Skip to main content

"Maafkan orang bu, orang tak dapat tarik abang.." 3


Adin terus pergi.

Dalam masa menyelesaikan beberapa perkara, pendaftaran sebagainya, seorang lagi adik kepada Adin tiba. Amin (bukan nama sebenar). Sebaya wa. Ustaz JQAF lulusan Al-Azhar.

Terjadilah sedikit pertembungan pendapat antara wa dengan golongan ustaz-ustazah adik-beradik Adin. Isunya ialah bedah siasat. Mereka tidak mahu arwah dibedah siasat. Keputusan di tangan ibu Adin. Wa pula berpendapat perlu dibedah siasat. Tafsiran jumud wa tolak.

“Begini bu. Ini pendapat saya. Saya tidak mahu nanti ada masalah dikemudian hari. Buruk bedah siasat kalau ibu senaraikan satu jer. Menyiksa mayat. Tapi buruk jika tidak bedah sisat lebih banyak bu.”

Walau kesian melihat Ibu Adin diasak dalam pendapat, wa terpaksa beb.

“Saya tidak pastilah sama ada bedah siasat ada kaitan dengan proses tuntutan insuran, dokumen saman-menyaman atau sebagainya. Tapi, kalau ada kaitan, kan rugi bu. Banyak cerita yang kita baca tentang bagaimana mayat diperintahkan mahkamah digali semula bagi tujuan bedah-siasat.”

Gitu la lebih kurang luahan wa. Akhirnya ibu setuju bedah siasat. Settle masalah. Seb baik juga Adin tiada. Sebab Adin jenis general perang dalam family mereka.

Kemudian wa telefon seorang member wa (juga jiran Adin) yang bekerja sebagai runner lawyer kes2 eksiden. Masa tu hujan dah mula turun. Dia di KL. Dia sanggup redah balik dengan EX5nya on the spot.

“Ko jangan buat report dulu. Tunggu aku. Aku gerak sekarang.”

“Hujan kat sini.”

“Macam takder baju ujan.”

Di bilik mayat.

Sebaik sahaja mayat tiba, Ibu Adin, n kakak terjelupuk jatuh. Tidak terdaya berdiri. Diterpa oleh Amin dan sanak saudara mereka. Dalam 2 minggu, ibu kehilangan 3 orang yang tersayang. Ujian yang agak besar.

Menunggu pegawai polis traffic dari PD untuk sedikit urusan. Wa tidak pasti urusan tersebut. Wa sibuk kat luar bilik mayat tersebut. Kawan-kawan arwah semakin ramai (budak-budak poli). Sanak saudara keluarga Adin semakin ramai.

Adin kol wa.

“Ngah, cane?”

“Ok Din, jangan risau. Doa semoga dimudahkan. Insyaallah.”

Dalam beberapa ketika, pegawai polis keluar. Pembedahan tidak besar. Hanya menjahit luka-luka sahaja. Jasad tidak teruk, hanya luka-luka kecil, tetapi x-ray menunjukkan dalaman yang teruk (pekerja hospital tu bagi tahu la. Wa mana reti tengok x-ray) Settle satu bab. Muncul satu bab lagi. Yakni sama ada mayat dimandikan dirumah atau pekerja hospital yang mandikan. Terjadi sekali lagi pertembungan pendapat. Jika tadi hanya wa bersama adik-beradik Adin, kali ini dicampur oleh sanak keluarga mereka.

Satu pendapat mahu arwah dimandikan oleh saudara kandung lelaki di rumah. Satu lagi dimandikan di hospital.

“Aku tahu ko arif bab mandi mayat, Min. Ko pun ustaz. Tapi, ini mati eksiden, Min. Luka banyak, darah masih keluar. Aku cadangkan, ko yang imamkan nanti, tapi mandi kasi yang ahli la Min.”

Alhamdulillah, jika tadi, ALLAH mudahkan / legakan keluarga arwah dengan tiada pembedahan besar, kali ini sekali lagi ALLAH mudahkan. Rupa-rupanya petugas memandikan mayat adalah saudara sebelah ayah arwah. Terus settle masalah.

Mayat dimandikan.

Kecuali Adin, Abang Sulongnya (bekerja di Penang) dan 3 yang paling kecil, semua menyaksikan / berada di dalam bilik mandi. Amin turut membantu. Kakngah dan Ibu masih menangis sambil memerhati.

Wa terfikir akan Adin yang tiada di sisi, Abang sulungnya, dan adik-adik yang lain. Wa berniat mahu merakamkan video menggunakan henset member wa yang turut menyaksikan.(henset wa jenis hitam putih jer. Takder kamera). Tetapi halangan utama ialah Ustazah Jordan ini.

“Kakngah. Orang nak tanya ni. Boleh tak orang rakam video. Adin tak dapat tengok. Along belum sampai. Adik-adik yang lain lagi. Orang rakam, lepas semua tengok, padam balik la. Orang jamin jaga video ni dari dicopy.”

Sudah dijangka Kakngah menggelengkan kepala.

“Kau rakam jer Ngah. Along mesti marah kalau tak rakam.” Amin tetiba bersuara.

Hah! Cantet. Lesen. Wa pun pinjam henset member. Suh dia ajar kejap cane nak rakam, then wa rakam.

Member arwah buat kelakar.

Sedang asyik merakam, rupa-rupanya ada beberapa member arwah turut merakam. Eh, ini tak boleh. Wa stop rakam, bagi henset tu kat owner kejap, terus ambil henset semua member-member arwah.

“Maaf la dik. Yang boleh rakam, hanya abang jer. Abang terpaksa ambil dulu henset korang ni, dah pasti dipadamkan, baru boleh ambil. Harap tak kecil hati. Harap faham yer.”

Wa serahkan henset2 tu kat member wa tadi, suruh dia check, padamkan (wa tak pandai henset canggih2 ni), dan wa terus merakam.

(bersambung.. novel tergendala ni, leh wat cerpen lain pulak. Hu)

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...