2. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com
Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.

Sebuah Drama CIA Melayu.

Oleh : AdukaTaruna
“Dalam keadaan begini, setiap orang tidak boleh dipercayai.”
“Termasuk speaker?”
“Ya. Termasuk speaker. Bagaimana sekiranya dia tiba-tiba berpaling tadah meluluskan usul itu?”
Diam.
“Apa yang perlu dilakukan, tuan?”
“Wujudkan satu senario yang menunjukkan kucar-kacir berlaku sekiranya Perdana Menteri digulingkan secara begini. Pertama kali dalam sejarah Malaysia.”
“Ha?”
“Kemudian kambing hitamkan Anwar akan kucar kacir itu. Penyebab kucar-kacir dan kelam-kabut warga kota adalah dia.”
“Ha?”
“Ish. Bengapnya kamu Dolah.”
Sengeh. Garu kepala.
“Cipta satu situasi kononnya rusuhan besar-besaran bakal berlaku di parlimen sempena usul itu dikemukakan. Sekat media dari menghampiri dan membuat liputan tentang itu. Buat sekatan jalan besar-besaran di kota. Hebahkan kerumitan dan ketegangan hal ini di radio-radio popular.”
“TV sir?”
“Bengap kamu ni Dolah. TV kemudian, radio popular dulu. Siapa pula yang tengok TV ketika waktu pagi bekerja ini. Rata-rata berada dalam kereta merungut kesesakan sambil mendengar radio.”
Sengeh. Garu kepala.
“Bila suasana ini berjaya dicipta, secara tidak langsung, tekanan kepada speaker juga meningkat. Jangan sesekali menentang arus. Ingat! Setiap orang mungkin membenci kamu, Dolah. Aku juga pun menyampah juga sebenarnya.”
Muka sedih.
“Sudah. Buat apa yang diarahkan. Kamu tu boneka aku. Lembu kepada aku di persidangan dunia. Kamu dan lain-lain ialah bidak murahan percaturan kami.”
Menguap sebelum bergegas pergi.










