Skip to main content

Syndrome Selesa PAS Kelantan.


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Lebih Mengetahui Apa Yang Hadapan Dan Belakang.

Wa sangat berharap ini hanyalah ilusi wa semata. Sangat-sangat berharap ianya satu kebimbangan yang tak berasas. Namun, wa tetap akan memintas. Kini Barisan Rakyat telah memerintah 5+1 negeri. Bermakna fokus musuh terpecah kepada 5+1 juga. Dan sudah pasti junior akan lebih dibuli berbanding senior.

Wa sifatkan kunci kejayaan PAS menegakkan Negara Islam bergantung kepada Kelantan. Ini sangat penting! Sekiranya PAS Kelantan dan rakyatnya gagal menyaingi model DAP di Penang, apa yang dibimbangi ialah non muslim melihat terdapat satu model yang lebih baik dari konsep Islam yang PAS perjuangkan.

Lu orang sedar ke tak ni? Atau Negara Islam sudah lemau dalam perjuangan PAS? Wa, kalau tak kerana Negara Islam, wa pun tak ingin undi PAS ni beb. Berdirinya wa di sini, menulisnya wa di sini, seupaya wa, adalah kerana impian Negara Islam itu lah. Jika tidak, buang masa wa berTKO, berBlog, diBan KMU 2-3 kali, dan sebagainya. Dan sudah pastinya berjuta kali ganda derita pendokong PAS yang lain berbanding diri wa.

Poligami bangang pemimpin PAS Kelantan.

Walaupun wa mempunyai perspektif berbeza terhadap poligami, wa sebenarnya takut untuk kritik. Ini kerana latar keluarga wa adalah berpoligami. Datuk wa berkahwin 2. Pak sedara kahwin 3. Bimbang juga sekiranya ALLAH uji wa pula dengan poligami.

Tetapi, setelah pertimbangkan, atas cita-cita Negara Islam, wa nekad bercakap bab poligami. Tajuk kecil di atas untuk Adun Melor. Lu tahu ke tak yang dahi lu bawa title konsep Negara Islam sepanjang hidup dan bernafasnya lu di bumi Malaysia ni? Sedar ke tak? Kalau tak sedar, sila menjadi nobody PAS. Sila!

Plogami bagi wa adalah jalan keluar. Bukan jalan utama! Menegakkan Negara Islam di Malaysia jatuh pada tahap jihad. Orang-orang berjihad selagi boleh mengurangkan ikatan pada tanggungjawab dunia. Jika ada tanah, diwakafkan atau dijual. Bukan semata-mata kerana belanja jihad, tetapi lebih kepada mengurangkan ikatan tangungjawab dunia. Fokus ke arah jihad itu.

Salahuddin yang membebaskan Palestine sendiri dikatakan tidak sempat menunaikan haji. Apatah lagi berpoligami. Poligami zaman perjuangan nabi adalah poligami jalan keluar. Poligami lu adalah poligami jalan utama. Punya banyak janda-janda yang perlu dibela batin dan zahir, lu pilih siapa?

Lepas tu gagal! Rumah tangga pun, lu tak boleh manage, macamana lu nak dakwa lu boleh manage negara? Apatah lagi pelbagai ragam, kaum dan agama ni? Dahi lu bertitle konsep Negara Islam beb. Lu sedar ke tak? Adakah PAS Kelantan dilanda syndrom selesa? Syndrom berfoya?

Kalau lu nak poligami, lu kena sedia tahu risikonya. ALLAH kata, kalau tak mampu kawin 2,3 atau 4; sorang cukup. Tapi sebab lu dah dabik dada kata kat ALLAH, yang lu mampu, lu kena buktikanla. Skang ni lu gagal. Lu takder masalah terhadap imej Negara Islam kalau lu bukan somebody.

Jadi, lu dengar sini pemimpin PAS yang berkenaan. Sila letak jawatan! Lu kena bertanggungjawab. Tanggungjawab lu lebih besar dari kegagalan lu terhadap rumahtangga nafsu nafsi lu tuh. Wa peduli apa sama diri lu, atau rumah tangga lu. Tapi wa bercakap soal dahi lu tu. Sila letak jawatan!! Jika tidak anda adalah lebih hina dari pemimpin kafir barat. Tertinggal fail pun meletak jawatan.

PAS Kedah.

Wa nak utarakan tahniah wa kepada PAS Kedah. Ketika PAS Kelantan dilanda Syrom selesa (?), PAS Kedah berjaya bergerak dengan penuh kasih-sayang, berhati-hati, merendah diri. Tidak malu bertanya kepada rakan UMNO, memberi kebebasan anggota kerajaan yang UMNO, meneruskan dahulu apa yang UMNO lakukan tanpa tindakan drastik.

Buat PAS Kelantan, wa harap perspektif wa silap. Sejujurnya, pada wa harapan muslim Malaysia terhadap cita-cita Negara Islam terletak kepada model ini. Sila sisikan manusia yang gagal dalam ujian ALLAH (dalam satu-satu tajuk). Sila kemukakan manusia yang lulus dalam ujian ALLAH untuk kami jadikan pemimpin.

Buat yang berkenaan. Sila dengar ini! Anda perlu meletak jawatan. Kami tidak peduli siapa anda. Sila cabut imei konsep Negara Islam di dahi anda itu!

AdukaTaruna

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.