Skip to main content

Penjelasan Kerajaan Perpaduan

Oleh : AdukaTaruna

Mengikut Hukum AdukaTaruna 1, setiap masalah mempunyai 2 jawapan.

a. Falsafah
b. Taktikal.

Taktikal boleh membengkokkan atau menangguhkan sedikit falsafah, dan falsafah sudah pasti mengawal taktikal semahunya. (baca dengan perlahan)

Falsafah.

Kerajaan Perpaduan tidak menyalahi syarak. Mempamerkan keikhlasan ulama untuk fokus kepada masalah besar negara waktu semasa.

Kebaikannya, rakyat tidak menderita akibat politiking yang nombor kedua penting dalam satu-satu keadaan semasa. Sebelum kita masuk ke dalam tajuk taktikal, kita huraikan dahulu maksud dan keihlasan ulama ini.

Hadi inginkan sebuah kerajaan yang berpadu pada waktu sukar ini, dengan mengenepikan sementara permainan politik sesama parti. Ini adalah idea ikhlas, asal dan tulen, yang belum diimbangi dengan realiti, taktikal dan suasana.

Tamat dahulu bab ini, kita pergi kepada tajuk seterusnya.

Pengenalan situasi.

Untuk membahaskan tentang tajuk luas ini, kita perlu kembali kepada pangkal masalah. Yakni, di Malaysia, indeks demokrasi antara tangga tercorot. Atau boleh dikatakan, walaupun semua parti berdaftar di bawah wadah demokrasi, tetapi wadah demokrasi itu sebenarnya tidak wujud.

Ini pangkal masalah yang penting dan perlu digigit kerana, selagi ianya genetik Melayu, tidak kira ulama atau professor, penerokaan otaknya hanya terbatas pada satu sukatan tertentu yang didarapkan dengan 1400cm3. (z% x 1400cm3) Jadi, apabila ia cuba menyelesaikan masalah hujung, masalah pangkal menjadi rumit, dan bila kembali ke pangkal, masalah hujung kembali berkecamuk.

Taktikal.

Kerajaan perpaduan di cadangkan untuk penyelesaian semasa. Ini hakikat sebenar. Jadi, status Kerajaan Perpaduan ini hanyalah bersifat sementara. Soalnya di sini ialah :


Bilakah tarikh luput Kerajaan Perpaduan ini?

a. Kekal selamanya.

b. Sehingga salah satu ditendang, dipatuk kali kedua.

c. PRU13 atau sehingga keadaan gawat semasa ini tamat.

Kekal selamanya.

Ketepikan dahulu tajuk komik Ujang 'Bersama selamanya'. Kita sedang bercakap soal yang lebih serius. Demi masa depan anak cucu kita.

Kekal selamanya adalah mustahil. PAS adalah sebuah jemaah yang konsisten dengan idealogi Negara Islam. Dan atas idealogi inilah, gua menyediapkan penerangan ini.

Merujuk kepada pangkal masalah tadi, kerjasama PAS dengan BR adalah demi memulihkan jalan demokrasi dengan menjatuhkan BN. Setelah masing2 (komponen BR) berjaya memulihkan jalan itu, maka, masing-masing akan mengikut simpang masing2 secara professional dan teratur.

Kekal selamanya tidak membantu langsung masalah pangkal. Sebaliknya satu tindakan yang lurus bendul, di mana berpatah balik dan membuang masa. Apabila jalan demokrasi kekal sebegitu dengan tidak tergulingnya regim BN, maka, apalah mahu diharapkan PAS yang memilih wadah demokrasi bagi tujuan Negara Islam.

Kejar pangkal, hujung lesap, kejar hujung pangkal ghaib.

Kerajaan Perpaduan tidak membantu kebebasan media. Tidak membantu PAS mendapatkan akhbar harian mereka sendiri, tidak membantu penubuhan satu penyampaian berita yang lebih berani dan bebas.

