Skip to main content

Jumpa abanghensem di Kelantan.


Oleh : AdukaTaruna

Wa tengok jam. Ah.. pukul 7.00 pagi. Keretapi 7.30. Ada setengah jam lagi. Sesak giler kat sini. TV yang disediakan masih belum praktikal dengan suasana hingar. Sudah 2018 ma. Mungkin zaman TV di handphone menyebabkan RnD TV konsensional agak perlahan.

Wa belek internet. Macam biasa, TKO. Sejak 2005 dan bujang wa wa di TKO. Dah masuk 13 tahun. Mata wa tertangkap satu segmen berita.

Perlabuhan Kelantan, Pantai Sabak menduduki tempat kedua. Mengambil alih tempat Singapura. Tidak sampai 2 tahun sejak Barisan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat, idea Tun Dr Mahathir menjadi reality.

Sejak jatuhnya regim UMNO, barua2 Singapura terduduk. Jambatan bengkok terbina. Kapal-kapal bebas lalu di bawahnya. Perlabuhan Tanjung Pelepas mengambil alih tempat Singapura ketika itu. Tun Mahathir ketika itu mempunyai banyak idea bijak di sebalik beberapa idea bodoh.. Malangnya idea bijaknya ditegakkan oleh kumpulan Melayu bodoh.

“Tuan-tuan dan puan-puan. Transit ke Kelantan akan tiba di platform 5 dalam masa 5 minit.”

Lamunan wa terhenti. Wa bersiap. Minggu ni wa akan berada di Kelantan. Berseorangan. Kelantan kini adalah negeri pertama denstinasi perlancongan selepas Pulau Pinang dan Melaka. Tembok diskriminasi pusat ke Kelantan sudah lama dipecahkan.

Sejak Kelantan menjadi pintu masuk utama barangan dari China, seluruh ekonomi tertumpu di Kelantan. Dari computer sehinggalah alat ganti kereta. Malah tindakan kerajaan PAS Kelantan menyusun perniagaan mengikut kelompok menyebabkan limpahan pasaran, akibat kemeriahan pilihan.

Puluhan pemborong alat ganti dan aksesori kereta di kawasan sana, ratusan pemborong fabric sini, ratusan pemborong computer di satu lagi tempat menyebabkan Kelantan menjadi tumpuan negara.

Keretapi sampai. Kenderaan maju yang mampu membawa penumpang terus ke Kelantan dalam masa 5 jam ini sangat popular. Wa memilih transit terus. Jika menggunakan transit yang berhenti di beberapa bandar, perjalanan lebih lama.

Dalam perjalanan, wa mengimbau Malaysia pada zaman jakun. Budak-budak di sekolah seakan tidak percaya atau malu apabila belajar sejarah. Mustahil. Tetapi itulah reality.

UMNO yang mendakwa memperjuangkan Melayu boleh merampas royalty Petronas untuk orang Melayu, boleh menyekat peruntukan, geran kepada Kelantan, boleh menembak mati sekumpulan orang kampong Melayu Memali.

Pada zaman jakun, seluruh cabang sukan yang diterajui Sultan Melayu + ahli politik UMNO hina dina di persada dunia. Polis boleh menangkap yang tukang report untuk melindungi pencuri, rasuah menggila. Hakim dipecat, bahan bukti boleh hilang dari simpanan polis. Memang tidak masuk akal. Tetapi itulah sejarah.

“Takkan Malaysia seteruk itu dulu, Pakngah?” Teringat pertanyaan anak buah wa yang sekolah rendah tu.

Wa hanya tersenyum kelat.

“Napo Abe pandang kawe kawe mace tu?” Tanya sorang Amoi yang duduk depan wa.

Alamak. Wa terkejut. Wa tengok Amoi yang sebelah dia tersipu-sipu. Pehh.. biasa la beb. Amoi Kelantan speaking Kelantan.

“Siap senyum-senyum lagi..”

“Err.. sori aa... Abang teringat wife kat rumah la.” Kata wa sambil sengih.

Kecewa Amoi tu. Ngeee…

Kelantan memang syurga ekonomi, syuga perlancongan. Dari Tanah Tinggi Lojing sehinggalah ke kedai TomYam tepi jalan. Tumpuan. Sistem pengangkutan awam sedang membangun pesat. Mungkin 10 tahun lagi, Kelantan memiliki jaringan pengangkutan awam yang sangat efektif dan maju. Insyaallah.

Teringat wa Tuan Guru Nik Aziz dulu. Satu icon yang menjangkaui Nusantara. Anak wa pun hanya tengok gambar dalam buku teks sekolah dan internet jer. Rumah beliau kini menjadi Muzium Perjuangan Islam. Kali ni wa tak pergi sana kot. Musim cuti sekolah ni. Ramai giler wo.

“Hello. Assalamualaikum. Abanghensem. Oit. Wa dalam setengah jam lagi sampai la. Jemput cepat sikit tau. Ramai yang nak ngorat wa ni. Wa takut la.”

“Ah.. blah la lu.”

“Wakakakakaka.”

Comments

  1. bro.... lu datang kelantan lu call wa..... wa blanja lu.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Muka dah basuh bro..

    Tapi kaki lupa. Heee

    ReplyDelete
  3. kat shopping complex tu nampak gadis bertudung tapi masih pakai t shirt ketat, tak best lah walaupun k'jaan barisan rakyat (terajunya pas) memerintah, tapi org islam pakaian tak islamik lagi hehe...
    agaknya pas kena banyakkan tarbiah rakyat.

    (baru2 ni mengimbau kembali perjuangan Ustaz Abu Bakar Hamzah dan Abu Bakar Omar, tokoh pas zaman dulu2).

    ReplyDelete
  4. Tu gambo hiasan jer bro... hehe

    Mana tau nanti Kelantan ada skuad muslimah macam Iran tu. Tugas dia ialah tegur, dakwah, bantu, sayang golongan wanita.

    Meronda jer ala2 polis.

    ReplyDelete
  5. "Kelantan kini adalah negeri pertama denstinasi perlancongan selepas Pulau Pinang dan Melaka."

    macam mana pulak sesuatu yang pertama berada selepas benda lain? pulau pinang dan melaka tu di turutan no -ve ke?

    ReplyDelete
  6. Oloh bro..

    Maknanya selepas Penang, then Melaka, Kelantan jatuh no satu la.

    Kira macam pengumuman pemenang la. Memula no 3 umum dulu, then no 2.

    Selepas no 3 dan no 2, tempat pertama jatuh pada Kelantan.

    Tepuk. Tepuk. Tepuk.

    Hehhe

    AT.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.