Skip to main content

Karpal dan PAS.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih.

Wa tengok Karpal ni, sejak akhir-akhir, semakin gila publisiti. Kalo artis gila publisiti tidak mengapa. Tetapi, lu berlabel Barisan Rakyat di dahi. Namun, sebenarnya, ada 2 sudut yang perlu dinilai di situ.

Sudut pertama.

Sudut pertama ialah kematangan PAS berbanding UMNO yang semakin kuat melaungkan sentiment perkauman. Kematangan PAS ini dinilai oleh non muslim (bukan Melayu dalam konsep ini). Karpal mendabik dada menonjolkan diri sebagai jaguh, sebagai hero terbilang non muslim, UMNO membantah dan bergasak dalam rangka perkauman.

Ketika UMNO membantah dalam rangka perkauman inilah, non muslim melihat PAS tenang dan matang dalam rangka universalnya. Sudut pertamanya lah.

Sudut kedua.

Sebelum dihuraikan sudut kedua ini, wa perlu membawa kepada situasi Melayu kepada PAS berbanding UMNO. Ayunan perubahan di kalangan Melayu kepada Barisan Rakyat tidak tinggi. Jadi, bolehlah dikatakan sebenarnya UMNO masih relevan bagi orang Melayu yang lemah daya fikir ini.

Sudut kedua isu kedabikan Karpal ini ialah, Melayu akan melihat UMNO mulai sedar dan insaf. Kembali kepada perjuangan Melayu. Ditakuti marah-marah Melayu kepada UMNO adalah marah-marah sayang. Sekiranya ini berterusan, melalui sudut ini, kemungkinan keputusan PRU13 tetap seperti ini.

BN masih memerintah negara, tetapi tidak 2/3 majoriti. Perlis, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan kekal di tangan BN selain Sabah dan Sarawak. Malah, silap-silap, Perak kembali jatuh ke tangan BN seperti Terengganu 2004. BN memerintah Perak dengan pembangkang bukan Melayu yang amat kuat.

Antara kedua sudut ini.

Kita perlu mempunyai nilai ketamakan (tamak) yang baik. Nilai ketamakan yang baik ini membuatkan kita sentiasa mencari jalan mencapai sebanyak mungkin keuntungan. Jika tidak dapat, terpaksa pilih yang mana paling untung antara pilihan-pilihan itu.

Dalam hal ini, sudut pertama itu sudah menghala kepada PAS. Tetapi sudut kedua pula membelakangkan PAS. Nilai ketamakan yang baik, sudah tentu mahu kedua-dua sudut itu menghala kepada PAS. Namun, tidak semudah itu. Di sinilah PAS memerlukan kelicikan untuk mencilok.

Dilema.

Sekiranya PAS memalingkan sudut kedua kepadanya, yakni menjadi juara Melayu, juara mempertahankan institusi istana dalam isu Karpal ini, maka, sudut pertama akan mula berpaling. Non muslim akan melihat PAS parti perkauman, atau melihat PAS tidak matang kerana sanggup memilih meretakkan Barisan Rakyat semata-mata isu individu Karpal, atau pelbagai persepsi yang lain.

Sekiranya PAS hanya kekal mengikut arus ini, berdiam diri, membisu seribu bahasa terhadap kelancangan Karpal, maka, UMNO akan menyerlah dalam mempertahankan ketuanan Melayu. Jangan guna persepsi Melayu bandar, tetapi persepsi Melayu pendalaman, Melayu Felda2.

Cilok.

Jadi, dengan nilai ketamakan yang baik, PAS perlu mencilok. Pilih sudut yang membelakangkan terlebih dahulu (sudut kedua). Fokus terhadapnya, dan cari satu kaedah memalingkan sudut kedua itu, sambil mengawal kerosakan sudut pertama. Secara analoginya ialah, yang berada di dalam genggaman adalah buah lai, yang mahu dan perlu dicapai ialah buah rambutan. Jadi, fokuskan kepada buah rambutan sambil mengawal kerosakan atau kelepasan buah lai tadi.

Bagaimana?

Karpal adalah non muslim. PAS mempunyai kelab non muslim. Jadi, mintalah kelab non muslim yang menegur Karpal, secara terbuka, secara lembut, secara berfakta, dengan baik. Minta Karpal supaya tidak mendahului Barisan Rakyat. Minta Karpal tidak menghina Sultan. Minta Karpal supaya menjaga hubungan sesama kaum dan hubungan kekeluargaan Barisan Rakyat. Fokus haruslah diberikan kepada BN.

Sekiranya tidak berkesan cara lembut, PAS ada Ibrahim Ali. Memegang tiket PAS, tetapi ahli bebas yang belum terpadam label UMNO di dahinya itu. Ciloklah. Minta Ibrahim Ali ‘basuh’ sikit Karpal.

Akan tetapi, sekiranya kelab non muslim, atau Ibrahim Ali menegur Karpal, ahli PAS yang lain jangan melatah pula. Naik ‘syeikh’ pula turut serta. Seperti isu tunjang. Seorang mula buat hal, yang lain turut sama buat hal. Masalah juga pemimpin lurus bendul ni.

Tidak semestinya benar.

Tidak semestinya benar. Hanya satu perkongsian idea. Tulisan ini adalah berdasarkan nilai ketamakan yang baik. Sudah pasti mempunyai risiko. Silap percaturan yang kejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Namun, perlu diingatkan. Anda mahu menakluki Malaysia. Sudah pasti anda perlu memiliki jiwa penakluk. Antara jiwa penakluk itu adalah berani, tamak dan licik. Melayu bukan bangsa penakluk, tetapi bangsa yang ditakluk bertubi-tubi. Sudah pasti idea ini mendatangkan sedikit kejanggalan.

Buat pihak penyokong UMNO.

Meh sini wa kongsikan lu satu sudut yang mustahil dijumpai oleh Melayu. Sudut itu ialah begini.

MCA / MIC / PPP / etc, biarkan dijaga PAS.

DAP / etc, UMNO jagalah.

Lu tak puas hati dengan DAP / etc, lu balun lah cukup-cukup.

Kalau lu tak puas hati dengan MCA / MIC / PPP / etc lu suruh la PAS balunkan.

Amacam?

Wallahualam.

Comments

  1. hehehe..sajer jer lalu sini..nk memaklumkan yg akak dah mai sini hehehehe....caya la! LMT!!!

    ReplyDelete
  2. lu punya cadangan cukup bagus, tapiii bolehkah semua melayu dalam PAS tu boleh faham. andasudah mendahului masa!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...