Skip to main content

Bagaimana Najib boleh menggenggam istana Perak.


Oleh : AdukaTaruna

“Bro.. lu jelaskan teori lu yang tadi bro. Cane pulak Najib leh mempengaruhi istana dalam projek die? Tq bro.”

Ala… teori jer tuh. Kan UMNO Perak hangatkan tanah 999 tahun. Pastu DAP ni gelojoh sangat. Berkobar2. Nizar plak tak umumkan yang Melayu punya dulu. Dah keluar sukabar Utusan baru nak terkial-kial jelaskan.

Contoh.

1. Sepatutnya Nizar umumkan penyerahan hak milik tanah Kg Melayu dulu. Buat 2-3 kampung. Lepas sebulan dua, baru hak milik Kg Cina pulak. Tapi, yerlah… Pak Lebai PAS… mana reti ini semua. Takda dalam kitab kuning ma.

2. Hal yang sama gak. Isu hak milik sekolah persendirian Cina. Yang ni keluar dulu. Baru terhegeh-hegeh umum SAR pun dapat. Macam la semua rakyat Perak baca internet. Sultan pun sultan Melayu. Ala.. apa nak heran.. Pak Lebai Melayu ma.. mana reti semua ni. Tegak alip punya jujur.

3. Sebelum tu, Nizar cari gaduh dengan institusi Mufti. Mufti kan rapat giler dengan istana. Ketua Polis pun kena panggil dengan sultan Perak pasal ugut mufti kes murtad dulu. Ini plak Nizar yang istana 50-50 jer kompiden dia.

Bila dah mendesak, institusi istana semakin tidak selesa. DAP pulak gelojoh. Tak sedar yang diorang dalam eksperimen istana, ujikaji orang Melayu.

Lalu, wa yakin, Najib masuk melalui pelbagai cara. Antara paling berkesan ialah mufti.

Pelan Najib.

Pelan Najib dibentangkan total depan mufti. 27 muslim (UMNO), berbanding 6 + ? jer muslim dalam BR.

“Saya mengaku Tuan Mufti, UMNO ada banyak kesalahan dan kesilapan. Tetapi, ini soal hak2 kedaulatan Melayu dan Islam. Berikanlah kami peluang kedua. Kami berjanji bla bla bla. Kami bentang plan ni total. Tiada yang tersorok2. Bincangkan lah bersama sultan. Kami bersabar menanti. Bla bla bla.”

Orang yang bentang pelan ni memiliki kemahiran penyampaian awam (PR) yang tinggi. Rundingan secara rahsia. Dan bersabar.

Sebab itulah sultan nekad tidak mahu membubarkan DUN. Kerana pelannya sudah dibentangkan. Jalan cerita dah ada. Cuma lawak kejap Anwar ingat dia hero dalam skrip tu.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.