Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Peribadi

Kini gua melalui apa yang telah lu orang lalui.

Oleh : AdukaTaruna Blog gua dah menjadi blog baby. Member suruh gua tukar kaler pink. Kah3.. tionaseng. Label peribadi. Gua just nak share apa yang baru gua lalui. [1] Anak sulung gua ketika gua umur 30. Bermakna dia baru 20 ketika gua 50. Umur adik2nya? Rugikan? Sebab gua andaikan jika gua sampai umur 50, gua dah sakit2 dah tu. Gua eksiden teruk 3 kali masa muda. Dan ada effect sket skang ni pun. Harap2 gua mati dalam keadaan tak menyusahkan orang la. Amin. [2] Anak gua lahir dalam keadaan tak menangis. Gua runsing gile. Sms memember minta doakan. Alhamd.. doc sahkan anak gua sihat. Tapi still gua tak dapat dengar dia menangis. Bini gua pun. Bila dipindahkan dalam wad, baby lain menangis. Anak gua plak tido. Kalau tak tido, terkebil2. Malam tu, time gua kerja, baru bini gua sms, dia menangis. Gua punya bersyukur tahap Gred A gua ingat time tu. [3] Lepas berak dan kencing, baby boleh blah dari hospital. pada permulaan baby berak dengan kerap. Tahap Jeans Francois keracuna...

Blog gua dah jadi blog baby. Hua3...

Oleh : AdukaTaruna Video Youtube : http://youtu.be/k4qePJMxlg8 Urusan uri settle. Tq Ostad Wan Ji. Maklumkan kelahiran kepada klinik kesihatan berhampiran settle. Nurse melawat dah settle. Proses nama sedang dilakukan. Tq kepada rakan2 yang kol, comment dan email bagi tunjuk ajar. Adab2 kelahiran dalam Islam sedang gua usahakan. N3 ni label peribadi. Ni video ketika AdukaTaruna Jr berumur 28 jam. Berat 3.3kg. Tinggi 53cm. Dah bleh buka mata dan respon sikit2 terhadap orang. Alhamd. Hilang ganas, macho and hensem bila main ba-cak dengan anak. Kah3... Mampos kena kutuk nih.

Gua yang demam..

Oleh : AdukaTaruna Sebelum lu meluat baca N3 ni, gua nak bagitau. N3 ni bawah label peribadi. Alhamdulillah, gua ni jenis yang jarang demam. Maybe dalam setahun, nak demam sekali pun payah. Tapi kalau sekali demam, tu diaa..... Jadi, sebab payah dapat demam, dan demam plak memang teruk, bermakna, sekali dapat demam, memang menginsafkan gua. Insaf sekejap la. Stendet la pemuda macam gua ni. Huhu.. Rabu lepas, gua kerja petang. Dari jam 4pm - 12am. Menjelang jam 11pm, gua rasa tak sedap badan. Rasa nak sendawa, tapi tak lepas. Balik kerja, bla bla bla, gua tidur. Mata tak bleh lepas. Badan tak selesa. Kelapa tune dah lari. Gua rasa nak muntah. Baru buka pintu bilik air, wekkkk.. gua muntah. Bukan setakat mulut, tapi dengan lubang hidung pun keluar muntah. Wooo... siksanya. Jarang gua telan panadol, tp malam tu gua telan panadol. Tapi tak bleh blah. Suruh bini gua sms Hazwan. Cakap esok maybe gua tak dapat hadir meeting.. Harap2, badan gua macam selalu. Tak lama, dah ok. Menj...

Setiap saat gua lewat adalah sakit padanya.

Oleh : AdukaTaruna "Gua takda helmet ni bro.." "Tanya Poji." "Ji.. mu ado topi?" "Takdo." "Takper.. lu kan gedebe. HUSM dekat jer tuh." Dari rumah Poji, gua n Jeming naik EX5 ke HUSM. Cari di mana kedudukan balai kecemasan. Sampai traffic light, belok kiri. Masuk HUSM. "Lu terus Ka.. terus." "Masuk alik parking tu Ka." "Ait?" "Tu bukan?" "Ho..ho.. nu.. Alik nu." Gua keluar balik dari parking area menuju ke ambulans banyak2 tu. "Maaf be.. tupe tanyo deh. Kecemase sini ko?" Jeming tanya Pak Guard di situ. "Ho.. ado gapo tu?" "Gini be.. bla bla bla.." "Nu... kalu mu hantar sano dulu. Register baru sini. Kalu male lah. Kalu sie, register sana jah." Masuk gear 1, pergi semula tempat tadi. Parking. Tanya petugas kaunter di situ. "Gini be.. bla bla bla... bla bla bla." "Ho.. sini la. Bawa wad 1 tingka...

