Skip to main content

Falsafah nama anak gua.

Oleh : AdukaTaruna

Gua ada menetapkan falsafah dalam memilih nama anak gua. Walau pada mulanya bini gua bantah, tapi gua kan laut masin. Air oren ke, air teh ke, air sungai tawar ke, mengalir beratus tahun ke laut, ianya tetap masin. Muahahaha.

Mula2, gua nak nafi dakwaan rakan Taliban. Dia cakap gua promosi dalam era.fm. http://www.era.fm/Interaktif/Podcast.aspx



Buat seketika ini, nama anak gua kalau lelaki ialah :

Khai Muhammad Aduka
Khai Muhammad Taruna
Khai Muhammad Markisa
Khai Muhammad Indera

Khai.

Khai adalah nama baka. Nama keturunan. Gua nak start dan bentuk keturunan gua sendiri. Macam Nik, Wan, Tuan, Dayang, Syed, Syarifah, etc. Nama gua adalah Khairul, perkataan Arab. Nama bini ialah Khairuz. Perkataan campuran nama ayah dan mak. Nama Cina tak tahu maksud (nenek bini gua Cina).

Jadi Khai adalah permulaan kepada generasi gua sendiri. Insyaallah.

Muhammad.

Muhammad adalah identiti agama anak gua. Beban yang dia junjung. Amanah yang dia pijak. Atas dunia sehingga time mahkamah Padang Mahsyar nanti. Wallahualam.

Aduka.

Adalah identiti geografi, etnik. Gua tak nak jadi Arab. Melayu pusing2 Arab. Ali diulang guna beratus tahun di Malaysia. Berpuluh juta. Abu, Samad, etc adalah Arab. Nama tulo. Benda sama. Arab, arab, arab.

Gua nak jadi etnik yang ada identiti. Islam kena kebenaran. Bukan kerana Arab. Tak perlu bagi nama Arab untuk muslim, Kanoute, penyerang Sevilla tetap muslim yang hebat. Muslim jajahan Russia kebanyakkan nama kov kov hujung tu tak perlu tukar nama Arab untuk berjihad. 

Melayu jer dok sibuk agungkan Arab. Arab mabuk todi pun pakai jubah maa.. tukar nama Arab sket dah cukup Islam dalam persepsi Melayu. Kalau sistem Riba, bagi nama kewangan Al-Walid, dah Islamic dah. Babi bahasa kesat. Khinzir bahasa Islam. Warghhhhhh....


Mezut Ozil adalah muslim tanpa nama Arab. Aduka adalah muslim tanpa nama Arab. Taruna, Markisa, Indera, etc adalah identiti muslim geografi dan etnik. Muslim Jerman ada identiti geografi dan etniknya, Muslim Russia ada identiti geografi dan etniknya. Insyaallah.. 100 tahun akan datang, muslim Khai juga begitu. Amin.

Wallahualam.



Comments

  1. Salam Aduka.

    Hah akan jadi permulaan nama anak-anak Pak Dinlah. 'Fakhron'

    ReplyDelete
  2. Bhai AT...

    Aper susah... letak jer nama gua... hahaha... glamer aper....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  3. Khai Muhammad Aduka - lu letak nama ni panjang² pun takde guna gak kalau stakat panggil aduka/duka/ad/khai.... takde makna pun
    Khai Muhammad Taruna lu letak nama ni panjang² pun takde guna gak kalau stakat panggil taruna/runa/mat/.... takde makna pun

    Khai Muhammad Markisa lu letak nama ni panjang² pun takde guna gak kalau stakat panggil mar/kisa/kis/.... takde makna pun

    Khai Muhammad Indera lu letak nama ni panjang² pun takde guna gak kalau stakat panggil in/dera/indra.... takde makna pun

    ReplyDelete
  4. -wa stuju dgn abghencem, lu letak name 7,8 harkat utk menyebutnyer, org kite tetap pnggil dgn satu harkat je..lain kalo org latin (venuzuela), sebut name, diorang akan pnggil name penuh..

    -elok lu cari satu name yg ringkas sebutan, mendalam maksud tp mengambarkn identiti yg lu nk tonjolkan..

    ReplyDelete
  5. khai tu xde makna dalam arab.. elok ko letak khair=baik...

    nama juga adalah doa buat anak2... gud luck being a gud dad

    ReplyDelete
  6. Salam, tuan.

    1. Saya baru terbaca blog ni selepas 13 tahun tuan post mengenai nama keluarga atau "surname" ni. Untuk pengetahuan, kajian saya untuk PhD adalah mengenai surname orang Melayu.

    2. Biar saya berkongsi sikit. Surname orang Melayu ni agak unik sebab ada yang diletak di bahagian depan dan ada juga diletak pada bahagian belakang nama. Untuk mereka yang berketurunan kerabat diraja, agamawan, pembesar dan pedagang, surname mereka akan diletakkan pada awal nama. Manakala rakyat marhaen, surname akan diletakkan pada belakang nama. Hamba pulak tak boleh ada surname. Btw nama orang Melayu dulu hanya ada 2 patah perkataan sahaja.

    3. Surname untuk kerabat diraja, pedagang dan rakyat marhaen lazimnya tak ada beza antara lelaki dan perempuan. Contohnya Raja, Tengku, Teuku, Wan, Long, Daeng, Ambok etc.

    4. Surname untuk kerabat ulamak/agamawan dan pembesar pula ada beza antara lelaki dan perempuan. Contohnya Don-Dona, Syed-Sharifah, Sayyid-Siti, Jawi-Rumi, Hang-Dang, Awang-Dayang etc.

    5. Jika 2 individu (yang mempunyai surname yang berbeza) berkahwin, nama anak akan mengikut surname sebelah ayah.

    6. Surname orang Melayu mempunyai sekurang-kurangnya 5 unsur, antaranya ialah;
    i - Unsur tempat
    Contohnya RAWA, SETTAR

    ii - Unsur Alam
    Contohnya FANA, FAJAR, SENJA, TIMOR, BAYU etc.

    iii - Unsur Sifat
    Contohnya ILHAM, REZEKI, HUNI, REDHA, KOTA, KATA, SABA, SETIA etc.

    iv - Unsur Pangkat/Darjat
    Contohnya RAJA, TENGKU, TUNKU, TEUKU, LONG, NGAH, AWANG

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.