Skip to main content

Cerita Selangor.



Oleh :
AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

PAS di Selangor adalah pelengkap kepada Barisan Rakyat. Bukannya tonggak. Atas kesedaran itu, kita harus memahami ruang lingkup kekuatan kuasa tawar-menawar dalam kerajaan Selangor. Namun, atas kefahaman bahawa PAS adalah pelengkap, PAS ada ruang dakwah dan ruang cadangan. Kata putus, barulah diserahkan semula kepada Barisan Rakyat.

Ini adalah kefahaman penting. Yakni, dalam kerajaan Barisan Rakyat di Selangor, PAS adalah pelengkap.

Isu Islam Hadhari.

Bagi wa secara peribadi, kandungan dalam Islam Hadhari itu tidak salah atau sesat. Tetapi yang sesatnya, ialah motif tertubuhnya Islam Hadhari dan jenama yang digunakan. Ini yang sesat dan mengelirukan seperti kata MAZA.

Namun, sebagai pengawal Islam negeri, adakah praktikal sekiranya Dr Hasan Ali membenarkan program-program Islam Hadhari dengan syarat memansuhkan jenama Islam Hadhari itu? Praktikal atau tidak Dr MAZA?

1. Tujuan dan motif penerangan dari kerajaan pusat ialah jenama.

2. Dr kata hanya buang kulitnya. Makan isinya. Mansuhkan atau hanya haramkan jenamanya. (Islam Hadhari)

3. Sedangkan motif utama kerajaan pusat ialah mempromosikan jenama, bukan isinya.

4. "Silalah. Silakan datang ke Selangor. Buat apa sahaja program. Tapi, sila buangkan perkataan hadhari. Baik dalam teks, bahan umum, pentas, visual, audia dan apa sahaja. Kita tidak mahu kulitnya."

Praktikal? Sebab itu wa selalu mengatakan, bahawasanya, setinggi mana gen Melayu itu menuntut, ianya adalah kategori harddisk. Hanya menyimpan ilmu dari manusia kategori penemu. Banyaknya ilmu tidak akan mengubah gen seseorang.

Fakta dan statistik yang sama, hadis dan dalil yang sama, tetapi berbeza cara analisa mengikut keupayaan gen. Sebab itu anda tidak boleh mendakwa anda mengikut zaman salaf. Sebab keupayaan tafsiran adalah berbeza-beza walaupun berpandukan dalil yang sama.

Sebab itu kita tidak boleh hina pengajian pondok berbanding diri yang universiti. Kita pondok ke, kita universiti ke, kita hanya hardisk. Bukan processor. Tamat bab Islam hadhari.

Arak, judi, etc.

Berbalik kepada kefahaman pertama tadi, yakni, PAS di Selangor adalah pelengkap, bukannya tonggak, PAS Selangor tidak wajar mengeluarkan kenyataan menafikan janji menghapuskan arak, judi, etc. Malah dengan emosi mencabar bukti yang menunjukkan berkenaan. Ini wa dinamakan hilang pegangan akibat tersepit.

Tersepit dan diasak bagaimana teruk pun, pegangan jangan terlepas. Anda lihat Karpal. Gen bukan Melayu. Berani mengatakan yang benar kepada sultan dalam tajuk undang-undang. Tetapi silap di tajuk taktikal. Kestabilan Barisan Rakyat ketika itu masih mentah. Perkauman masih relevan. Media masih belum bebas. Sepatutnya Karpal bla bla bla (tajuk lain).

Pendapat wa, berdasarkan kefahaman pelengkap, PAS berhak mengemukakan teguran dan cadangan dari masa ke semasa. Anda bercakaplah dalam sidang DUN. Anda adalah pelengkap. Jadi, bercakaplah, berdakwahlah. Keputusan adalah nombor 2. Asalkan di dalam DUN, bukannya di media perdana. Anda mempunyai siaran langsung yang tidak boleh diputar-belit.

Gen Melayu perlu ditanam satu sifat kurang ajar. Bukan pemalu dan penakut. Lemah gemalai. Ini adalah acuan budaya dan pendidikan rumah. Contoh:

"Di dalam sidang DUN, saya, mewakili muslim dan non muslim yang cintakan kesejahteraan hidup, kualiti hidup, mencadangkan, pihak kerajaan Selangor, menempatkan semula, menyusun semula, tempat-tempat penjualan arak, tempat-tempat hiburan.

Kami menghormati hak non muslim untuk meminum arak, di mana agama mereka membenarkannya. Tetapi, kami tidak mahu arak dijual berleluasa di mana-mana. Ini boleh disalahgunakan oleh remaja dan jika tidak dikawal, ianya boleh merosakkan pembentukan modal insan negeri Selangor.

Bla.. bla.. bla..."

Tegas. Berani. Dan kurang ajar (mengikut perseptif Melayu). Semua ini diaplikasikan di tempat yang sesuai. Nampak?

Mencabar janji.

Jadi, apabila mencabar pihak-pihak yang menyepit / menekan, supaya kemukakan janji-janji yang pernah dilaungkan oleh PAS Selangor, bagi diri wa, ini adalah satu situasi di mana terlepasnya pegangan akibat tersepit dan tertekan. Ketenangan, rasional perlu diletakkan di atas sekali. Cool jer bro. Prinsip adalah prinsip. Proses berfikir untuk mencilok dan menyelinap perlu pantas. Wallahualam.

Jadi. Inilah cerita Selangor untuk hari ini. Wa nak sambung novel wa pulak. Sikit-sikit, lama-lama siap. Buat pembaca, tapis dahulu sebelum telan. Keterbukaan bersuara adalah satu rahmat. Tetapi adalah bala sekiranya anda tiada sistem penapisan yang baik.

Sekian. Wallahualam.

Comments

  1. wa respek sama lu mat and wa agree
    berfikir guna akal tapi bercakap pun kene guna akal gak
    -hanya tindakan akal boleh mematahkan kata2

    ReplyDelete
  2. Salam..
    Teguran, kritikan dan ingatan yang bernas. Teruskan jihad anda.
    Salam..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...