Falsafah nama anak gua.

Oleh : AdukaTaruna Gua ada menetapkan falsafah dalam memilih nama anak gua. Walau pada mulanya bini gua bantah, tapi gua kan laut masin. Air oren ke, air teh ke, air sungai tawar ke, mengalir beratus tahun ke laut, ianya tetap masin. Muahahaha. Mula2, gua nak nafi dakwaan rakan Taliban . Dia cakap gua promosi dalam era.fm. http://www.era.fm/Interaktif/Podcast.aspx Buat seketika ini, nama anak gua kalau lelaki ialah : Khai Muhammad Aduka Khai Muhammad Taruna Khai Muhammad Markisa Khai Muhammad Indera Khai. Khai adalah nama baka. Nama keturunan. Gua nak start dan bentuk keturunan gua sendiri. Macam Nik, Wan, Tuan, Dayang, Syed, Syarifah, etc. Nama gua adalah Khairul, perkataan Arab. Nama bini ialah Khairuz. Perkataan campuran nama ayah dan mak. Nama Cina tak tahu maksud (nenek bini gua Cina). Jadi Khai adalah permulaan kepada generasi gua sendiri. Insyaallah. Muhammad. Muhammad adalah identiti agama anak gua. Beban yang dia junjung. Amanah yang dia pijak. Atas dun...

Pok Kok Lorong Satey Baung.

Oleh : AdukaTaruna Label : Peribadi Ni N3 lebel peribadi. Nak baca, baca, nak skip sila. Malam tadi, gua settlekan urusan pos barang by bus. Guna Transnasional. Bas ni macam nomad. Dulu kat Langgar. Pastu Bilal. Skang kat stesen bas KB. Harga pun ikut suka hati driver. Jadual bas pukul 8.30. Tapi sebab syarikat Melayu, bersapau gua tunggu. Dekat 9.30 baru settle urusan pos. Nak terawih sendiri2 kat rumah? AdukaTaruna ma gua. Takan ada punya. Bukan Hadi Awang atau Harun Din. Masa menunggu tu, sebelah gua ada 1 pakcik tua dalam umur 70 kot. memang tualah. Bongkok. Pakai semutar, kain pelikat. bawak karung. Gua ingat golongan takda rumah. Gua haus. Beli air kotak. Tak sedap plak minum sorang. Gua beli 2. Gua pilih soya untuk orang tua tuh. Bila kembali ke tempat duduk, gua hulur la. Ntah dia dah buka ke blum, mana kita tahu kan. "Air, pakcik." "Eh.. terima kasih. Ado ni, air. Baru lepas minum." (Kecek Kelate la.. gua nak taip tak tahu). "Mari mano...

Projek mencari lokan.

Oleh : AdukaTaruna Minggu depan, insyallah design baru baju PAS Reform akan berada di pasaran. Yang membeli boleh pakai dengan falsafah sokong ikut tajuk. Agak2, di masa hadapan, anda dapati PAS Reform perlu dimusnahkan, maka musnahkanlah dalam rangka demokrasi BERSIH. Bersama Ambiga anda. Cewah.. N3 peribadi ni, mencatitkan pengalaman gua mencari lokan. Habes gua hasut bini gua sekali. Jika dizinkan (mudah2an amin) anak gua bleh tengok dia dari dalam perut lagi dah join BERSIH, dah terjun paya nipah. Kengkonon silibus pembelajaran awal para nabi la nih. Ngee... Nabi2 kan masa kecil dalam perut lagi dah macam2 ujian. Mula2 gua masuk dulu. Servey keadaan paya nipah yang terletak di Tumpat nih. Agak2 ianya selamat pada tafsiran gua, gua patah semula. Jauh gak bai. Lebih kurang 1 km. Sensorang plak tu. Yakinkan bini gua dan harung menuju ke rakan2. Bawa 2 bekas. 1 utk handphone untuk perhubungan. 1 untuk bekas lokan. Puak2 ni, memang terer habes. Nisbah jumpa gua ingat gua = 1, r...

