Skip to main content

Perbahasan : Cadangan Cara Mengatasi Harga Minyak.



Oleh :
AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Mengetahui.

Pertamanya, hamba bukanlah ahli akademik, ahli pemikir sepenuh masa, atau ahli politik. Hamba adalah rakyat biasa yang sibuk dalam kehidupan biasanya. Namun, masalah bahan tenaga ini adalah masalah sejagat. Tidak dapat tidak, ianya adalah masalah hamba juga.

Di artikel ini, hamba kemukakan satu idea peringkat awal. Bila disebut peringkat awal, maka ianya memerlukan satu perbahasan dan perbincangan oleh setiap golongan. Sekiranya idea ini tidak praktikal atau relevan, sekurang-kurang mungkin terbit darinya satu lagi idea yang sangat baik. Insyaallah.

Subsidi.

Mula-mula diketepikan dahulu soal pembaziran, dari cara hidup menteri pilihan Melayu sehinggalah pembangunan (gajah putih-membazir-sistem monopoli) pilihan Menteri pilihan Melayu. Kemudian, apabila kerajaan Melayu memutuskan memilih subsidi makanan daripada subsidi minyak, maka, bagi hamba ini adalah satu kesilapan. Mengambil subsidi minyak untuk ditampung kepada tajuk makanan adalah keputusan tidak bijak. Pada hambalah.

Kerana, minyak adalah asas segala nilai barangan. Mari lihat ini.

1. Katakan kerajaan memotong subsidi untuk minyak, dan diberikan kepada makanan. (beras, tepung, etc)

2. Di step ini, barangan makanan tidak naik.

3. Tetapi barangan bukan makanan seperti alat ganti kenderaan pengangkutan, penyelenggaraan, kompenan-kompenan bukan makanan akan naik.

4. Apabila barangan bukan makanan naik, maka pengeluar berhadapan dengan kos hidup, dan kos perniagaan yang bukan makanan.

5. Jadi, di step ini makanan akan naik.

6. Barangan kawalan akan disekat, walaupun kos pengeluaran melebihi angka sekatan. Barangan yang tidak disekat sudah pasti melambung.

7. Maka, sejauh manakah pengeluar makanan kawalan dapat bertahan? Mahu tidak mahu, akan naik juga.

Di sinilah maksud ketidak cerdikan pemimpin pilihan Melayu itu, apabila memilih subsidi makanan daripada subsidi minyak. Tamat ringkasan bahagian 1. Kefahaman untuk orang awam.

Rebet ketika cukai jalan.

Langkah kerajaan mengenakan rebet bagi golongan pemilik kenderaan, pada peribadi hamba adalah satu ketidakadilan. Ini kerana, selain dari jumlah yang terlalu kecil, ianya tidak adil kepada golongan yang tidak memiliki kenderaan seperti pelajar dan golongan miskin. Mereka akan semakin tertekan. Jadi bagaimana?

Cadangan awal (Jangka pendek).

Hamba mencadangkan kerajaan memberikan subsidi seperti biasa atau dikurangkan sedikit. Untuk mengelakkan ketirisan kepada pihak-pihak tertentu, laksanakan sistem ini :

1. Database saman dikemaskini setiap bulan.

2. Pemberian subsidi bahan bakar hanya untuk mereka yang bersih saman jalan raya. Ianya dikesan melalui cip pada mykad, melalui mesin khas di setiap pam-pam minyak.

a. Masyarakat Malaysia akan terdidik mematuhi peraturan jalan raya.

b. Warganegara luar akan membeli minyak Malaysia pada harga dunia di mana-mana. Penguasa stesen minyak lebih untung sekiranya menjual harga dunia. Tidak timbul soal khianat golongan ini kepada negara.

3. Hadkan pembelian bahan bakar kepada kenderaan sahaja. Dan jumlah pembelian hendaklah mengikut jenis kenderaan. Tidak timbul soal kenderaan yang diubahsuai untuk menyimpan bahan bakar bagi aktiviti seludupan.

4. Harga yang dibawa oleh lori-lori tangki ke stesen adalah harga tanpa subsidi. Subsidi akan diberikan terus kepada penguasa stesen. Ini bagi mengelakkan ketirisan.

5. Sistem akan merekod identiti pemilik lesen memandu yang mengisi minyak. Ini bagi mengesan sekiranya pemandu yang sama mengisi minyak di beberapa stesen pada hari yang sama dengan jumlah maksima yang dibenarkan untuk setiap kali isi.

Ini adalah beberapa ringkasan yang dipermudahkan untuk pemahaman. Ianya perlu dibahaskan. Cadangan jangka pendek.

Cadangan awal (Jangka panjang).

1. Jatuhkan Barisan Nasional.

2. Bersama berada dalam landasan perubahan.

3. Letakkan Petronas di bawah parlimen. Kembalikan konsep Petronas adalah milik rakyat dan hasilnya perlu dikembalikan kepada rakyat.

4. Tukar Menteri Pertahanan dan Ketua Polis. Lakukan reformasi agensi penguatkuasa. Mereka inilah yang menjaga sempadan negara.

5. Berjimat dalam perbelanjaan negara. Pilih pemimpin yang memiliki fokus yang kurang pada kehidupan peribadi, sebaliknya pemimpin yang memiliki fokus yang besar terhadap negara. Pemimpin berselera besar seperti ADUN Melor perlu dijatuhkan.

6. Terokai sumber-sumber baru dengan agresif sementara telaga masih belum kosong. Kaji bagaimana negara pengeluar yang lain mampu melindungi rakyatnya dari amukan kenaikan ini.

7. Hapuskan cukai melampau terhadap kenderaan hidbrid. Pertimbangkan / lakukan pungutan suara terhadap masalah ini. Konsep negara haruslah dari bawah ke atas sebelum diputuskan oleh yang atas. Bukannya dari atas ke bawah tanpa peluang memberi cadangan.

Sekian dahulu cadangan hamba. Tidak semestinya benar atau muktamat. Tetapi memerlukan perbahasan dan tapisan.

Wallahualam.

http://adukataruna.blogspot.com/

Comments

  1. Ya Adukataruna

    4. Harga yang dibawa oleh lori-lori tangki ke stesen adalah harga tanpa subsidi.


    bukan ke itulah yang kerajaan cuba nak lakukan sekarang?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...