Skip to main content

Politik atas kertas.


Oleh : AdukaTaruna

Asal Melayu, pasti mudah ditipu. Dah sinonim dah. Felda Palong 16, Kampung Loi, Solok Tonggeh, mana reti ini semua. Dari lahir sampai ke liang lahad ditipu oleh order-order dunia.

Bila terhantuk untuk ke 1001 kali.

Tanah runtuh di penempatan bangsawan, Bukit Antarabangsa, Paklah, selaku pemimpin Melayu, telah disuruh menipu oleh order-order dunia. Politik atas kertas.

“Segala projek atas bukit dihentikan serta-merta.” Mengaum Paklah.

Masalahnya, sapa nak dengar? Kontraktor sapa? Pusing-pusing, kenal Khairy. Pusing-pusing member anak Paklah. Pusing-pusing kat situ jugak.

Dan, Felda Palong 16 ditipu lagi........

Bila terhantuk untuk ke 1002 kali.

Malaysia kalah lagi. Kena belasah pulak tu. Harap keeper jer jambu. Yang kena buang, jurulatih. Yang si botak Pahang tak sedar diri tu? Sampai mampos Melayu kena tipu. Pusing-pusing, Raja Melayu. Tak boleh beb. Raja ni. Pusing-pusing, orang politik. UMNO ni beb. Tak boleh gak. Ketuanan Melayu.

Camni la. Kekalkan si botak Pahang tu, kekalkan semua orang politik UMNO dalam FAM, lepas tu suruh Jose Mourinho jadi jurulatih Malaysia. Sampai kiamat pun kena belasah ma. Sebab ini soal pembangunan sukan bolasepak. Bukan soal taktikal pasukan.

Kalau pengurusan cilok banyak, pembangunan dari kecil berterabur, kena pulak bakat-bakat dari genetik Melayu, payah la. Apa pelan lu orang bermula lahirnya setiap anak Malaysia ini, dalam populasi 22 juta ini, untuk dinilai adakah seorang yang gemilang dalam bola sepak atau tidak?

Kalau tukar jurulatih jer setiap kali, Melayu Kampung Loi percayalah bro. JKKK Solok Tonggeh percaya la. Serahkan bidang itu kepada ahlinya ma. Asal Sultan Melayu pegang sukan, ahli politik UMNO pegang sukan, mesti hancuss punya.

Tak percaya? Suruh gandingan Sultan Pahang dan Khairy pegang Squash (atau mana-mana Sultan Melayu + ahli politik UMNO). Tak payah setahun. Bagi 6 bulan jer.

Bila terhantuk untuk ke 1003 kali.

Terengganu bakal menerima 400 juta. Perghh… kembang hati gen Melayu Terengganu. Atas kertas ma. Bush tawar pelan ekonomi kepada Korea Utara. AS bantu Afghanistan 1 bilion. Semua angka atas kertas ma. Dapat ker atau mengalir ke pada rakyat?

Dah la Melayu-Melayu sekalian. Berenti la dari jadi bowdoh. Dan berhenti dari jadi penyambung penipu-penipu. Wake up bro.. Dah tahun 2008 ni. Bukan 1960 ma.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...