Cerita BERSIH gua. Thanks Allah kerana beri hujan.

Oleh : AdukaTaruna [1] Perancangan awalnya gua dengan set2 Klate naik 1 van. Tapi semakin rapat dengan tarikh 9 Julai, semakin tidak relevan ke KL 1 van yang penuh dengan lelaki2 muka ostad. Memang sohih nak g demo. Akhirnya, kami mengambil keputusan berpisah. Pergi asing2, tetapi masih secara berantai dalam hal2 bantuan ketika perjalanan. Untuk cerita peribadi gua, gua dan isteri macam biasa, naik kereta kuat yang banyak berjasa pada gua. Mazda 1982. Hanya berdua. Drive dari Kelantan. 9pm - 6am. Tidur kejap. Bangun dan ke KL. Wajah letih seorang pejuang. Dalam komuter. Warghh kah kah kah. Koya molek kawe. [2] Sebab gua plan base di rumah mak gua Seremban, maka; gua pun settlekan apa yang gua nak bawa balik. 5kg buah salak (kat Sban takdo bai), 2 anak pokok cili Siam. Maybe sebab mendapat bantahan 4 dari 6 adik-beradik, telur penyu jer yang gua failed cari. Hua3... Dari C++ yang menakut2kan gua bahawa no plate gua ada dalam list polis, maka, gua terpaksa wayang gantung un...

Cerita gua : Forum tertutup BERSIH Mat Sabu - Mahasiswa.

Oleh : AdukaTaruna Hari tu gua umum gua ada program kemasyarakatan di Chekok. Sabtu, 2 Julai 2011. Tapi sebenarnya gua ada forum tertutup BERSIH bersama mahasiswa. Di Komplek Purnama, Pengkalan Chepa. Antara panelnya Mat Sabu. Ingat ulama jer boleh bohong sunat? [1] Isi penerangan macam biasalah. Tak berapa menarik gua nak kongsi dalam blog cabuk gua nih. Ramai yang dah sedia tahu. Cuma ada cerita menarik la dari Mat Sabu tentang hujah dia berhadapan dengan polis. Mat Sabu dipanggil polis secara berasingan seperti AJK2 Bersih lainnya. Seperti semua sedia maklum, persepsi kita ni, Timbalan Ketua Polis lebih UMNO dari Ketua Polis Negara. Antara hujah polis bersama Mat Sabu ialah : Polis : Pavalion meminta PDRM membuat kawad berduri dari menghalang orang ramai masuk ke premisnya. Ini adalah sabotaj ekonomi. Mat Sabu : Kalau sediakan laluan, tak payah kawad duri. Kita selesaikan secara aman, hanya 2-3 jam. Kalau sediakan kumpulan provokasi, sediakan asap, sediakan air kimia,...

Kapitalis Jalanan : KB - Bukit Jalil.

Oleh : AdukaTaruna Label : Peribadi [1] Plan gua ingat awal dah sebulan lebih. Mau niago di Bukit Jalil secara jalanan. Jadual kerja gua yang buat. Gua adjust gua cuti Sabtu dan masuk semula kerja pukul 4 petang. Jumaat pula gua kerja malam habis 8 pagi. Gua kawtim dengan member setugas yang gua akan blah pukul 12 malam. Bermakna member gua bertugas sensorang la malam tu. Pukul 8-9 pagi Sabtu gua sampai di Bukit Jalil. Insyaallah. Gua, bini gua, dan 2 adik ipar gua akan ke KL. Barang2 niaga gua dah siapkan seminggu awal. Settle. Alhamdulillah. Hanya headband. Buat tak banyak. Nak test market. Tiket 2 keping adik ipar gua dah beli di KB. Rabu, gua dapat kol. Satu customer nak buat banner kain. Ni kira kembali ke zaman dulu nih. 20 helai. Mahu Jumaat tengah hari. Dia nak guna di Bukit Jalil. Bermakna gua kena siapkan 20 keping dalam masa 2 1/2 hari. Banner kain tu bang. Kena cat manual. "Gini be... gua tak janji siap ke tak 20. Kiranya berapa siap jer lah sampai datelin...

