Skip to main content

Noraniza Idris Di Kelantan.



Oleh : AdukaTaruna

(Lagu Noraniza Idris)

“Hello.”

“Hello. Assalamualaikum, syeikh. Ana ni. Dah tidur ke? Ni dah tukar lagu ni. Dulu lagu PAS.”

“Hahahaha. Waalaikumussalam. Belum lagi la. Ana dok fikir-fikir ni. Sunnah ana belum cukup la. Ingat nak tambah yang macam Noraniza Idris. Hehehe.”

“Hahaha. Mu nih.”

“Ala syeikh. Bila lagi. Skang la time rehat-rehat sket. Biarlah Perak dengan Kedah pulak yang kerja.”

“Ha. Tu la. Ana pun lega sket lo ni. Ada masa sket nak fikir-fikir siapa yang ganti MB. Dapat kat klik-klik kita, syukur sungguh.”

“Hahaha. Ana pasal siapa ganti MB, ana tak kisah sangat. Tapi ana teringin sangat ikut sunnah nabi ni. Dapat yang macam model sabun, alhamdulillah. Dapat pulak made in over sea. Lagi la bersyukur. Apa kelas made in Klate, deh.”

“Susah tu, syeikh. Kena convert dulu.”

“Ala, dapat pahala, syeikh kalau convertkan. Boleh didik. Kalau degil, ceraikanlah. Muahahahaha.”

“Hahaha. Betul syeikh, betul. Ana doakan anta berjaya. Tapi, dok marah ko, ore?”

“Eh, marah apa? Skang ni kita in waiting kerajaan la. Lagipun, ini sunnah nabi. Siapa cerca sunnah nabi, boleh murtad. Kafir! Munafik!”

“Ala, anta janganla marahkan ana. Ana tanya jer.”

“Bukanlah marah anta, syeikh. Ana ni pantang betul orang yang permainkan sunnah nabi ni. Memang darah ana darah pejuang Islam.”

“Betul tu, syeikh. Kita kena perjuangkan Islam. Insyallah, ana doakan anta berjaya. Amin.”

“Amin. Ada rezeki nanti jemputlah kenduri. Hehe.”

“Hahaha. Insyaallah. Tapi, anta jangan lupa doakan ana pulak.”

“Doa macamana?”

“Ala syeikh. Tak faham-faham pula. Doa-doala MB nampak muka ana di Kaabah as MB. He.”

“Hahaha. Insyaallah. Insyallah. Ana doakan.”

www.adukataruna.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...