus bendul.

Mula-mula kita pergi kepada bukti kebijaksanaan team Najib ini :

1. Orang menghentamnya sebagai bacul dan ‘play safe’. Rupanya jadual dan pelannya sangat tepat. Kini dia berada di landasan Perdana Menteri dengan sokongan padu.

2. Anwar lebih takutkan Najib berbanding Paklah.

3. Pelan muzakarah ulama – umara yang akan dilakukannya membuktikan permulaan langkahnya mahu berimej toleransi, terbuka, boleh diajak berbincang.

4. Pantas membaca perbahasan siapa calon PAS dengan pengishtiharan calon BN lebih awal dari biasa.

5. Meletakkan ramai calon. Pertandingan pelbagai penjuru dengan motif memecahkan undi atas pagar (pihak yang berkecuali + pihak yang bosan dengan PAS dan bosan dengan BN) dan undi protes-calon PAS (sekiranya terjadi nanti).

Cadangan kepada Team PAS (BR).

Team PAS, terutama PAS Terengganu, harus mengambil pendekatan “Untuk Semua” (untuk UMNO juga) berbanding pendekatan “eklusif untuk PAS sahaja”.

PAS tepat dalam usaha menyediakan satu majlis pengumuman yang besar, kelihatan meyakinkan, berpotensi mencetus gelombang, apabila memohon penggunaan stadium. Tetapi terdapat beberapa elemen tambahan di sini, sesuai dengan konsep “Untuk Semua.”

1. Totok PAS akan mengundi PAS. Totok UMNO akan mengundi UMNO. Tetapi terdapat sebahagian “UMNO protes” di kelompok pengundi UMNO. Cukuplah seandainya PAS berjaya mendapatkan 1000 undi dari mereka.

Caranya ialah (ketika Majlis Grand pengumuman calon PAS) :

a. Melancarkan banner “Undi PAS untuk pemulihan UMNO.”

b. Melancarkan satu ritual simbolik (mungkin melepaskan merpati putih atau belon putih atau berbaris bersalaman, berpelukan dengan diiringi selawat dengan barisan pemimpin PAS atau etc) oleh bekas-bekas pemimpin berpengaruh UMNO, termasuk yang terbaru Zahar Hashim.

2. Antara faktor penentu ialah pengundi muda. Jadi, PAS perlu sediakan satu aktiviti untuk golongan muda ketika Majlis Grand di stadium itu.

a. Bukankah terdapat kelab motosikal (besar dan kecil) yang sering dilepaskan secara rasmi oleh Presiden PAS. Mohon kerjasama mereka mengiringi masuk ke stadium sebagai upacara simbolik.

b. Atau bengkel nasihat service motor / kenderaan percuma (nasihat dari mekanik jer la yang percuma. Kalau ada yang nak sponsor cantik gak.)

Intipati ucapan calon PAS.

Calon PAS tidak boleh sama sekali menggunakan konsep “eksklusif untuk PAS” dalam ucapannya. Jangan sesekali berseloroh (memerli, menghina) tentang mana-mana pemimpin UMNO, atau perjuangan mereka. Kita berada dalam posisi taktikal yang disandarkan kepada falsafah. Bukan falsafah yang disandarkan kepada taktikal.

Inpati ucapan harus berkisar :

1. Tentang bagaimana cara PAS membawa isu dari semua pihak dalam parlimen.

2. Terdapat lebih 5000 guru pengundi di Kuala Terengganu. Calon PAS harus menyentuh isu guru.

3. Menyentuh nasihat-nasihat dan alternative permasalahan remaja, belia, muda-mudi. Contoh :

Yang tak betul bukan Mat Rempit, tapi merempit tak kena kaedah tu yang salah. Merempitlah di litar-litar. Sentiasa bekalkan diri dengan ilmu berkenaan rempit. Ilmu mekanik, ilmu berlumpa dengan betul. Allah jangan lupa. Solat jangan lupa. Mak ayah jangan lupa. Bla bla bla…

Pastu melawak sikit :

Wa pun bukan lahir-lahir terus tua macam ni (bukan bermaksud calon PAS ialah golongan tua). Muda-muda gak macam lu orang semua…

4. Tentang bagaimana dikatakan mengundi PAS dapat membuatkan UMNO tersedar, kembali kepada perjuangan, meningkatkan check dan balance dan sebagainya.

Kesimpulannya, PAS, terutama PAS Terengganu harus keluar dari konsep eksklusif untuk ahli kepada konsep penyelamat untuk semua.

Wallahualam.

Comments

  1. “Wa pun bukan lahir-lahir terus tua macam ni (bukan bermaksud calon PAS ialah golongan tua). Muda-muda gak macam lu orang semua…”
    ........

    pergh.... calon PAS cakap wa lu walu jugak la.....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...