Gua dilantik model produk Jepun di KB Mall.

Oleh : AdukaTaruna [1] Mula2 tak nak cerita. Kang lu tuduh gua tipu. Kena tuduh poyo dah lali dah. Kena tuduh tipu, walau dah banyak kali, gua tetap panas hati. So, memang gua ambil keputusan tak nak story, walau sekadar catatan peribadi rujukan anak2 gua kelak. Tapi, bila berfikir, manalah tau kontrak gua dibatalkan kerana gua terpalit dengan anti BN, at least, pembaca gua dah tahu story ni lebih awal. Dari gua memekak2 hanya selepas kontrak batal. Si Jepun tu mana tau gua AdukaTaruna skang ni. [2] Jumaat minggu lepas, ceritanya begini. Gua tengah siapkan tempahan baju. Tengah comot giler. Plan kejap lagi, dekat2 nak Asar, gua mandilah. Sekali bos lama gua kol. Minta tolong sangat. Siapkan design bola takraw. Customer dia nak esok. Emergency. Kena print petang tu juga. "Buah sepok Yol." "Bola sepak?" "Buke..." "Tak faham la be.." "Meta... ahh.. bola takraw Yol.. buah takraw tu..." "Berapa color bang?" ...

Selamat Hari Cikgu, Mak.

Oleh : AdukaTaruna Selamat Hari Cikgu, Mak. Terima kasih, Mak. Angah ucapkan terima kasih kerana dengan gaji Mak lah, antara asbab, Angah dan adik-beradik dibesarkan. Segala puji pada Lu Ya Allah kerana mengeluarkan keluarga Mak gua dari garis kemiskinan zaman. Masih terngiang di telinga bagaimana kisah Nenek dan anak2nya dihalau dari tanah Atuk, oleh adik-beradik Atuk sebaik sahaja Atuk mati dalam perjalanan mengerjakan haji. Sejak itu, kami tiada lagi saudara-mara di Kuala Klawang, Jelebu, kecuali sedikit di Kenaboi. Terima kasih juga kepada Nenek yang berkaki ayam berjumpa sana dan sini memohon bantuan pelajaran Mak gua. Akhirnya tidak mampu ke universiti dan sekadar memasuki maktab. Segala puji pada Lu Ya Allah kerana mengizinkan Mak gua yang belajar dalam keadaan pensilnya disambung buluh kerana telah terlalu pendek untuk menulis, sehingga ke Maktab Perguruan Raja Melewar. Segala puji pada Lu juga Ya Allah kerana mentakdirkan pertemuan Mak gua yang terkontang-kanting de...

Penarik Beca yang terbiar di Kelantan.

Oleh : AdukaTaruna Gua bertugas malam semalam. Sambil membetulkan seat bucket kereta lama gua yang terkoyak sini-sana. Jam menunjukkan 4.30 pagi. Kucing jantan gangster berparut sini-sana tidak bertuan setia menemani gua. "Nak lepak dalam kete boleh, tapi kalau lu kencing, siap." Sound gua. Si kucing buat tak port. Tidur2 kucing. Member gua sengeh sambil menarik dalam sebatang Nusantara hijau. "Lu gula naik harga 20 sen, gege. Tapi rokok tu?" Member gua sengeh lagi. Kunci jam terakhir pukul 6.30 ke 7.00 pagi. Masih ada waktu tidur. Tapi perut lapar. Start kete, arahkan ke stadium. Nasi berlauk panas sudah ada bermula jam 4 pagi di sini. Tabiat gandum gua semakin pudar ditomoi beras siam di Kelantan ini. Ahh... Sudah habit gua, time makan, terutama sensorang mesti berfikir. Adakala berangan. Tiba2 terpandang di seberang jalan. 3 batang tubuh tua tidur di ruang pejalan kaki. Setiap satunya bersama beca masing2. Tiada kamera pula mahu rakam. Bangkit persoalan...