Kerajaan Perpaduan tidak membantu pembersihan SPR. Dakwat sendiri pun tidak mampu dilaksanakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Perpaduan tidak menyebabkan Polis Diraja Malaysia diletakkan di bawah Yang Dipertuan Agong. Polis akan kekal di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan Perpaduan tidak membantu SPRM berpindah di bawah parlimen.

Apabila begini, Kerajaan Perpaduan tidak lebih daripada idea dari seorang yang baik, naif, lurus bendul, bodoh2 alang. Apabila ditendang, PAS terpaksa bermula semula pada tahun 1960an. Perlu kumpul penyokong bebas, perlu yakinikan semula atas pagar, kena bina semula Kelab Non Muslim.

Ulama Melayu adalah genetik bodoh dan naif.

(bersambung nanti...)

Comments

  1. Aku tak menentang kejaraan perpaduan.

    Tetapi aku menentang sekiranya perlu masuk BN untuk jayakan kerajaan perpaduan.

    Sebenarnya banyak perkara kita boleh betulkan kalau jadi kerajaan.

    Tapi seperkara yang aku nak jelaskan, kerajaan perpaduan itu bukan antara BN dan PR

    Tetapi BN itu dipecahkan, jadi komponen komponen parti yang asal.

    Jadi terpulanglah parti mana yang nak bersepakat dengan parti mana satu.

    PAS dan DAP tiada pakatan sebelum pilihanraya, kenapa boleh bentuk kerajaan?

    Yang penting sekarang ialah BN itu dipecahkan.

    ReplyDelete
  2. level falsafah aduka tinggi sangat,
    gua ni demam pulak,
    lagi slow.
    1.idea ini datang dari idealist yang saya suspek ialah UsNasha.
    bukan dari hj hadi!!
    2.dalam chess kita offer draw ketika position kita kuat dan kita akan untung jangkasamasa pangjang,mungkin untuk next game.
    namun kita offer sekali saje,jika pihak lawan enggan,kita bantai sampai kojol lah.
    3.pru13 sudah semakin hampir, tumpukan kekuatan kepada menguatkan strategi menawan lebih banyak kerusi dimiliki Umno.
    memberi ruang musuh untuk bernafas adalah merugikan.
    4.setakat ini pihak langsung tidak menunjukkan minat kerana mereka belum nampak keuntungan kepada pihak mereka.
    once umno nampak komponen PR bertelagah kerana isu ni, mereka dengan cepat menunjukkan minat semata mata hendak melagakan pihak PR.
    5.dalam dunia sebenar kita ada parti politik,pemimpin politik,ahli politik,peminat politik macam kita ni,penganalisa politik....peduli apa geng ni..
    yang penting untuk menang atau untuk laku jual barang ialah kita jual barang yang mudah PENGUNDI faham.
    pengundi tak faham benda(falsafah) canggih2 ni.
    UsNasha tu belajar tinggi sangat ..

    ReplyDelete
  3. bab issue kerajaan ppaduan ni wa masuk kem hadi...hehe

    ReplyDelete
  4. Aku nampak kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi adalah rentetan dari dewan pemuda Pas yang mahukan Pas yang menerajui PR dan bukan sebaliknya... kerana dengan menerajui Pakatan barulah hasrat serta slogan Pas dapat di laksanakan sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan... Selain dari itu kerana itulah satu-satunya cara untuk memberitahu rakan-rakan dalam PR bahawa Pas bukanlah Parti pak turut atau hanya tahu angguk sahaja.. pendirian tetap pendirian.. mengapa Pas mesti tunduk kepada PKR atau DAP sedangkan Pas adalah parti kedua terbesar selepas UMNO... Dalam keadaan sekarang Pas sering terlihat dibelakangkan oleh PKR dan DAP...
    Apabila Tuan Haji Abdul Hadi membuat kenyataan tersebut barulah rakan-rakan dalam pakatan bangun sedikit melihat pendirian Pas...

    ReplyDelete
  5. mungkin sape yg baca artikel ni boleh jg kot tengok video ini...

    tengok lah video ni....
    penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
    aku jumpa kt youtube..

    tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
    menyusahkan orang laian saje....

    http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...