Skip to main content

Falsafah lompat parti.

Oleh : AdukaTaruna

"Bro... lu dah baca tulisan hishamudin rais? Pasal beza lompat parti PKR dgn BN. TGNA pun kate lompat dari BN ke PR boleh."
TGNA cakap dalam bahasa agama. Yakni penghijrahan dari buruk ke baik. Dari gelap ke terang. Itu kata ulama. Bahasa agama. Cuma wa nak ulas bahasa Hishamudin Rais nih. Terhad pada wa keluasan berfikir Hishamudin nih.

Dalam sesuatu perundangan yang perlu ditulis, yang menjadi rujukan sesuatu masyarakat, definasi terhadap beberapa perkara perlu jelas.

Begini. Contoh. Kita katakan :

a. Fasal 1 menjelaskan lompat parti dari parti buruk kepada parti baik dibenarkan. Manakala dari parti baik kepada parti buruk adalah salah.

b. Fasal 2 menjelaskan lompat parti tanpa tawaran, sogokan, ugutan dibolehkan. Manakala lompat parti kerana tawaran, ugutan sogokan adalah salah.

Analisis contoh a.

Ha... kan ke mendatangkan keributan kepada masyarakat tuh. Takan nak tulis dalam undang2 tu lompat dari BN ke PAS boleh kot. BN dengan PAS sementara dan terhad. BN dan PAS bila2 masa boleh tiada.

Yang boleh tulis hanyalah dari buruk kepada baik. Tapi apa definasi buruk dan apa definasi baik. Kan ke rumit tuh. BN sekian2, PAS pulak dihujahkan sekian2. Penyudahnya hal penghujahan siapa paling buruk tidak selesai.

Inilah yang wa katakan Hishamudin Rais terhad daya fikirnya. 2 kumpulan akan bertelagah mendakwa pihak lawan buruk di mahkamah. Tak praktikal, menyusahkan.

Analisis contoh b.

Begitu juga dengan ugutan, tawaran, sogokan. Dalam kes terbaru ini, bagaimana PKR nak buktikan di mahkamah bahawa BN ugut dan sogok? Buang masa lagi. Masyarakat huru-hara. Dan BN pula bila-bila masa boleh membuatkan PKR terbukti menyogok. Dia punya banyak tenaga untuk sandiwara ma.

So, memang tak praktikal. Hanya menegakkan benang yang basah. Cakap dengan air liur memang mudah. Lompat PKR berbeza dengan lompat BN. Tapi kita sedang berhadapan dengan 22 juta masyarakat. Bukan dengan team PKR vs team BN semata.

TGNA bercakap atas pelbagai tajuk. Atas tajuk prinsip, kenyataan awalnya ialah tidak setuju lompat parti. Karpal sokong.

Atas tajuk taktikal, seandainya tiada jalan lain, apabila SPR menjadi parti BN, maka, lompat parti harus. Tapi tak boleh lama lah. Lepas bersihkan SPR, bubar parlimen semula. Itu taktikal.

Atas tajuk agama, hijrah dari buruk kepada baik wajib. Itu dalam kapasiti ulama. Apa hukumnya?

Masalahnya Hishamudin Rais dan pro PKR. Keterbatasan berfikir memang semudah apa yang dicakap. Tapi implikasinya kepada masyarakat mana pernah difikirkan. 22 juta ma. Undang2 perlu ditulis. Definasi pula perlu diberikan, perlu dibuktikan kepada mahkamah. Bila nak selesai?

Kesimpulan.

1. Idea lompat parti Anwar-PKR adalah retorik asalnya. Mustahil kalau pelan itu wujud, ianya diheboh2kan. Retorik asalnya. Kemudian dihalalkan kerana retorik itu menjadi tuntutan masyarakat.

2. Undang2 anti lompat parti tanpa PRK perlu diwujudkan. Nak lompat boleh, tapi PRK. Kebebasan beroganisasi terpelihara, kekacauan masyarakat tidak berlaku.

3. Seorang pelompat hanya boleh bertanding di RPK tersebut, sekali selepas lompat, dalam masa 5 tahun. Ini bagi mengelakkan kejap lompat sana, kejap lompat sini. RPK terlalu kerap adalah menyusahkan.

4. Berhenti menegakkan benang yang basah. Mengaku sahaja 16 Sept adalah retorik. Kalau malu, minta maaf sahaja kepada orang awam yang menjadi mangsa politikus gelojoh dan rakus.

5. Anwar hanya boleh menipu manusia yang IQ lebih rendah darinya sahaja.

Comments

  1. so.. ko nak claim iq ko setinggi menggunung la??..
    macam sial la..
    tak payah banding dengan DSAI la, dengan Hisam Tukar Tiub tu pun ko dah jauh tertinggal di belakang..
    jangan nak perasan sangat la..
    giler betul la budak aduka ni..
    mak ko pernah main dengan anjing ke dapat anak sial macam ko ni???

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.