Skip to main content

Penyokong BN : Menanti Kehebatan Unit Amal Pada 12 Julai 2008


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Perancang.

Kata dua oleh Dr Hatta kepada Paklah untuk menurunkan harga minyak adalah suatu yang disambut baik oleh penyokong BN. Tidak perlu bercakap sudut penyokong BR. Sudah tiba masanya kita ketepikan dahulu isu politik dan bersama-sama bergandingan dalam isu rakyat ini.

Manusia ini terkenal dengan nilai ‘hero’ oleh rakyat Malaysia. Baik Melayu BN, apatah lagi Melayu BR. Baik non Melayu BN, apatah lagi non Melayu BR. Antara orang pertama yang menerima kepedihan gas pemedih mata, antara orang pertama yang menerima pukulan FRU. Dibelasah demi memperjuangkan hak dan masa depan anak dan isteri si pembelasah.

Menanti aksi terancang Unit Amal buat kali kedua.

Masih ter’replay’ di mata wa bagaimana terancangnya Unit Amal. Penuh disiplin, penuh tawadduk, mereka mengawal aliran trafik, memeluk bagi tujuan menenangkan individu yang mula mempamerkan provokasi, bermatian membentengi peserta wanita.

Masih tergambar di mata, bagaimana keupayaan PAS menganjurkan demo 100 000 manusia, 100 000 ragam dengan sifat kelas pertama. Tiada barang awam dirosakkan, tiada sampah-sarap ditinggalkan, tiada aksi-aksi cabar-mencabar. Ya, teringin dan sangat-sangat berharap, setelah peserta DAP dan Keadilan menyaksikan bagaimana perserta PAS memiliki disiplin yang tinggi, kali ini, peserta BN sendiri bersama-sama menyaksikan ini.

Anda akan melihat seorang tua yang berwajah jernih melambai-lambai tangan kepada pemandu yang membunyikan hon sokongan. Anda akan melihat seorang budak tahfiz mengutip sampah ketika berbaris, berjalan menuju ke tempat yang ditetapkan. Anda akan melihat peserta wanita dan kanak-kanak adalah golongan VIP dalam perhimpunan. Sudah pasti. Insyaallah, anda pasti saksikan itu.

Anda akan melihat taraf pemimpin kami.

Anda akan melihat pemimpin kami yang akan dibelasah dahulu. Anda akan melihat di mana letaknya Dr Hatta. Anda akan melihat di mata letaknya Mat Sabu. Anda akan melihat di mana letaknya Tian Chua.

Anda akan melihat manusia yang diangkat pemimpin itu berguling di jalan tar, bukan di karpet merah. Anda akan menyaksikan mereka berada di bawah tapak kasut polis, bukannya berada di atas bahu mereka. Anda akan menelan air liur melihat mereka diheret demi sebuah masa depan semua.

Kemudian, belum sempat anda sms memberitahu rakan BN anda, anda akan merasai bagaimana seorang ustaz, atau seorang pelajar universiti atau seorang wartawan negara luar menarik anda untuk berlindung dari panahan air berbisa. Ketika anda sukar bernafas, ketika itulah seorang makcik tua menghulurkan sebotol air mineral atau sedikit garam kepada anda. Walaupun dia lebih menderita dari anda.

Semuanya ini adalah demi masa depan anak dan isteri anda juga. Bukan soal politik, tetapi soal hak rakyat.

Anda akan melihat logistik kerajaan.

Ketika itu anda akan menyaksikan logistik kerajaan yang digunakan untuk menyiksa rakyatnya. Beberapa helikopter melintasi kepala anda. Ribuan polis meninggalkan penjenayah untuk membelasah anda. Belasan kenderaan menghabiskan minyak demi menyekat perjuangan menjimatkan minyak, pembesar suara kerajaan akan digunakan untuk memaki anda, dan sebagainya.

Semuanya ini adalah demi masa depan anak dan isteri mereka juga. Bukan soal politik, tetapi soal hak rakyat.

Pedih yang manis.

Dalam kekalutan dan kepedihan itu, insyaallah, jika diizinkan ALLAH, anda akan dianugerahkan satu perasaan yang sangat manis. Tanpa perkauman, anda saling bantu-membantu, tanpa kenal-mengenal anda akan saling lindung-melindungi, tanpa pernah bersua, anda solat bersama, tanpa memperdulikan kefahaman dan anutan, masing-masing tenggelam dalam zikir dan takbir.

Insyaallah anda semua akan rasai. Tanpa diupah, demi kemanisan perjuangan, sanggup menyerahkan daging-daging untuk dipukul. Untuk dihina. Jika anda sakit, pemimpin di hadapan sana berkali-ganda sakit. Jika anda selamat, pemimpin di hadapan sana tidak seperti anda.

Semuanya ini adalah demi masa depan anak dan isteri anda juga. Bukan soal politik, tetapi soal hak rakyat.

Sendal bahulu ditaman itik,
Lari si angsa salahkan katak,
Tinggal dahulu fahaman politik,
Mari bersama juangkan hak.


AdukaTaruna

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...