Skip to main content

Sesekali teringat. Dulu dan sekarang.

Oleh : AdukaTaruna

1. Dulu kena rotan kat sekolah, balik abah wa tambah lagi. Sekarang, cikgu tu kena saman dan kena tumbuk. Sampai naik lemak bebudak zaman sekarang ni.

2. Dulu Mat Rempit hati kering. Original punya. Sekarang main barang beb. Telan pil dulu. Tu yang jahat melampau-lampau tu.

3. Dulu leh ‘mengoca’ (tangkap ikan guna jala, tangan, etc). Sekarang sungai kat rumah wa dah jadi longkang dah.

4. Dulu wa main senapang getah, peluru ceri. Lastik, konda-kondi. Sekarang adik wa main bunuh-bunuh, tembak-tembak kat computer. Huhu. Satu-satunya perkara yang wa kalah dengan adik wa yang darjah 5 tu.

5. Dulu kena tumbuk ikan. Bagi kucing makan. Sekarang beli jer. Yang kering tu. Senang woo.

6. Dulu paling berat nak mandi. G sekolah. Try gak basah kepala, gosok gigi n basuh muka jer. Tak mandi. Sekali nak kluar bilik air jer, abah wa jelling. Masuk balik, mandi. Hahaha. Sekarang adik wa pulak. Tu pun dah ada air panas elektrik. Cisss.

7. Dulu selalu main ‘teropong’ nenek wa. Buluh tiup kayu api. Nak masak. Sekarang wa dah tak jumpa benda alah tu.

8. Dulu kat rumah wa ada dapur tanah liat. Rupa dia macam pasu. Guna arang. Kaler merah. Nenek wa punya gak. Kat tepi bawah dia ada pintu angin. Sliding punya. Kalau buka nampak la bara arang tu menyala. “Neraka! Neraka!” Jerit wa sambil masukkan kerengga dalam tu dulu. Hehehe. Sekarang tak jumpa dah. Mana ntah benda tu.

9. Dulu guna kuda kukur nak cukur kelapa. Time tu wa terlalu kecik untuk disuruh. Tapi tak lama ada mesin kelapa. Perghh.. macam bawak keta beb. Kengkonon pegang steering la tu. Skang ni? Dalam store. Guna santan kotak.

10. Dulu time nak raya, satu family gotong-royong buat kuih raya. Meriah gile. Mak wa guna acuan. Tekap jadi bintang. Tekap jadi bulan sabit. Yang wa pulak manual. Kejap kucing. Kejap orang. Kejap kereta. Membebel mak ma.

Kemudian beli. Dah tak buat. La ni dah tak trend kuih2 ni. Area rumah wa semua buat makanan berat. Rumah sebelah laksa. Rumah wa lontong. Rumah depan nasi himpit kuah kacang. Rumah belakang soto. Kuih2? Tak laku. Hehehe.

Ha.. tambah2... Ngeee

Comments

  1. Salam sdr.

    Itulah Zaman berganjak, manusia berubah.

    Anjakan yang menjadikan manusia pemalas, berkepala batu yang sedihnya ialah hilang kemanusiaan.

    Anjakan yang menjadikan manusia separuh kejadian....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....
    hehe..ingatkan sy le yg paling jahat time kecik2 dulu..
    pukul nyamuk pelan2..bg lumpuh jek..pastu wat main pondok2.kengkonon nyamuk ade umah sdn..hehe(tp skrg dah insaf..)..
    rupenye ade yg lg ganas..letak kerengge dlm dapur arang..siap sound efek neraka!neraka! plak

    ReplyDelete
  3. Weih bro..

    Dulu kekecik wa ske advanture. Haha.

    Ada skali tu, ambil selimut tebal dalam store, selubung ramai2.

    Pastu sebat sarang penyengat kat pokok sambil tergelak2.

    Kalau kenang2 mesti tersenyum sorang2. hahaha.

    AT

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...