Skip to main content

Sokongan Terbuka Kepada MT UMNO.



Oleh :
AdukaTaruna

Hamba, dengan ini, secara terbuka, mengishtiharkan sokongan moral kepada MT UMNO untuk menyekat Ezam dari menjadi ahli UMNO, buat masa ini. MT UMNO perlu bertegas untuk menyekat Ezam, sehingga pemilihan UMNO, Disember ini.

Selaku tulang belakang politik negara buat masa ini, UMNO perlu selesaikan satu persatu masalah mereka. UMNO perlu melalui satu pemilihan agongnya, dengan skuad UMNO semasa PRU12. Hamba berpandangan, UMNO tidak wajar melalui pemilihan UMNO dengan beberapa penambahan yang bukan UMNO ketika PRU12.

Selepas menyelesaikan yang utama itu, barulah UMNO boleh mempertimbangkan semula kemasukan sesiapa pun yang berhajat mahu menyertai UMNO.

Sekiranya MT UMNO dayus untuk sekian kalinya.

Bermakna Ezam diterima. Pada tajuk demokrasi, tahniah kepada Ezam, tahniah kepada UMNO. Tetapi pada tajuk seteru idealogi, maruah Ezam berada di bawah pinggang hamba. Dan akan berada di bawah tumit sekiranya menjadi lembu laga menentang idealogi PAS. (Dasar perjuangan, bukannya kesilapan tindakan). Dan di bawah tajuk kemanusiaan pula, percakaran UMNO merugikan rakyat.

Buat ahli UMNO yang masih menyimpan harapan terhadap UMNO, pertama sekalinya hamba ucapkan terima kasih kerana memilih PAS sebagai undi protes PRU yang lalu. Keduanya, hamba ucapkan selamat berjuang dan terus berjuang membersihkan UMNO.

Seruan.

Syabas sekiranya berjaya kelak. Tetapi seandainya melihat UMNO tidak boleh diselamatkan, hamba dengan rendah hatinya, menyeru kepada rakan UMNO, terutama golongan muda, intelektual KMU, bersama berada dalam PAS. Atau setidak-tidaknya bersama dalam arus ini.

Di sini, anda pasti akan diperlihatkan satu perbezaan yang ketara. Satu keterbukaan yang sesuai dengan naluri kita, golongan muda. Nilai protes diri yang diberi kebebasan. Diberi panduan. Anda tidak perlu terburu-buru menjadi ahli, sebaliknya kekalkan undi protes kepada PAS dan terus-terusan berada dalam arus mengkritik / bersuara / memberi sumbangan demi kesejahteraan Islam yang universal. Insyaallah.

Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.