Skip to main content

Dunia Melayu. Basic Pun Tak Lepas.


Oleh : AdukaTaruna

Sebenarnya wa malas nak cakap bab asas ni. Tapi, sebab wa mendapat pm, suruh jelaskan, wa rasa ada betulnya juga. Bro tu suruh wa cakap sebab ada pembaca muda, bebudak U yang mahu bersama berkongsi. Ok la. Wa cakap. Cakap jer nih. Lu orang tapis sendiri.

Asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya.

Ini adalah asas yang Melayu tiada. Korang kena berlatih bab ni. Wa yang bercakap dengan lu pun selalu terbabas. Tapi, dengan mengasingkan sesuatu itu di tempatnya, lu tapislah setiap penulisan wa dengan baik. Kita semua kan tidak maksum. Berani memberi, perlu berani menerima.

Dalam kes membangangkan orang, di sudut wa, wa perlu bersedia menerima bangang itu semula. Betul? Selesai diasingkan satu tajuk. Kita pergi ke pengasingan tajuk sebelahnya pula. Golongan yang wa bangangkan itu pula, selalu membangangkan orang lain. Kritik sana, kritik sini.

Jadi, dengan diasingkan mengikut tajuk, selagi dalam medan kritikan, teguran, pembinaan pemikiran, selagi itulah semua ini berlaku. Namun, apabila memasuki tajuk kemanusiaan, kritik2 tadi akan tertinggal di medannya. Ianya tidak menjejaskan medan kemanusiaan. Nampak?

Lu tengok Ustaz Fadhil dulu. Kritik Tun, tapi diluar tajuk? Tengok pula TGNA. Kritik di medan kritik. Sekali dalam medan yang kritik, beliau tersilap. Rendah diri mohon maaf kepada Tun. Di luar medan kritik, TGNA tetap mempamerkan persaudaraan kelas tertinggi.

Tak percaya? Masa Johor dilanda banjir besar dulu. Berapa TGNA kasi derma di pihak Kelantan? RM1 juta beb. negeri UMNO pun tak terbuat begitu.

Pemikiran mereka2 inilah yang lu orang perlu kaji. Nak kaji Nabi SAW jauh sangat. melayu perlu ada keupayaan ini. Jika tiada, maka, berlakulah apa yang berlaku. Berniaga sebelah menyebelah dengki mendengki, kongsi perniagaan tak tahan lama dah berpecah, bekerja di satu majikan bermasam muka dan sebagainya.

Nampak? Sebab apa? Sebab tiada nilai ini. Asingkan sesuatu itu mengikut tempatnya. Ah, sudah. Dah macam penceramah motivasi plak wa. Wa pendekkan jer la. Apa yang lu orang baca, lu tapis sendiri la yer. Terutama wa ni, manusia tidak maksum. Walau bercakap hal ini, pasti dan pasti ada hari-hari yang terbabas.

So, apo laie? Kritik la. He.....

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...