Skip to main content

Kenapa novel wa perlu terjemahan Bahasa Inggeris?

Oleh : AdukaTaruna

"kenapa tak buat dlm buku betul. kenapa mesti buat dlm BI? kau nak eksport buku kau ke. tak perlu ah buat dlm BI. biar org tak pandai BM ketinggalan. padan muka mereka."

Pertamanya, wa bukan pejuang bangsa dan bukan pejuang bahasa. Wa adalah universal mengikut falsafah wa yang cuba disandarkan setepat mungkin kepada falsafah Islam.

Bahasa adalah milik Allah. Bahasa burung, bahasa jin, bahasa malaikat, bahasa arnab, bahasa Inggeris, Bahasa Melayu adalah sama di sisi Allah. Mana yang paling baik pada satu-satu zaman, maka, perlulah diamalkan dan kembangkan. Kaizen.

Katakan Jin Afrit mengajar manusia satu bahasa yang sangat praktikal untuk subjem Matematik. Sangat pantas dan sesuai bagi manusia. Sehingga boleh menghafal 20 digit sekali baca, sehingga boleh mendarap tanpa kalkulator dan sebagainya.

Maka, atas falsafah Allah yang univelsal, wajib muslim berhijrah kepada yang lebih baik. Itu adalah falsafah wa.

Novel wa.

Novel wa adalah falsafah berat bagi majoriti kelompok pengguna bukan bahasa Melayu. Ianya adalah dakwah yang tersembunyi dalam satu percaturan dan cubaan mempermainkan daya imaginasi pembaca. Adalah rugi seandainya anda mengharamkan terjemahan Al-Quran.

“Biarkan orang tak pandai Bahasa Arab ketinggalan.”

Bagi wa, ini adalah salah satu elemen assobiyyah. Wa bukan pejuang bahasa dan bukan pejuang bahasa. Anda boleh memahami falsafah wa dalam novel wa nanti (insyaallah) sebaik sahaja menghabiskan ayat terakhir dalam novel itu (kerana plotnya disusun secara ‘catur’.)

Itu adalah jawapan falsafah. Jawapan pasaran (duit) pula ialah, pembaca Bahasa Inggeris lebih ramai dari pembaca Bahasa Melayu. Katakan 1000 : 10. Dan lebih malangnya, 10 pembaca Bahasa Melayu itu, 7 darinya pembaca ‘Harian Metro / URTV’ dari pembaca bahan-bahan berat.

Wallahualam.

Comments

  1. wah!!! pasni kaya la lu bro..... wa pun tak terrer sangat ngan bahasa mat saleh ni.... setakat nak book hotel boley la wa skeping.... kalau baca novel yang berat² ni wa suka bahasa melayu la.... bukan apa malas nak belek kamus n baca berulang²......

    ReplyDelete
  2. Hahaha. Lu bukan tak tahu bro. Wa kan bangang BI. Member wa yang terjemahkan.

    Kaya tak kaya wallahualam la bro. Ikut mata duitan wa ni, memang nak kaya pon. huahuahua.

    Tapi kalau hanya dapat martabatkan, berkongsi, karya milik sendiri, pun jadilah.

    Heeee...

    Amin.

    ReplyDelete
  3. kalau kau selalu tengok tv dan baca akhbar, selalu akan keluar ayat begini. "siapa yang tak pandai bi, akan ketinggalan". ia terlalu selalu, hingga aku merasakan ia suatu propaganda. jadi, aku cuma nak balas balik saja kenyataan tersebut. aku bukan pejuang bangsa atau bahasa. kalau kau cuma nak pasarkan buku kau di malaysia, aku rasa edisi bm akan lebih laris. aku rasa kau ketinggalan sikit tentang pasaran buku berbahasa melayu di negara kita. kau mesti husnus zan dengan pembaca bahan bacaan berbahasa melayu. kau tengoklah nanti. wasalam.

    ReplyDelete
  4. Memula memang wa nak pasarkan kat Malaysia jer bro. Khusus pembaca Melayu lah.

    Tapi setelah diberi penerangan oleh syarikat2 yg berasakan keuntungan, buku wa ni susah nak jual.

    Then, member wa nak terjemah dalam BI. Alang2 dah terjemah dalam BI, nak test pasaran luar.

    Cuma, masih kaji, selidik, kat mana nak iklan untuk pasaran BI Global.

    Kalau ikut tempurung IT wa ni, ebay tahu la wa. Hahahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.