Skip to main content

Awek Indon.



Oleh :
AdukaTaruna

Wa ada satu member. Dia ada sorang awek. Awek Indonesia. Dah dibawa kenal kepada keluarga beberapa bulan lepas. Memang semua dah tahu dan dah ada perancangan bernikah pada hujung tahun ni.

Wa bergaul dengan pelbagai peringkat. Dan seperti yang semua maklum, dunia Melayu Malaysia memandang Melayu Indonesia kelas ketiga. Jadi, ada tentangan sedikit dari sebelah keluarga. Dan tentangan banyak dari dunia sahabat handai. Member-member semua racun suruh tinggalkan budak Indonesia tu. Patutla dia takder mood jer kebelakangan ni.

Lepas wa tahu cerita sebenar, wa bagi la pandangan wa. Wa cakap dulu dekat member wa ni, bahawa pandangan wa memang keluar dari apa yang lu nampak. Namun, keputusan terakhir adalah pada lu sendiri lah. Lu rujuk la dengan yang lain juga.

Wa cakap, lu kena buang tafsiran Islam mengikut Melayu. Memang benar restu ibu bapa penting dalam perkahwinan. Tetapi kes ini, lu lelaki. Dalam Islam, hak lelaki yang menentukan. Pihak lelaki mana ada wali. Lain lah kalau lu perempuan.

Bukan wa suruh lu derhaka kat mak bapak lu, tetapi, lu tak buleh tunduk kepada tafsiran Melayu berbanding tafsiran Islam. Kalau lu nak kawin, lu kawin jer, insyaallah, restu ibu bapa akan datang kemudian jika niat lu kerana ALLAH. Lu lelaki beb. Bukan masalah Indon, bukan masalah restu. Tetapi masalah Islam ni universal beb. Melampaui batas sempadan negara. Melebihi ruang sempit fahaman Melayu.

Paling baik lu solat istikarah la. Cuma, yang ini adalah berdasarkan kefahaman. Melayu kalau mati mesti di tempat sendiri atau disebelah saudara mara. Macam Melayu yang sanggup pindahkan kubur pembesar Melayu dari Singapura ke Perak dulu. Kerja bongok orang Melayu. Member yang lain diam jer kena ceramah dengan wa malam tu.

Dan, akhirnya, putus gak la dengan budak Indon tu. Member wa cakap dia dah solat istikarah. Wa doa semoga semua pihak bahagia. Baik lelaki, baik perempuan, baik keluarga kedua pihak. Wa ni kalau bab2 macam ni lebih menyebelahi wanita. Sebab lelaki kuat sikit. Yang kesian, orang pompuan la.

Tapi, kalau pompuan jenis pot pet pot pet, itu tak kena, ini tak kena, memang wa angkat kaki la. Rimas ma... he....

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...