Skip to main content

Sembang Bola 3


Sebijik rupa member wa beb. Usen TKO.

Oleh : AdukaTaruna

France VS Romania

Malam ni pasukan wa main. France vs Romania. Jika bahagian serangan France tajam seperti biasa, maka wa ramalkan France menang 2-0. Jika tidak, seri tanpa jaringan. Romania pada wa sukar untuk menembusi pertahanan France. Pengalaman tu beb. Cuma walaupun pengalaman, ianya tidak menjamin kerelevanan corak orang pengalaman untuk bersaing di pentas kemodenan taktikal. Nanti wa ulas.

France 2 Romania 0
France 0 Romania 0

Eh jap. Wa teringat Karim Benzima. Sebijik macam muka member wa. Usen TKO.

Belanda vs Italy

Game yang menarik. Kerana Belanda adalah pasukan agreasif. Wa jangkakan, Belanda akan menguasai perlawanan. Mungkin 60%. Tetapi, adalah sukar untuk menjaringkan gol. Buffon dan corak Italy yang berkubu adalah penghalang besar.

Jika Italy score pun, hanya melalui counter-attack / coner kick / free kick.

Belanda 0 Italy 0
Belanda 0 Italy 1

Germany.

Pasukan yang mengamalkan perangkap offside terlalu tinggi akan menjadi mangsa kepada taktikal yang diamalkan Germany. Keeper tidak akan sempat keluar sekiranya lorongan tengah melepasi line pertahanan.

Sebab itu wa mengatakan, pertahanan pengalaman France seperti Thuram mungkin akan terpedaya dengan taktik baru ini. Cuba anda perhatikan.

Penyerang German ada 2 orang. Seorang adalah top striker yang sentiasa menjadi umpan perangkap offside pertahanan lawan. Pada fikiran pasukan lawan, mereka sudah berjaya memerangkap penyerang German.

Tetapi, hanya beberapa langkah di belakang, mengikut garis pertahanan lawan, penyerang kedua yang akan mengambil bola lorongan pemain tengah German itu. (faham ke tak luorang ni? He)

Jadi, den dah sms pakcik wa, zidane. Suh sound jurulatih Perancis tu, jangan up pertahanan tinggi2 sangat kalau jumpa German atau Brazil dalam WC. Thuram tu bukan jenis speed. Tak sempat Coupet keluar nanti.

Mana lu nak turn, mana lu nak speed. Memang tak sempat ma.

Comments

  1. Sejak Zidane dah takde, aku dah kurang semangat sokong peranchis

    rasanya nak bertukar kepada poland

    ReplyDelete
  2. Oi. Jangan la bro. Abidal ada ma. Cool mamat nih beb.

    Tapi mmg betul kata lu, takdo siapo yang layak ganti zidane. Berseni pcik tu wo.

    Ribery hanya ganti sebagai playmaker la. Bukan sebagai ikon.

    ReplyDelete
  3. ape je lu nie.. wa dah ckp.. muka wa cam teri enri..

    ReplyDelete
  4. salam,

    nampaknya agakan bro AT tersasar jauh bagi perlawanan belanda vs italy, ho ho
    mungkin sebab ketiadaan fabio cannavaro pertahanan italy begitu mudah dibolosi dengan 3 gol.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...